anjung setiawangsa Headline Animator


Monday, April 27, 2009

ROMBAKAN PIMPINAN KEADILAN

PARTI KeADILan mengumumkan bebarapa rombakan dalam barisan pimpinannya yang turut melibatkan pemimpin peringkat tertinggi. Rombakan tersebut dimum oleh Ketua Umum Anwar Ibrahim selepas mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di ibu pejabat parti 26 April lepas.

Naib Presiden Azmin Ali yang sebelum ini memegang potfolio Pengarah Pilihanraya dilantik mengetuai jawatan kuasa yang baru diujudkan bertujuan memperkasa pimpinan parti, ahli parlimen dan Adun.

Tempat beliau sebagai Pengarah Pilihanraya diganti oleh Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail. Manakala Tian Chua yang sebelum ini mengetuai Biro Penerangan dilantik sebagai Pengarah Strategik menggantikan tempat Saifuddin.

Biro Penerangan kini dibahagi kepada dua potfolio; Ketua Penerangan yang kini dipimpin oleh Latheefa Koya dan Ketua Komunikasi diisi oleh Jonson Chong.

KeADILan juga mengumumkan perlantikan dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang baru; Sharifah Shahidah dan Adun Batu Uban Pulau Pinang Raveentharan.

16 dipecat

MPT juga mengambil keputusan sebulat suara untuk memecat 16 orang ahli parti berkuatkuasa serta merta.

Menurut Timbalan Presiden KeADILan Syed Husin Ali, tindakan tersebut diambil kerana masalah disiplin terutama ketika pilihanraya kecil baru-baru ini.

“Mereka bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media. Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini,” kata Dr Syed Husin.

Mereka yang dipecat ialah, dari Kedah: Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok), Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena), Abdul Hamid Othman dan Roslan A Hamid (Bahagian Padang Serai), Abu Bakar Din (Bahagian Baling), Abdul Wahab Mat Isa dan Mustafa Hassan (Bahagian Sik), Kalai Vanar a/l Bala Sundram dan Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai), Abu Bakar Hamid dan Ahmad Ayub (Bahgaian Penaja Pendang) dan Azhar Ahmad ( Bahagian Penaja Jerlun).

Manakala dari sarawak ialah Dr Ambrose Labang, Wong Kee Kai, Rajang Anak Unau dan Kudik Untung, semuanya dari Bahagian Julau-dari Suara Keadilan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...