anjung setiawangsa Headline Animator


Wednesday, August 18, 2010

Perlantikan Nik Nazmi Nik Ahmad Sebagai Pengarah Komunikasi

KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2010

Nik Nazmi Nik Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa 16 Ogos 2010.

Nik Nazmi, 28 tahun, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor sejak 8 Mac 2008. Beliau merupakan lulusan undang-undang King's College, University of London.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Ketua Umum, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau turut memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan aktif di Keadilan Cabang Kelana Jaya.

Nik Nazmi membawa bersamanya pengalaman di dalam media Internet serta media cetak yang luas.

Perlantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden Keadilan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau akan turut menganggotai Biro Politik dan Biro Pengurusan serta mengetuai Biro Komunikasi Keadilan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...