anjung setiawangsa Headline Animator


Showing posts with label kenyataan media. Show all posts
Showing posts with label kenyataan media. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

AKTA KAMPONG BARU : KERAJAAN JANGAN ZALIMI PENDUDUK

KENYATAAN MEDIA
SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB)



Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB) mendesak Kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru yang dijadualkan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dalam sidang Parlimen bulan Oktober akan datang kerana majoriti penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru jelas membantah cadangan untuk mewujudkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru menerusi Akta tersebut.

Walaupun mendapat bantahan keras dari pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru , Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tetap berkeras untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) tersebut untuk bacaan kedua.

Tindakan ini bukan sahaja telah membelakangkan suara pemilik dan pewaris tanah, malah ia memperlihatkan sikap angkuh dan gelojoh Kerajaan untuk mengaut keuntungan mega dengan memperdagangkan satu-satunya aset berharga milik penuh orang Melayu di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur ini. Tindakan ini telah menampakkan kebenarannya dengan pewartaan Kampong Baru sebagai Zon Komersial sepenuhnya dalam Draf Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

SPKB menegaskan bahawa pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru bukanlah menentang atau menolak pembangunan, tetapi biarlah pembangunan yang hendak dirancang itu bersifat manusiawi, ikhlas dan memberikan keutamaan serta mengambil kira pandangan mereka, bukannya mengutamakan kepentingan pihak-pihak tertentu. Sejak dari awal lagi Kerajaan telah menunjukkan sikap yang sangat tidak jujur terhadap penduduk Kampong Baru di mana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru tersebut telah dibentangkan dahulu untuk bacaan pertama di Parlimen, kemudian barulah pihak Kementerian turun berjumpa penduduk, pemilik dan pewaris tanah untuk kononnya “berbincang” dengan mereka.

Tindakan ini seumpama meletakkan pistol di kepala penduduk dan meneruskan dengan perbincangan, sedangkan banyak perkara-perkara yang jelas memprejudis dan merugikan penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru jika RUU tersebut diluluskan kelak.

Antara perkara yang mendapat bantahan keras dari penduduk Kampong Baru ialah kaedah penyerahan hakmilik tanah kepada Kerajaan untuk dibangunkan tanpa jaminan bilakah ia boleh dikembalikan semula kepada pemilik, penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan segala keputusan Perbadanan yang tidak boleh dicabar di mahkamah, pemansuhan Lembaga Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang telah lebih seabad mentadbir dan menguruskan hal-ehwal tanah Kampong Baru, keanggotaan Perbadanan yang tidak mewakili suara anak Kampong Baru serta penubuhan Majlis Penasihat yang langsung tidak “bertaring”.

Selain itu, pemusatan kuasa yang sangat luas dan tidak terbatas ke atas Kampong Baru yang diletakkan hanya kepada seorang manusia sahaja iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, yang boleh mendedahkan kepada amalan penyalahgunaan kuasa, urustadbir yang korup dan tidak bertanggungjawab.

Semua perkara tersebut menggambarkan sikap tidak telus dan jujurnya Kerajaan untuk menjaga kepentingan orang-orang Kampong Baru. Walaupun beberapa pindaan terhadap RUU tersebut telah dicadangkan oleh pihak Kementerian dan dicanangkan kepada penduduk Kampong Baru, SPKB menegaskan bahawa pindaan undang-undang tersebut hanyalah bersifat “kosmetik” dan bertujuan untuk mengaburi mata pemilik dan pewaris tanah semata-mata, yang kononnya Kerajaan telah mendengar pandangan dan bantahan mereka. Hakikatnya, pindaan tersebut tidak membawa makna apa-apa kerana RUU tersebut telahpun dibentangkan di Parlimen dan tidak ditarik balik sehingga kini.

Justeru itu, SPKB mencabar Kerajaan untuk mendedahkan hasil pungutan suara (referendum) penduduk Kampong Baru berkenaan cadangan pindaan dan RUU tersebut sebelum ia dibentang dan diluluskan di Parlimen. SPKB dimaklumkan bahawa sambutan penduduk, pewaris dan pemilik tanah Kampong Baru amat dingin terhadap referendum Kementerian tersebut. Ini memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa penduduk, pewaris dan pemilik tanah menentang keras Akta Kampong Baru tersebut.

Oleh itu, Kerajaan digesa untuk menarik balik Akta tersebut sepenuhnya dan diingatkan agar jangan terus zalimi penduduk dengan mengambil tindakan yang akhirnya akan merugikan penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru dan orang-orang Melayu khususnya.

20 September 2011

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi
Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB)

Monday, May 9, 2011

PAKATAN RAKYAT MEMPERKASA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin mempertegaskan bahawa kami bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang sama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010) iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu
beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini.

Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai
agama rasmi negara kita ini.


Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Ahad, 4 Jamadil Akhir 1432 / 8 Mei 2011

Thursday, May 5, 2011

PENYALAHGUNAAN INSTITUSI POLIS DAN PENDIDIKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK UMNO - KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PRESIDEN PKR




Minggu lepas YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan tentang peranan seorang pegawai polis kanan yang mendalangi agenda fitnah UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.

Pegawai yang dimaksudkan ialah Senior Asisten Komisioner (SAC) 1 Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Ismail, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas dari Bukit Aman. Saya lampirkan gambar yang diambil daripada sebuah program di Sabah.

Salinan aturcara program yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan ini di atas tajuk ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ dan dilancarkan oleh YB Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia turut dilampirkan.

Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Saya dimaklumkan 4 siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan. Setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan 8 orang guru.

Pembentangan Abdul Rahman Ismail bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen agenda fitnah UMNO dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga tragedi berdarah Memali.

Abdul Rahman Ismail telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur.

Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan UMNO Barisan Nasional?

Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan professional dalam isu fitnah 2, video seks dan kes Altantuya jika pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah yang keji ini?

Mengapakah institusi polis disalahgunakan, bukannya untuk memerangi jenayah yang menghantui rakyat Malaysia?

Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program politik ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?

Adakah langkah terdesak BN ini berpunca daripada ketakutan BN menghadapi pengaruh Buku Jingga Pakatan Rakyat khususnya di kalangan guru-guru dan keinginan merampas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan?

Saya menuntut Ketua Polis Negara untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan Pejabat Pendidikan untuk tujuan agenda fitnah UMNO.

Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara.

MOHAMED AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
3 MEI 2011




Saturday, July 3, 2010

Kenyataan Akhbar PKR Mengenai Isu Zionis

2 Julai 2010

Pendirian Anwar dan KEADILAN tentang sikap agresif 'Zionis' jelas

Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."
Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia.

JONSON CHONG
Pengarah Komunikasi

Monday, January 18, 2010

YBK Harus Beri Maklumat Penuh



–KENYATAAN MEDIA–
15 JANUARI 2010

Kerajaan Negeri Selangor mahu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendedahkan maklumat semua bantuan yang telah diterima daripada Kerajaan Negeri semenjak yayasan itu ditubuhkan.
Ini adalah kerana laporan kewangan yayasan tersebut yang dipaparkan di dalam laman web rasminya tidak memberi maklumat penuh berkenaan harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.
“Kita sedia maklum laporan kewangan yang telah dipaparkan di dalam laman web mereka. Tetapi laporan kewangan tidak memberi maklumat terperinci tentang harta dan wang yang telah diberikan oleh kerajaan. Sebab itulah kita kata perlunya yayasan tesebut membuat analisa dan penyataan semula,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri Besar berkata laporan kewangan yang dipaparkan menyebut tentang tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar). “Tanah itu adalah pemberian yang besar nilainya tetapi tidak ada dalam laporan kewangan. Ini baru satu contoh. Jadi, kita harap YBK akan lebih telus dan memberikan maklumat yang sepenuhnya.”
Beliau juga berkata YBK tidak pernah membayar satu sen pun untuk premium semenjak 2001 dan tidak mengambil sebarang usaha untuk membuat pembayaran. Yayasan tersebut hanya berhubung dengan Kerajaan Negeri ketika membuat permohonan untuk menukar status tanah tersebut dari pertanian kepada pengunaan komersil.
Jika permohonan penukaran status dibuat, tanah tersebut akan bernilai lebih kurang RM540 juta (dikira pada RM10 perkaki persegi) “Untuk tanah yang begitu besar nilainya, sudah tentulah Kerajaan Negeri perlu prihatin mengenai hal bagaimana ianya diurus tadbir. Mungkin kerajaan terdahulu tidak mahu mengambil tahu tapi Pakatan Rakyat tidak boleh membelakangkan isu tersebut kerana kami bertanggungjawab atas setiap sen wang rakyat,” kata Tan Sri Abdul Khalid.
Sebagai pemegang amanah harta rakyat, Kerajaan Negeri bukan sahaja perlu telus dan bertanggungjawab tetapi juga memastikan semua keputusan dan tindakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat selari dengan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.
Menteri Besar juga mengulangi keputusan Kerajaan Negeri untuk mengeluar satu laporan terperinci berkenaan harta dan wang yang telah diberikan kepada YBK pada tahun sebelum ini.
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon kepada YBK supaya melantik Dato Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara ahli EXCO kebajikan dan dua lagi wakil Kerajaan Negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat . Namun demikian YBK telah menolak permohonan tersebut.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Monday, January 11, 2010

Pembakar Gereja Berani Kerana Sedar Diri Mereka Dilindungi

Pihak yang merasa diri mereka tidak dilindungi tidak berani membakar dan menceroboh beberapa gereja di Lembah Klang semalam, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Saya percaya, hanya mereka yang merasa dilindungi yang berani berbuat demikian," katanya sambil merujuk serangan-serangan sedemikian ke atas pejabat-pejabat parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan rumah para pemimpin parti-parti tersebut.

Beliau juga mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang disifatkannya memberi kata-kata pembakar semangat kepada mereka yang memilih cara yang provokatif dalam menangani isu antara kaum dan agama yang sangat sensitif.

"Umpamanya, kalau si ayah kata anaknya tidak boleh dihalang apabila si anak hendak memilih provokasi terhadap jiran, tentulah anaknya fikir bakar rumah jiran pun si ayah tak akan halang," katanya.

Mengenai apa yang disifatkannya sebagai kata-kata pembakar semangat itu, Mohamad merujuk berita Bernama yang melaporkan bahawa Najib berkata, kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu.

Utusan Malaysia pula melaporkan Najib berkata, mereka yang hendak berhimpun membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama lain "tidak boleh dihalang untuk berhimpun asalkan di dalam pagar masjid".

Bernama juga melaporkan Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam.

"Sepatutnya mereka mencari jalan meredakan suasana tegang memandangkan Mahkamah Tinggi telah menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald itu," kata Mohamad.

Mengenai amaran Hishammuddin bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),beliau mengingatkan Menteri Dalam Negeri itu bahawa penggunaan akta tersebut tidak akan meredakan perasaan mereka yang telah diransang dengan kata-kata pembakar semangat tersebut.

"Ketegangan tidak akan reda kerana kerajaan Umno tidak akan menangkap dalang-dalang utama ketegangan seperti yang berlaku dalam Operasi Lallang 1987 dahulu.

"Kita tahu, mereka akan mengambil peluang untuk melepaskan dendam terhadap para pemimpin pembangkang.

"Sejarah Operasi Lallang mungkin akan berulang di mana pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak terlibat mencetuskan ketegangan telah dijadikan mangsa untuk menutup kesalahan Umno menggunakan isu perkauman ketika itu," kata beliau yang turut dimangsakan operasi tersebut.

Beliau berharap mereka yang tidak berpuas hati terhadap penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald supaya tidak mengambil kesempatan untuk melepaskan geram secara tidak bertamadun.

"Semua orang ada hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara. Tetapi, perbuatan membakar gereja tidak akan menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka malah akan menyebabkan orang-orang Islam dipandang negatif.

"Soal kaum dan agama sangat sensitif, apa salahnya memilih cara yang lebih tenang seperti mengadakan perbincangan?" katanya.

Jika perbincangan diadakan, katanya, banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam.

Tiga gereja dilempar bom api, dipercayai ada kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald.

Kejadian pertama membabitkan Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Taman Melawati disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya dan Gereja Chappel, Damansara. -harakahdaily

Protes isu "Allah" didalangi orang UMNO - Lau Weng San

Perdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.

Saya merujuk kepada sebuah laporan media oleh Malaysiakini yang melaporkan seperti berikut:

"Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut:

* Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.
* Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.
* Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam.


Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili Pekida."

Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk "@MB Pemuda Umno PJU"

Beliau mempunyai akaun facebook dan blogspotnya sendiri di http://www.facebook.com/armandpju dan http://armandpju.blogspot.com/, dan bekerja sebagai seorang pengurus cawangan Naza Motor yang juga merupakan seorang pencinta kereta mewah.

Sama ada beliau seorang yang betul-betul memperjuangkan hak orang Islam dan Melayu, saya serah kepada kebijaksanaan semua untuk menilai daripada tulisan dan gambar-gambar foto beliau.

Ini hanya salah seorang daripada ketua-ketua yang terlibat dalam protes-protes ini dan saya percaya bahawa sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat dan sayap parti itu, sama ada di Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di peringkat cawangan, bahagian ataupun negeri.

Justeru itu, adalah silap bahawa UMNO tidak harus dipersalahkan dalam isu ini. Sebenarnya, jika UMNO tidak terlibat dalam isu ini, hakikatnya ialah ahli-ahlinya dan pemimpin-pemimpinnya selama ini telah diketahui terlibat dalam menganjurkan protes-protes yang mengugat ketenteraman dan keharmonian agama di Malaysia.

Jika UMNO tidak harus dipersalahkan, maka UMNO dan Presidennya harus mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka seperti Arman Azha bin Hj Abu Hanafiah yang terlibat secara langsung dalam protes ini.

Soalannya ialah, adakah Najib sedia berbuat demikian atau tidak?


*Kenyataan media oleh Lau Weng San selaku ADUN Kampung Tunku- DAP, Selangor. - MR

Kenyataan Media: Kecaman Terhadap Serangan Ke Atas Gereja


—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
10hb Januari 2010

Kami mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.
Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.
Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimem perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.
Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.
Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah. ” (Ali-Imran, 3:64)
Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut:
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri. (al-Ankabut, 29:46)
Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan suci penganut agama Kristian. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.
Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno. Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut. Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.
Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.
Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Friday, January 8, 2010

DSAI Kecam Serangan Terhadap Rumah Ibadat


Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar lembah klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.
Sehingga kini saya difahamkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Inshaallah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.
ANWAR IBRAHIM

Wednesday, January 6, 2010

Kenapa polis tidak buat laporan polis sendiri?


Kenyataan Media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada Selasa, 5hb Januari 2010:
Demonstrasi kalimah “Allah” bersifat menghasut dan menghina mahkamah – kenapa polis tidak buat laporan polis sendiri?


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah pada 31 Disember 2009 lepas membuat keputusan bahawa berdasarkan Perkara 11 dan 12 dalam Perlembagaan Persekutuan, majalah Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Keputusan mahkamah tinggi berkenaan dengan penggunaan kalimah “Allah” telah mencetuskan kontroversi. Pelbagai pertubuhan bersayap kanan yang ektremis telah mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara untuk meluahkan perasaan tidak puas hati dan bantahan mereka terhadap keputusan mahkamah ini.

Kejadian ini sekiranya dibiarkan berterusan pasti akan menjejaskan hubungan antara kaum di Malaysia. Persoalannya ialah, mengapakah polis kali ini pula tidak membuat laporan polis sendiri terhadap kumpulan-kumpulan bersayap kanan yang ekstremis ini?

Tindakan kumpulan-kumpulan bersayap kanan ini memang memadai untuk pihak polis mengambil tindakan yang sama terhadap mereka, di mana tindakan mereka ini mempunyai kesan negatif terhadap hubungan antara kaum dan antara agama di Malaysia. Apa yang dilakukan mereka sebenarnya juga bersifat menghasut dan boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan. Ianya juga akan mengugat integriti gagasan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak.

Mengapa polis tidak membuat laporannya sendiri kali ini terhadap mereka jika polis sanggup berbuat demikian terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan kenyataan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Ean Yong Hian Wah?

Bukankah polis juga harus mengambil tindakan yang sama terhadap kumpulan-kumpulan yang secara terbuka mengkritik keputusan mahkamah ini? Sebenarnya, tindakan mereka ini bukan sahaja bersifat menghasut tetapi turut mengandungi elemen yang boleh ditafsirkan sabagai menghina mahkamah.

Biarpun kerajaan persekutuan mengatakan bahawa mereka akan memfailkan rayuan mereka ke mahkamah rayuan dan percaya bahawa isu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana, kerajaan persekutuan khususnya polis harus dilihat sebagai menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama dengan melakukan perkara yang sama sebagaimana apa yang mereka lakukan dalam kes Lim Guan Eng dan Ean Yong Hian Wah.

Jika tidak, polis akan terus dilihat sebagat berat sebelah dan memihak kepada Barisan Nasional oleh orang ramai dan ini semestinya tidak sihat untuk pasukan polis sendiri.

Lau Weng San, Setiausaha DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku

Tuesday, January 5, 2010

Penjelasan PKR Mengenai Isu Kalimah “ALLAH”


–Kenyataan Akhbar–
Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.
Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.
Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).
Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.
Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:
“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).
Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).
Sekian. Terima kasih.
Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010

Kenyataan Rasmi PAS Berhubung Isu "Allah"

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Friday, December 11, 2009

Pendapatan Petronas Berkurangan, Ekonomi Negara Terkesan!


Parlimen Malaysia, 10hb Disember 2009
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
Kami menyambut baik usaha PETRONAS yang mengumumkan prestasi separuh tahun bagi tahun kewangan yang akan berakhir pada 31hb Mac 2010. Tatkala kami hargai sumbangan PETRONAS untuk meningkatkan pendapatan Negara, berjumlah 48.6% dari jumlah keseluruhan pendapatan, kami juga merasa bimbang dengan merudumnya keuntungan syarikat tersebut kerana ianya bersangkutan langsung dengan kedudukan ekonomi Negara.
Pendapatan PETRONAS berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 billion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%. Sepanjang 5 tahun ini, PETRONAS adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan Negara. Untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan Negara. Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.
Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Ini juga bermaksud sepanjang 5 tahun ini, wang yang disedut oleh kerajaan telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.
Akibat dari ketagihan menggunakan sumber PETRONAS, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan serta perbelanjaan boros oleh kerajaan pusat. Sedangkan pengunaan oleh kerajaan bertambah 21% setiap tahun, keupayaan PETRONAS hanya berkembang pada tahap sekitar 16% setiap tahun. Jelasnya kerajaaan barisan nasional memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh PETRONAS.
Tambah memburukkan keadaan kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan pakej ransangan yang berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008. Saya sewaktu membahaskan belanjawan 2009 telahpun menggesa kerajaan supaya menyemak semula belanjawan yang dibentangkan kerana perubahan mendadak serta keadaan tidak menentu harga petroleum ketika itu. Walaupun begitu saranan saya dan rakan-rakan ditolak oleh kerajaan umno-barisan nasional.
Selepas hampir 1 tahun berlalu, kita berdepan dengan keadaan sukar kerana kerajaan sememangnya tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menunaikan janji-jani yang dibuat, kerana keuntungan PETRONAS berkurangan sebanyak 50%. Ini bermakna pendapatan kerajaan untuk perbelanjaan dan pakej ransangan akan berkurangan separuh dari jumlah yang dijanjikan.
Perkembangan ini menjejaskan kedudukan ekonomi Negara. Anggaran kami menunjukkan sasaran pertumbuhan kerajaan terlalu optimistik kerana kekurangan dana untuk dibelanjakan. Makanya sasaran untuk mengurangkan defisit belanjawan Negara pada tahun hadapan juga perlu disemak semula berdasarkan pendapatan Negara yang semakin berkurangan ini.
Kami menyeru kerajaan barisan nasional agar memastikan ketelusan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung kesan dari merudumnya keuntungan PETRONAS terhadap prestasi ekonomi Negara. Kami berpendirian adalah baik untuk kepentingan Negara sekiranya YAB Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci kepada Dewan Rakyat, semakan semula unjuran pendapatan Negara untuk tahun 2010 serta dampaknya kepada perbelanjaan untuk tahun 2010.
Sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian kepada beberapa mustahak yang menyangkuti kepentingan umum:
1)Memastikan ekonomi Negara tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata. Industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi dan perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.
2)Memastikan penggunaan dana PETRONAS telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009.
3)Menstrukturkan semula subsidi gas dan pembayaran royalti agar tidak ada lagi ketirisan. Subsidi gas hanya menguntungkan sesegelintir berikutan perjanjian IPP yang berat sebelah seperti sekarang mengakibatkan ketirisan dan korupsi.
4)Kerajaan Malaysia mesti bertindak untuk menjadi pemudah cara/fasilitator kepada PETRONAS untuk mendapatkan kawasan baru di luar Negara untuk menampung keperluan tempatan yang meningkat
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT

Friday, October 30, 2009

KENYATAAN MEDIA WAN AZIZAH

Tarikh: 29 Oktober 2009


Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL 

Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Tuesday, September 1, 2009

Kenyataan Media Ketua Penerangan PKR Berkaitan Isu Kuil Sek. 23 Shah Alam

PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Friday, August 28, 2009

Tuduhan Zalim Kepada TBH - YB Ean Yong

Kenyataan Media oleh Ean Yong Hian Wah di Petaling Jaya pada Rabu, 26 Ogos 2009:

Tuduhan zalim mengenai TBH dan Exco Selangor membuat tuntutan palsu tidak berasas

Empat keping dokumen tuntutan dan sebutharga kerja telah dikemukakan kepada Inkues semalam oleh SPRM dan telah dibicara pada hari ini.

Mengikut Pemangku Penguasa Kanan SPRM Mohd Anuar Ismail, dokumen-dokumen ini dicetak oleh pembantunya Mohd Najeib dari laptop Teoh Beng Hock. Empat dokumen ini tidak ditandatangani atau dicop dengan rasmi oleh sesiapa. Beliau mengatakan bahawa mengikut siasatan SPRM didapati kerja yang dinyatakan tidak dilakukan oleh kontraktor.

Dua keping tuntutan kepunyaan Syarikat Aris dan Fizami Construction; dua keping sebutharga kepunyaan MKMN Enterprise dan MA Bina Melor Enterprise. Saya tidak pernah lihat dokumen-dokumen demikian sebelum ini.

Oleh itu, peguam saya Salim Bashir telah menunjukkan semua gambar, sebutharga dan tuntutan sebenar mengenai kerja-kerja yang telah disiapkan. Akhirnya, beliau sendiri setuju dan mengaku kepada koroner bahawa kerja-kerja telah disiapkan. Mohd Anuar juga beritahu bahawa dia tidak pernah melihat gambar-gambar dan tuntutan-tuntutan yang ditunjuk oleh peguam tersebut.

Peguam saya juga menyebut bahawa empat keping tuntutan dan sebutharga ini juga boleh diperolehi melalui satu “blog hitam” yang tidak dikenali dan bukan daripada pejabat SPRM sahaja.

Ini telah membuktikan bahawa tuduhan zalim mengenai Teoh Beng Hock dan saya membuat tuntutan palsu adalah tidak berasas langsung.

Saya ingin mengatakan SPRM telah menyerbu pejabat-pejabat daerah yang berkaitan dan merampas segala dokumen-dokumen mengenai peruntukan saya. Semua dokumen dan gambar yang saya serahkan kepada Inkues hari ini merupakan apa yang disimpan di pejabat-pejabat daerah masing-masing.

Saya mahu tanya, adakah SPRM menjalankan siasatan dengan serius, saksama dan profesional? Kalau tidak, sebagai seorang pegawai siasatan mengapakah Mohd Anuar tidak pernah semak dokumen-dokumen dan gambar-gambar tersebut dan terus menuduh kita membuat tuntutan yang palsu di dalam Inkues?

Ini jelas menunjukkan bahawa SPRM telah menpunyai agenda politik sendiri bukan sahaja mahu melarikan tanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock, tetapi juga mahu menjatuhkan imej DAP dan Pakatan Rakyat. Kita boleh lihat bahawa SPRM hanya mahu mengalihkan tumpuan kita dari kisah benar kematian Toeh Beng Hock.

SPRM perlu berhenti sekarang untuk terus menjadi alat bagi Barisan Nasional untuk melaksanakan rancangan merampas kuasa di negeri Selangor.

* Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor & Exco Kerajaan Negeri Selangor

MACC should produce proof -DAP

Media Conference Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 27th August 2009 at 12 noon:

MACC should produce proof that Teoh Beng Hock had received RM112 “kickback” or it should withdraw and apologise for the allegation defaming the dead

Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) bias and prejudice towards DAP and Pakatan Rakyat must be deplored in the strongest possible terms.

The most recent evidence of such bias and prejudice was evident from the testimony of MACC investigator DSP Mohd Anuar Ismail at the Teoh Beng Hock inquest yesterday.

Although the coroner Azmil Muntapha Abas had ordered Anuar’s unfair and prejudicial testimony yesterday to be expunged, the damage had been done.

The Star online for instance carried the report with the heading “Officer claims Teoh was on the take” which is still accessible just minutes ago. The Sun headline today is:“Testimony on alleged kickbacks expunged”.

Yes, the details of Anuar’s allegations have been alleged but the allegation proper remains, viz: Teoh was corrupt and guilty of “kickbacks”!

In alleging that Beng Hock was “on the take” and had received “kickbacks” MACC had not only defamed the dead but posthumously elevated Teoh’s role from being a witness to a suspect or even a person accused of corruption!

And what is the amount of this corruption money which Teoh is alleged to have received as kickback? An incredible and ridiculous sum of RM112!

MACC is not interested in the RM24 million Istana Khir Toyo or RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) scandals, but for an alleged RM112 “kickback”, MACC officers are prepared to work through the night and go without sleep.

No wonder public confidence in the efficiency, independence, integrity and professionalism of the MACC is plumbing new depths!

Has the MACC any incontrovertible evidence that Beng Hock was corrupt, being “on the take” and had received RM112 “kickback”?

If so, I challenge MACC to produce them, and if not, MACC should withdraw the RM112 allegation and publicly apologise for defaming the dead, and Anuar should be suspended from office immediately.

Anuar is not interested in helping to find out the truth about the causes and circumstances of Teoh’s mysterious death at the MACC headquarters on July 16 but to add one smear after another defamation on Teoh and Pakatan Rakyat in the MACC war against Pakatan Rakyat, betraying MACC’s statutory objective which was to declare war on corruption!

This is why Malaysians want a Royal Commission of Inquiry as they have so little confidence in an inquest to uncover the actual causes and circumstances of Teoh’s mysterious death at the MACC headquarters.

It is also clear from Anuar’s expunged testimony that the materials he depended upon are very similar to those which appeared on the black blog, http://t4tbh.blogspot.com/, which carried postings of lies and falsehoods about MACC investigations and Teoh’s death, all with one purpose to accuse someone from DAP as having murdered Teoh.

I call on the MACC Chief Commissioner, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan to clarify whether MACC has ventured into the blogosphere in its war against Pakatan Rakyat and state categorically whether MACC has anything to do with this black blog of lies and falsehoods, whether!

If he does not know, has he caused a full investigation to be conducted whether MACC officers are implicated in this black blog?

Today’s press reported the statement by the Selangor Chief Police Officer Datuk Khalid Abu Bakar that the Molotov cocktail attack on a MACC vehicle in Klang last week was not related to Teoh’s death.

Last Thursday, the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz was very quick in making the insinuation that someone from DAP was implicated in the Molotov cocktail attack, saying that it gave some basis to the allegation by Wangsa Maju MP Wee Choo Keong that some DAP representatives had links to the underworld.

With the statement by Selangor CPO, Nazri should withdraw and apologise for his uncalled-for insinuation against the DAP for being implicated in the Molotov attack on the MACC vehicle in Klang.

*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary leader & MP for Ipoh Timor

Thursday, August 27, 2009

Pak Menteri! Tolong Jangan Campur Tangan ... Please.....

Rentetan kekecohan yang berlaku dalam isu sebatan Kartika Sari Dewi Shukarno, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memandang serius perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan reputasi Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam dan pihak-pihak berkaitan.

PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

PGSM kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.

Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen.

Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.

Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya.

Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain.

Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah.

Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa:

Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat.

Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.


Artikel ini diterbitkan daripada kenyataan media Musa Awang, timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Wednesday, August 26, 2009

Kenyataan Media: Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Dalam PRK DUN Permatang Pasir

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
25 Ogos 2009

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Tuesday, August 11, 2009

ISU PENGKHIANAT MELAYU

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA— Petaling Jaya, 11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...