anjung setiawangsa Headline Animator


Showing posts with label kes DSAI. Show all posts
Showing posts with label kes DSAI. Show all posts

Monday, September 19, 2011

SAYA LAWAN ORANG JAHAT, SAYA TAK TAKUT - DSAI


"Saya lawan orang jahat, saya tak takut"


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah terhadapnya sebaliknya mahu menumpu usaha membela nasib rakyat.

Tayangan terbaru pada video fitnah yang cuba untuk mengaibkan Ketua Pembangkang itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepadanya.

Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay.

“Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat.

Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik,” sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar.

Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September lalu.

Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati.

“Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat,” kata Anwar.

"Saya hairan mengapa Najib takut sangat bila setiap kali video yang disebarkan tak dapat respon rakyat sebaliknya dia pula yang kena," tambah Anwar lagi.

Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit.

Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya.

“Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan.

Najib juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib,” katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa.

Sunday, September 18, 2011

Keraguan Di Sebalik Fitnah Bodoh Papa Gomo Dan TV3


Nampaknya, isu "video seks" yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini nampak semakin panas apabila ada blogger pro kerajaan mendedahkan satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang kononnya kelibat Anwar bersama sahabat karibnya Datuk Eskay, ketika memasuki apartmen di Ampang lokasi kejadian seks yang dihebohkan sebelum ini.

Malah adengan Anwar dan Eskay masuk dan keluar dari lif apartmen berkenaan telah diulang-ulang oleh TV3 berdasarkan kepada sumber dari blog Papa Gomo. Ulangan itu bagi mengesahkan bahawa pelaku seks berkenaan adalah Anwar Ibrahim.

Maka terkejutlah seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan Buletin Utama TV3 malam tadi. Ada yang percaya dan ada juga yang sangsi dengan pendedahan terbaru itu. Sekali imbas memang nampak jelas wajah dan susuk tubuh Anwar bersama Eskay.


Malah, gambar CCTV berkenaan juga dalam keadaan berwarna yang memudahkan lagi untuk kita melihat raut wajah kedua-dua individu berkenaan. Namun persoalannya, benarkah apa yang dilihat itu adalah Anwar dan benarkan adengan itu telah dirakamkan ketika hari kejadian seks yang dilaporkan oleh Datuk T sebelum ini.

Semua ini mengundang seribu kemusykilan kerana banyak perkara sebenarnya. Masalahnya, kenapa dalam keadaan sekarang masih ada lagi cerita video seks Datuk T ini dimainkan. Bukankah ia sudah menjadi siasatan pihak polis?.

Jika benar pun ada bukti kelibat kedua-dua individu terbabit seperti yang didedahkan oleh Papa Gomo, kenapa video CCTV itu tidak dijadikan bahan bukti di mahkamah?. Kenapa perlu didedahkan lagi kepada umum. Bukankah ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa Papa Gomo, berpakat dengan pihak tertentu dan dibayar untuk menghasil serta mendedahkan apa jua maklumat baru sama ada yang diperolehi secara sah atau direka bagi didedahkan kepada pihak media terutamanya TV3. Maknanya TV3 dengan mudah menyiarkan "berita sampah" itu, tanpa ada tapisan semata-mata mengikut arahan orang kuatnya yang khabarnya telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sejak awal tahun ini.

Cuba lihat rakaman video terbaru kononnya melibatkan perbuatan seks Anwar Ibrahim dengan pelacur Cina terbabit.

Inilah dia wajah si Papa Gomo yang diberi hak terbitkan video seks Anwar

Dan sekarang, mari kita lihat betapa Papa Gomo telah gagal menyiapkan skrip dan jalan cerita adengan ini dengan baik sebenarnya. Banyak kekeliruan dan penipuan yang telah dilakukan bagi membuktikan kononnya pelaku seks itu 100% adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kami bukan mahu berpihak kepada sesiapan dalam hal ini. Namun, kebenaran perlulah ditegakkan demi Islam dan keadilan. Tambahan pula sekarang umat Islam masih berada di bulan Syawal yang mulia ini.

Makanya, amatlah tidak wajar Papa Gomo mendedahkan video ini dengan kerjasama TV3, sedangkan dia sendiri terkeliru dengan beberapa adengan yang jelas mengelirukan serta tidak kena pada tempatnya. Sama ada beliau sedar atau tidak, hanya mereka yang celik mata dan hati sahaja dapat menilai kebenarannnya. Banyak kekeliruan daripada kebenaran yang dicari oleh Papa Gomo berlaku terhadap adengan yang dipaparkan.

Antaranya ialah:-

Cuba lihat masa Anwar dan Eskay tiba pada lif iaitu 22:09:30 (kiri atas) dan 22:09:31 (kanan atas) ketika mereka berdua memasuki lif berkenaan. Kemudian cuba tengok ketika pintu lif itu ditutup tiba-tiba tertera masa 22:52:19 (anak panah kuning pintu lif tertutup). Kemudian cuba lihat masa seterusnya gambar yang terakhir (kanan bawah) ketika Anwar dan Eskay keluar dari lif masa yang tertera ialah 22:52.25.

Ini bermakna , Anwar dan Eskay dipercayai masuk lif dan naik ke atas sekitar 6 saat sahaja lamanya.

Bagaimana ini boleh berlaku?. Ini kerana kaunter masa yang disediakan itu adalah diedit sedemikian rupa pada video berkenaan untuk menunjukkan seolah-olah kejadian itu berlaku mengikut masa yang telah ditetapkan.

Sekarang cuba kita lihat pula masa ketika Anwar berada dalam bilik dengan bertuala (bawah kanan), masa yang ditunjukkan ialah 22:26:10 iaitu jarak masa yang terkurang daripada ketika mereka menaiki lif. Maknanya masa sudah berundur ke belakang pula. Kesilapan ini walau pun kecil kata Papa Gomo, namun ia sungguh melucukan.

Persoalannya juga, jika ada CCTV menunjukkan Anwar dan Eskay masuk lif dan keluar lif maka sepatutnya mestilah ada juga CCTV "pelacur Cina" yang dikatakan itu masuk serta keluar lif?. Kenapa Papa Gomo tidak menayangkan CCTV wanita tersebut jika benar beliau berada bersama Anwar semasa kejadian.

Satu persoalan penting yang perlu dijawab juga ialah berkenaan dengan pakaian Eskay itu sendiri. Cuba lihat ketika dia mula-mula masuk ke dalam lif dimana beliau berbaju gelap, tidak bertalipinggang dan baju tanpa kolar (T-Shirt ala baju yang sering dipakai oleh lelaki India).

Namun, anehnya keetika tiba di dalam bilik berkenaan baju Eskay telah bertukar menjadi putih berkolar dan kelihatan dia bertalipinggang dengan baju masuk ke dalam. Begitu juga dengan rambut Anwar ketika mula-mula masuk ke lif yang jauh berbeza dengan rambut bergunting ala askar ketika berada di dalam bilik tersebut.

Semua ini menimbulkan keraguan dan kemusykilan apakah benar video yang dipaparkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Dengan beberapa penjelasan ini, diharap ianya dapat meredakan sedikit kekeliruan akibat pendedahan yang dibuat oleh Buletin Utama TV3 malam tadi.

Laporan yang hanya dibuat berdasarkan kepada rujukan blog Papa Gomo itu adalah satu tindakan biadap terhadap media arus perdana seperti TV3 sebenarnya. Mereka langsung tiada etika dalam penyiaran dan sewenangnya melakukan tindakan atas arahan pihak tertentu dalam usahan menjatuhkan musuh politik pemimpin negara.

Lantaran itulah kita tidak hairan blog Papa Gomo dijadikan bahan rujukan ilmiah oleh TV3 dalam keadaan ia jelas menimbulkan keraguan. Tindakan TV3 juag mencerminkan bahawa media itu kini 100% dikuasai oleh kerajaan UMNO BN, selain RTM.

Sepatutnya mereka perlu ada panel penilai untuk melihat kualiti dan kesahihan berita yang mahu dipaparkan. Jika itulah caranya, maka tidak hairan selepas ini lebih banyak ceramah pembangkang akan dipantau oleh TV3. Malah, banyak lagi kes-kes kecil akan diperbesarkan bagi menjatuhkan imej para pemimpin tertentu di dalam Pakatan Rakyat].

Sumber - PahangDaily

Fitnah Versi Ke-2 Dan Kaitannya Dengan 16 September


ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.
16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.
Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.
Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.
Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?
Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.
Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.
Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.
Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato’ Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.
Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.
Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).
Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham ‘pencak silat’ politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.
Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.
BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?
Saya percaya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.
Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?
Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.
Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.
Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.
Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.
Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, “Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang.”
Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa sekitar April 2008.
Kata beliau kepada Husam ketika itu,”Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara.”
Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?
Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.
Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.
Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?
Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.
Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.
Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.
Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.
Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.
Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa ‘memenjarakan’ Anwar. Jika Anwar masuk ke ‘dalam’ Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.
Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

Friday, May 6, 2011

SAYA YAKIN BUKAN ANWAR - DATUK THASLEEM


Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang “Datuk T” dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan “Prasan Mit” — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.

“Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai “tidak Islamik.”

Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral.

Ketika ditanya mengapa beliau menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks.

“Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya,” katanya.

Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir.

“Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar,” katanya lagi.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga “Datuk T” awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu.

“Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya.

“Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand.(MInsider)

Thursday, May 5, 2011

ESKAY KATA DIA TAK TUDUH ANWAR, WARTAWAN YANG TUDUH!


"Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay (Datuk T - Temberang)

Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Pita video seks itu pertama kalinya dipertontonkan pada 21 Mac lalu oleh trio 'Datuk T' yang turut dianggotai oleh Eskay bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Wednesday, March 23, 2011

KENYATAAN AKHBAR JOHARI ABDUL DEDAH MISTERI VIDEO SEX DSAI


KENYATAAN AKHBAR
 
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullahmenjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Thursday, October 7, 2010

Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun

Setelah membuat akuan bersumpah lebih dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada konspirasi untuk mengenakan tuduhan liwat buat kali ke dua ke atas Anwar Ibrahim, bekas pembantu Anwar menukar nadanya hari ini.
Rahimi Osman membuat laporan polis mendakwa kononnya dua kenyataan bersumpahnya itu dibuat kerana dipaksa oleh orang Anwar, termasuk seorang peguam wanita dari parti itu.
Kenyataan bercanggah Rahimi mirip kepada kes penyiasat P. Balasubramaniam yang turut mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada kes warga Mongolia Altantuya Shariibu yang mati dibom pada tahun 2008.
Selepas membuat pengakuan itu, Balasubramaniam “terpaksa” menukar kenyataan itu keesokan harinya sebelum menghilangkan diri untuk mencari perlindungan di luar negara.
Hanya selepas setahun, Balasubramaniam muncul di Singapura dan mendedahkan beliau diugut oleh rakan dan kerabat keluarga Najib supaya mengubah kenyataannya jika mementingkan keselamatan keluarga beliau.
Tindakan Rahimi menafikan beliau membuat kenyataan bersumpah secara sukarela yang mengaitkan Najib kepada konspirasi menfitnah Anwar dengan tuduhan liwat tentunya dipandang dengan sinis.
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau tetap yakin Rahimi membuat pengakuannya dua tahun lalu secara sukarela. Kenapa hanya sekarang, beliau mendakwa dipaksa, tentunya ada sesuatu yang mencurigakan,” kata Sankara kepada TV Selangor.
“Saya mahu menegaskan bahawa Rahimi tidak pernah dipaksa untuk membuat kenyataan bersumpah. Ia dibuat secara sukarela dan keterangan itu memihak kepada Anwar dan justeru beliau adalah saksi untuk pembelaan,” tambah Sankara.
Dalam wawancara dengan Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin pada Julai 2008, Rahimi sendiri mengesahkan pembabitan Najib dalam pemalsuan bukti terhadap Anwar berhubung dakwaan palsu oleh Saiful Bukhari Azlan.
Ini kerana, menurut Rahimi, beliau sendiri yang mengiringi Saiful untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan dakwaan itu.
Menurut sumber-sumber, wawancara itu telah dirakam secara video dan disimpan di tempat yang selamat.
Rakaman ini apabila disiarkan akan menunjukkan secara jelas, Rahimi tidak berada dalam sebarang keadaan tertekan atau dilatih untuk memberi kenyataan.
Sidang akhbar yang “diatur” untuk Rahimi dan peguamnya di Klang selesai dalam tempoh tidak sampai 15 minit, sejurus selepas Rahimi bergambar dengan laporan polis.
Sidang media itu yang diadakan di sebuah restoran di Kelang ditamatkan lebih awal selepas sekumpulan orang yang tidak dikenali bertindak untuk melarang Ravichandran dan Rahimi daripada terus memberi kenyataan.
Anehnya kumpulan itu terlalu ghairah cuba menggambarkan diri mereka sebagai penyokong Anwar malah membuat pengakuan terbuka sedemikian. Ini hanya menimbulkan kecurigaan terhadap identifi sebenar kumpulan ini.
Seperkara menarik pada sidang akhbar Rahimi dan P. Balasubrmaniam adalah hakikat bahawa kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, kerana tidak mahu menjawab soalan daripada pemberita.
Dan selepas sidang akhbar yang menafikan pembabitan Najib dalam kes Altantuya dan dalam kes ini, mengatur konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, Balasubramaniam, ketika itu, dan Rahimi, hari ini menghilangkan diri.

Tuesday, March 23, 2010

Saya Lebih Kenal Anwar, Ezam Tidak Kenal Anwar, Kata TGNA

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor tidak mengenali Anwar sebenarnya.

Kerana tidak kenal itulah menyebabkan sikap beliau berubah-ubah atau kluk-klek, sekejap sokong dan sekejap lagi menentang Anwar.

“Saya pun kenal juga (Anwar Ibrahim). Dia kenal, saya pun kenal. Jadi tak usahlah mendakwa yang pelik-pelik sangat.

“Saya boleh terima nasihat dia, tetapi (jangan) sampai kepada peringkat (seolah-olah) macam saya tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar semasa dia berada dalam ABIM lagi.

“Saya terima nasihat dia (Izam), tetapi saya juga menasihatkan dia jangan banyak ubah pandangan.

“Ini kerana kalau dia kenal Anwar Ibrahim, kenapa dahulu dia mendekati tetapi sekarang kenapa pula dia lawan. Ini menunjukkan dia tidak kenal. Namun saya kenal Anwar Ibrahim dahulu sampai sekarang.

“Izam tidak kenal, sebab itulah dia (bersikap) sekali rapat, sekali marah, itu menunjukkan tidak kenal,” tegasnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Nik Aziz mengulas nasihat mantan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Izam Mohd Nor supaya (Nik Aziz) menjauhi Anwar Ibrahim.

Ini kerana, mengikut dakwaan Izam bahawa dia lebih mengenali siapa dia Anwar Ibrahim.

Monday, February 8, 2010

KY Jelly dan Seluar Dalam Sayfool, Macam Ada Yang Tak Kena Jer

Saya terbaca dua isu menarik mengenai budak Sayfool dalam blog Kami Sokong Tok Guru . Hangpa bacalah dulu, kemudian buat tafsiran sendiri. Komen saya lepas itu...:

"Selain itu, beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian.

Mohd Saiful juga berkata beliau turut menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya."
 - Bernama.

Hmmm... gua cuma terfikir beberapa perkara saja dari keterangan budak sepol ni...;

1) Kalau Anwar yang menutuh Sepol, sepatutnya KY Jelly itu pasti berada dalam simpanan Anwar, dan polis kena rampas dari Anwar bukannya di ambil dari Sepol. Kenapa pula Sepol yang simpan KY Jelly.... dan berikannya pada polis.... he..he..he.... kepala otak gua mula negatif ni... adakah dia gunakan KY Jelly tu untuk ..... lu orang tafsirkan sendiri....

2) Kenyataan keduanya pula, "seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis di ambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya". Ha..ha..ha... baru tunang beb... seluar dalam dah ada di rumah tunang..., kalau dah nikah tu lain lah ceritanya..., ini pun lu orang tafsirkan lah sendiri... - ISA

Komen PGK:

i) Isu KY Jelly:Jika kisah liwat meliwat ini benar, saya kira yang jadi peliwatnya ialah Sayfool, manakala yang jadi mangsa liwatnya ialah Anwar. Ini kerana berdasarkan keterangan di mahkamah, Sayfool yang menyimpan KY Jelly dan bukannya Anwar. Mana mungkin mangsa liwat yang mengusung jeli haram jadah tu ke sana sini? Jika dalam kes rompakan, pistol dijumpai di tangan seseorang, bolehkah kita katakan orang yang memegang pistol itu bukan perompaknya? Jadi dalam insiden di Kondo mewah itu, pemilik jeli itulah (Sayfool) yang sepatutnya menjadi orang yang dituduh. Apa lagi Sayfool ini orang muda, yang secara fizikalnya lebih kuat dari warga tua seperti Anwar yang sekali kena tendang, sudah boleh patah pinggang!

ii) Isu seluar dalam di rumah tunang: Sekali lagi kredibiliti Sayfool sangat meragukan. Mengapa Sayfool londeh dan tinggalkan seluar dalam di rumah tunang yang bukan muhrimnya? Bukan nak menuduh, tapi ia menimbulkan pelbagai andaian... Jika dalam isu KY Jelly, boleh diandaikan Sayfool yang meliwat Anwar, dalam isu seluar dalam ini, siapa pula yang meliwat dan menjadi mangsa liwat hingga Sayfool terpaksa melondehkan seluar dalam di rumah tunangnya?

Itulah Sayfool, lain kali sebelum beri keterangan di mahkamah, fikir masak-masak dulu. Jangan terlalu bergantung sangat dengan skrip yang puak itu sediakan, nanti Sayfool sentiasa nampak fool! -pendikargunung

Wednesday, February 3, 2010

Suara Hati Nurul Izzah




HATI ANAK KEPADA AYAH

Tarikh: 2 Februari 2010 

Teman-teman seperjuangan sekalian,

Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi UMNO dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

Sewaktu kes di bicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!

Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yg menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.

Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.

Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.

Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?

Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak.Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul AM PAS, YAB Menteri Besar Neg Kelantan, AL Fadhil Dato’ Tuan Guru Nik Aziz pagi tadi – hadir bersama , menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.


NURUL IZZAH 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...