| Hazayani Zakaria |
| PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13. Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu. "Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara. "Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini. Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri. Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi. Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam. "Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya. Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu. Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat. "Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya. Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan |
Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts
Wednesday, August 3, 2011
PENDATANG DAPAT MYKAD: AHLI PARLIMEN PAKATAN DESAK SIDANG PARLIMEN TERGEMPAR
PAGI PEMASTAUTIN TETAP, PETANG DAH JADI WARGANEGARA!
Thursday, May 5, 2011
ESKAY KATA DIA TAK TUDUH ANWAR, WARTAWAN YANG TUDUH!
"Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay (Datuk T - Temberang)
Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.
Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.
“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.
Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.
“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.
Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.
“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.
Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.
“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.
Pita video seks itu pertama kalinya dipertontonkan pada 21 Mac lalu oleh trio 'Datuk T' yang turut dianggotai oleh Eskay bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
Monday, February 8, 2010
Pak Lah Kata Guan Eng Ditolak Rakyat
Isy-isy Pak Lah ni. Ulas panjang-panjangpun buat letih jari je menaip....Beliau terlupa kot, atau masih zzzzzzz, Takkan buat-buat lupa pulak kot... pada masa beliau jadi PM, beliau dikritik lebih hebat lagi, bukan oleh pembangkang sahaja tetapi oleh seluruh rakyat Malaysia, terlebih-lebih lagi gerombolan UMNO sendiri sehingga ada yang buat laporan polis.Orang Nelayu di bawah Koh Tsu Koon lebih teruk nasibnya, walaupun PM pada masa itu orang Pulau Pinang. Sampai ada yang koyakkan poster Koh Tsu Koon.
Sekarang menantu Pak Lah pun dah senyap. Ada apa-apa yang tak kena ker?
Tuesday, January 12, 2010
JUARA RAKYAT KONON....PIIIIIIIIIRAHHHH!
Sekarang di sana sini Umno mencanang dirinya sebagai ‘Juara Rakyat’. Parti yang sudah berusia 63 tahun dan sedang kelelahan itu cuba memikat kembali hati masyarakat dengan slogan baru.
Suatu ketika dulu, pada zaman Tun M jadi PM, ada slogan ‘Tradisi Membela Rakyat’. Kesudahannya, slogan hanya tinggal slogan kerana yang terbela bukan rakyat tetapi kroni. Slogan itu berpusing 360 darjah menjadi ‘ Tradisi Membela Kroni’.
Ketika rakyat terulit dengan slogan itu, harta negara dipunggah ke dalam poket mereka yang berkuasa. Akhirnya, ‘Tradisi Membela Rakyat’ menjadi ‘Tradisi Melingkup Rakyat’.
Kini Umno berslogan lagi. Sasaran slogan itu adalah rakyat juga. Umno cuba menyuntik ubat pelali ke dalam fikiran rakyat. Biar rakyat terpesona dengan slogan walau pun hidup mereka terus terhimpit. Biar rakyat lali dengan slogan biar pun sekian banyak hak mereka dinafi.
Umno cuba berlagak menjadi jaguh. Semasa muda dan sihat dulu, orang terpesona dengan lagak dan gayanya. Tapi, kini Umno sudah tua, lagak dan gayanya orang sudah kenal. Kalau orang ramai-ramai pandang kepadanya pun, bukan kerana terpesona tetapi kerana meluat dan nak ketawa.
Sebenarnya Umno sudah tidak berupaya menjadi jaguh lagi. Bolehkah Umno menjadi jaguh ketika lutut dan pinggangnya sudah tergeliat, wajahnya sudah kerepot, sedah monopos pun…
Umno boleh melalikan rakyat suatu masa dulu dengan slogan ‘Tradisi Membela Rakyat’ kerana mungkin pada waktu itu rakyat belum benar-benar mengenali Umno. Kini tidak begitu lagi. Rakyat sudah tahu hati budi Umno.
Rakyat kenal Najib dan Rosmah. Mereka juga kenal Hishamuddin dan Zahid. Mereka tahu juga Muhyiddin dan Rais.
Mereka sudah masak dengan dacing senget dan berkarat itu. Dacing itu boleh menipu mereka dulu-dulu, tetapi tidak kini.
Rakyat tak akan lupa kepada Altantuya dan Teoh Beng Hock. Rakyat tahu kisah PKFZ, jet hilang dan bumbung runtuh. Rakyat tahu cerita komisen kapal selam dan jet. Rakyat juga tahu kisah bekalan duit untuk Rosmah membeli-belah di luar negara. Rasuah pemimpin Umno, itu sama sekali tak akan dilupa oleh rakyat.
Justeru, kalau begitulah wajah Umno, parti itu nak jadi juara apa? Juara (belit) Rakyat, Juara (tipu) Rakyat atau Juara (sembelih) Rakyat?
Kalau benar Umno ingin menjadi ‘Juara Rakyat’, pulangkan hak rakyat Kelantan. Mengapa lidah pemimpin Umno bercabang macam biawak apabila bercakap mengenai royalti? Mengapa boleh bertukar menjadi wang ehsan dan akan disalurkan pula melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan?
Kalau Kelantan tidak berhak dengan wang itu, mengapa disalurkan juga? Mengapa boleh jadi wang ehsan untuk Kelantan sahaja?
Mengapa tidak menjadi wang ehsan juga kepada negeri yang semput-semput macam Perlis? Tubuhkan jabatan serupa di Perlis dan salurkan kepada negeri itu, atau salurkan terus kepada kerajaan negeri yang juga Umno.
Kalau Kelantan berhak mendapat wang ehsan petroleum kerana telaga minyak itu di luar pantai Kelantan, ia juga diluar pantai Perlis. Mengapa cuma Kelantan yang dapat?
Maknanya, lidah pemimpin Umno memang lidah biawak. Bercakap mengenai ‘Juara Rakyat’ tetapi merampas hak rakyat.
Tunggulah, ‘Juara Rakyat’ ini pun tak akan kemana. Kalau program itu tidak mampu memenuhkan poket dan tembolok pemimpin Umno, yang tinggal hanya slogan sahaja.
Enjin jet hilang, yang kena dakwa adalah sarjan tapi menteri terlepas. PKFZ, yang kena adalah OC Phang, pemimpin MCA yang jadi menteri selamat. Bumbung runtuh, yang salah adalah kontraktor, pemimpin Umno yang ‘mentekedaghah’ rasuah boleh makan angin.
‘Juara Rakyat’ konon… peeeraaaahhhh…..
http://bongkarsauh.blogspot.com/
Wednesday, January 6, 2010
KAH...KAH...KAH...PTUIIIIIIIH...POOOORAH!
USAH PINGGIR BAHASA MELAYU – berita hairan
Pandangan bahawa bahasa Melayu kurang sofistikated harus dikikis kerana ia berada di tahap keenam paling luas digunakan di dunia selepas bahasa Cina, Inggeris, Perancis, Russia dan India, kata Rais Yatim.
"Kita harus kikis pandangan dan amalan bahawa menggunakan bahasa Melayu itu kononnya kurang sofistikated kerana sebenarnya bukan begitu... lagi banyak digunakan, lebih tersohor ia.
KAH KAH KAH…
woit… BILA NAK TUKAR NAMA PRECINT DI PUTRAJAYA…kah kah kah..
woit… BILA NAK ALIH NAMA KL CENTRAL…. kah kah kah…
woit…KENAPA BAKAI BUJET TAK PAKAI BELANJAWAN….kah kah kah…
woit… KENAPA PAKAI RADIO TAK PAKAI CONCORONG… kah kah kah..
woit… BILA NAK TUKAR NAMA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION KEPADA PEKEMBAR…. kah kah kah…
woit… JANGAN CAKAP SURUH ORANG BUAT… CERMIN MUKA SENDIRI DULU….kah ka kah…
Cilok dari Tukar Tiub
Pandangan bahawa bahasa Melayu kurang sofistikated harus dikikis kerana ia berada di tahap keenam paling luas digunakan di dunia selepas bahasa Cina, Inggeris, Perancis, Russia dan India, kata Rais Yatim.
"Kita harus kikis pandangan dan amalan bahawa menggunakan bahasa Melayu itu kononnya kurang sofistikated kerana sebenarnya bukan begitu... lagi banyak digunakan, lebih tersohor ia.
KAH KAH KAH…
woit… BILA NAK TUKAR NAMA PRECINT DI PUTRAJAYA…kah kah kah..
woit… BILA NAK ALIH NAMA KL CENTRAL…. kah kah kah…
woit…KENAPA BAKAI BUJET TAK PAKAI BELANJAWAN….kah kah kah…
woit… KENAPA PAKAI RADIO TAK PAKAI CONCORONG… kah kah kah..
woit… BILA NAK TUKAR NAMA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION KEPADA PEKEMBAR…. kah kah kah…
woit… JANGAN CAKAP SURUH ORANG BUAT… CERMIN MUKA SENDIRI DULU….kah ka kah…
Cilok dari Tukar Tiub
Tuesday, December 22, 2009
Enjin jet dan C4: Menteri Pertahanan mesti ambil tanggungjawab
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemimpin Umno yang menjadi Menteri Pertahanan ketika berlakunya kehilangan enjin jet Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku bukan membuat penafian begitu sahaja.
Demikian kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali(Gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
"Sebagai menteri beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kedua-dua kejadian ini, beliau mesti menjawab secara rasmi, dengan kenyataan bertulis dan disertakan dengan sokongan-sokongan bukan hanya melalui penafian dan sumpah semata-mata," kata Dr Lo' Lo'.
Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua peristiwa penting ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa yang begitu jelas dan menimbulkan tanda tanya.
Dr Lo' Lo' dipercayai mengulas peristiwa kehilangan sebuah enjin jet pejuang F-5E milik TUDM yang berharga lebih RM50 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan tidak berniat untuk menutup hal itu.
Beliau berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan telah membuat laporan polis sebaik sahaja perkara itu diketahui hujung tahun lepas.
Ketika peristiwa kehilangan enjin jet itu berlaku, Menteri Pertahanan adalah Najib sendiri.
Dari Harakah
SEBUAH LAGI ENJIN PESAWAT F-5E LESAP!
KUALA LUMPUR: Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai lesap ketika dibawa ke stor simpanan sementara di Pangkalan Udara Kuala Lumpur Sungai Besi.
Kali ini, ia dikatakan diseludup ke Eropah.
Kehilangan enjin GE J85-21A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth itu dipercayai didalangi individu sama yang didakwa terbabit kehilangan enjin pertama.
Menurut sumber, ia dipercayai hilang kira-kira lima bulan selepas enjin pertama lesap ketika menunggu untuk diselenggarakan kontraktor dilantik, kira-kira dua tahun lalu.
Difahamkan, enjin terbabit tidak tiba ke destinasi untuk penyelenggaraan ketika dibawa dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit.
Sementara itu, Pejabat Peguam Negara terpaksa menghantar semula fail siasatan kes terbabit kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, atas siasatan belum lengkap dan ia disahkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Media Sabtu lalu melaporkan kehilangan enjin pesawat tempur terbabit bersama dokumen mengandungi butiran penyelenggaraan serta tahun perkhidmatan enjin dari simpanannya di Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin, ketika ditemui Jumaat lalu, mengesahkan kehilangan enjin pesawat tempur itu angkara orang dalam dan dipercayai dibantu individu tertentu untuk diseludup bagi pasaran luar negara.
Azizan dipetik sebagai berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandang perkara itu sebagai kes berprofil tinggi dan sedia bekerjasama dengan polis dan agensi kerajaan lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu menyelesaikannya.
Berikutan, katanya, ATM dan TUDM kini mengetatkan proses dokumentasi terhadap semua aset strategik miliknya berkuat kuasa serta-merta, selain menubuhkan jawatankuasa audit dalaman bagi mengesan kes penyelewengan lain.
Difahamkan, hasil siasatan dalaman seorang pegawai kanan berpangkat Brigedier Jeneral serta 20 lagi pegawai dan anggota dikenakan tindakan bersara awal.
TUDM mula menggunakan pesawat tempur buatan Amerika Syarikat itu pada 1974 tetapi hanya enam unit masih digunakan ketika ini, masing-masing model RF-5E dan F-5E yang berpangkalan di Butterworth.
Jet pejuang berusia lebih 30 tahun itu digantung perkhidmatan beberapa tahun lalu berikutan cadangan kerajaan menggantikan pesawat tempur jenis baru
sumber disini
Subscribe to:
Posts (Atom)