
..... dan yang pastinya tokey nasi kandar pasti tersenyum sampai ke telinga.........untung besar beb.....
KUALA LUMPUR, 27 APRIL (SK) - Menteri Besar Selangor memfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Said berikutan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Saman berkenaan telah difailkan melalui peguamnya, Sankara N Nair dari Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, petang tadi.
Dalam writ saman berkenaan, Abdul Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar yang disiarkan pada yang dibuat Ahmad Said pada 21 Februari 2009, yang bertajuk “There is evidence Khalid misused powers” yang ditulis oleh Audrey Dermawan dan diterbitkan The New Straits Times di mukasurat dua akhbar terbabit.
Menurut Sankara Nair, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di bawah Akta SPRM tidak diberikan kuasa menyatakan kepada media mengenai hasil siasatan.
“Oleh itu kita dapati mereka telah melanggar akta tersebut,” kata Sankaramengenai tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mendakwa anak guamnya merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah.
Dalam artikel berkenaan, Ahmad Said telah mendakwa Abdul Khalid telah terlibat dengan salah laku dana kerajaan bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta.
Sankara menambah, kuasa mutlak untuk menentukan sama ada terdapat cukup bukti terletak pada Peguam Negara.
“Tindakan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) mendakwa anak guam saya telah terlibat dalam salah laku, dalam kenyataan rasminya pada 21 Februari lalu, merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah beliau,” katanya.
PARTI KeADILan mengumumkan bebarapa rombakan dalam barisan pimpinannya yang turut melibatkan pemimpin peringkat tertinggi. Rombakan tersebut dimum oleh Ketua Umum Anwar Ibrahim selepas mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di ibu pejabat parti 26 April lepas.
Naib Presiden Azmin Ali yang sebelum ini memegang potfolio Pengarah Pilihanraya dilantik mengetuai jawatan kuasa yang baru diujudkan bertujuan memperkasa pimpinan parti, ahli parlimen dan Adun.
Tempat beliau sebagai Pengarah Pilihanraya diganti oleh Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail. Manakala Tian Chua yang sebelum ini mengetuai Biro Penerangan dilantik sebagai Pengarah Strategik menggantikan tempat Saifuddin.
Biro Penerangan kini dibahagi kepada dua potfolio; Ketua Penerangan yang kini dipimpin oleh Latheefa Koya dan Ketua Komunikasi diisi oleh Jonson Chong.
KeADILan juga mengumumkan perlantikan dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang baru; Sharifah Shahidah dan Adun Batu Uban Pulau Pinang Raveentharan.
16 dipecat
MPT juga mengambil keputusan sebulat suara untuk memecat 16 orang ahli parti berkuatkuasa serta merta.
Menurut Timbalan Presiden KeADILan Syed Husin Ali, tindakan tersebut diambil kerana masalah disiplin terutama ketika pilihanraya kecil baru-baru ini.
“Mereka bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media. Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini,” kata Dr Syed Husin.
Mereka yang dipecat ialah, dari Kedah: Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok), Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena), Abdul Hamid Othman dan Roslan A Hamid (Bahagian Padang Serai), Abu Bakar Din (Bahagian Baling), Abdul Wahab Mat Isa dan Mustafa Hassan (Bahagian Sik), Kalai Vanar a/l Bala Sundram dan Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai), Abu Bakar Hamid dan Ahmad Ayub (Bahgaian Penaja Pendang) dan Azhar Ahmad ( Bahagian Penaja Jerlun).
Manakala dari sarawak ialah Dr Ambrose Labang, Wong Kee Kai, Rajang Anak Unau dan Kudik Untung, semuanya dari Bahagian Julau-dari Suara Keadilan
Jumlah Pengundi: 15,421, Peratusan Kaum: Melayu : 72.51% Cina : 24.32% India : 2.43 % Lain-lain : 0.57%
KENYATAAN MEDIA
YB MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN
24 APRIL 2009
Saya dengan penuh tawaduk merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT dengan segala Keagungan dan KebesaranNya yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenaran saya.
Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan. Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya. Syukur, Alhamdulillah. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu, ahli-ahli politik serta media-media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadap saya. Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya bernarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.”
Salam Perjuangan.
Yang Benar,
MOHAMMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN.
NO K/P: 760702-07-5413