anjung setiawangsa Headline Animator

Friday, July 29, 2011

KELUARGA NAFI LELAKI DALAM VIDEO POLIS ADALAH ALLAHYARHAM BAHARUDDIN

Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.

Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim,pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.
Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.

“Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin,”
 kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.

Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.

“Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.

“Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam,”
 kata beliau.

Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.

“Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat
.

“Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk,” ujarnya.

Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin.

“Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya,” katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia. -KD

Wednesday, July 27, 2011

SISTEM BIOMETRIK: TERLALU MAHAL, TIADA MEKANISME TIMBANG TARA, TERLALU LAMA UNTUK DILAKSANAKAN

Mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat, kami mengalu-alukan penyataan Perdana Menteri mengenai pelaksanaan sistem biometrik yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulang kali memang wujud dalam amalan pilihanraya di negara ini. Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik untuk mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulang kali adalah bukti bahawa pimpinan Barisan Nasional sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai BERSIH2.0.

Maka, kita wajar mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen BERSIH2.0 dan turun ke perhimpunan aman pada 9 Julai 2011 baru-baru ini. Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan Barisan Nasional akan terus menafikan bahawa penipuan-penipuan ini wujud.

Namun begitu, penerimaan terbuka oleh SPR dan Barisan Nasional itu diikuti pula dengan cadangan sistem biometrik yang hanya akan menambahkan masalah; bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini. Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem. Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13.

Justeru, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan. Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderongan pengundi keluar mengundi.

Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi/polling agent dan ejen pengiraan/counting agent dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihanraya adalah adil dan saksama. Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi.

Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui BERSIH2.0.

SPR wajib kembali kepada 8 tuntutan yang disuarakan melalui BERSIH2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sistem pilihanraya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat.

Dikeluarakan bagi pihak seketeriat Pakatan Rakyat
Wakil-wakil parti:

YB Hatta Ramli
Ketua Pengarah pilihanraya
Parti Islam SeMalaysia

YB Liew Chin Tong
Setiausaha Antarabanga
Parti Tindakan Demokratik

Saudara Rafizi Ramli
Pengarah Strategi
Parti Keadilan Rakyat

27 Julai 2011

CERAMAH PERDANA KEADILAN UNTUK ALLAHYARHAM BAHARUDDIN AHMAD

Tarikh           :  28 Julai 2011 (Khamis)

Tajuk             :  KEADILAN untuk Baharuddin Ahmad (Hero Bersih 2.0)

Masa              :  9.00 malam – 12.00 malam

Tempat          :  Dewan Serbaguna MPAJ AU2
                          Jalan AU2A, Taman Sri Keramat, Hulu Klang, 54200 Kuala Lumpur.

Penceramah  :  1.  Mustaffa Kamil Ayub
                          2.  YB Dr. Hatta Ramli
                          3.  YB Dr. Tan Seng Giaw (MP Kepong/ Pengerusi DAP WP)
                          4.  Ahmad Jufliz Dato’ Faiza (Ketua KEADILAN Cabang Setiawangsa) 

SIDANG AKHBAR-“MENCARI KEADILAN” UNTUK ARWAH BAHARUDDIN BIN AHMAD

SIDANG AKHBAR-“MENCARI KEADILAN” UNTUK ARWAH BAHARUDDIN BIN AHMAD

Kami keluarga arwah Baharuddin bin Ahmad ingin merakamkan setinggi-tinggi terimakasih atas segala bantuan, sokongan moral, doa dan sumbangan dari pelbagai lapisan masyarakat, baik dari warganegara Malaysia dan warga asing tidak kira warna kulit, agama dan kaum yang telah secara berterusan menyumbang kepada keluarga kami ketika kami dalam keadaan kesedihan dan kesusahan.

Arwah Baharuddin merupakan seorang bapa yang penyayang dan suami yang baik di mana semasa hidup sentiasa mengingatkan kami sekeluarga agar sentiasa mempunyai sikap menghormati orang lain dan menjaga kehormatan keluarga dan menjaga nilai-nilai agama Islam dalam kehidupan seharian.

Bagi kami sekeluarga beliau merupakan seorang wira keluarga dan Negara yang telah memberikan hidupnya kepada sesuatu yang lebih besar daripada dirinya. Kematian beliau walaupun satu kehilangan yang sangat besar kepada kami sekeluarga namun ianya telah membuka lembaran baru kepada semua rakyat Malaysia untuk menentang apa saja bentuk kezaliman dan bersatu dalam menegakkan kebenaran. Kehadiran beliau pada perhimpunan aman Bersih, memperlihatkan kewajipan beliau kepada Negara iaitu sebagai rakyat Malaysia, setiap kita mempunyai hak dan tanggungjawab kepada Negara yang lebih baik melalui Pilihanraya yang  lebih bersih bebas dan adil. Malangnya kesetiaan beliau kepada Raja dan Negara telah mengorbankan nyawa beliau sendiri.



Kami sekeluarga juga amat sedih kepada beberapa kenyataan rasmi yang di buat oleh pihak polis dan Kerajaan yang menyatakan bahawa beliau mati di sebabkan sakit jantung. Tetapi apa yang menyebabkan beliau sakit jantung? Sehingga hari ini kami sekeluarga masih belum mendapatkan lapuran awal rasmi post mortem mengenai status kematian beliau. Kami amat hairan kami tidak dibekalkan lapuran rasmi awal post morten tersebut tetapi pihak lain boleh membuat beberapa kenyataan rasmi terhadap kematian beliau tanpa persetujuan kami sekeluarga.

Adalah amat menyedihkan sehingga hari ini, tidak ada sepatah perkataan takziah yang kami terima baik dari pihak polis maupun kerajaan. Ini menunjukkan tidak ada lansung sensitiviti mereka keatas kematian arwah Baharudin bin Ahmad. Sebaliknya kami amat terharu, hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat telah meluangkan masa walaupun dengan jadual yang ketat telah datang ke rumah kami bagi mengucapkan takziah.

Terdapat beberapa saksi yang telah memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata kearah peserta perhimpunan BERSIH untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa yang sama polis telah bertindak dan melakukan  kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan


dan akibat daripada kekerasan tersebut termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau, telah menyebabkan kematian beliau. Kami percaya jika pihak kerajaan dan polis lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kejadian ini boleh dielakkan.

Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau untuk tampil kehadapan dan menolongkan kami untuk mencari kebenaran dan keadilan. Sekali lagi kami berharap agar saksi-saksi yang ada supaya jangan takut dan tidak di ancam untuk memberi maklumat kepada peguamcara kami. Kami telah membuat lapuran polis semalam, dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau di buat dalam masa tujuh [7] hari dari tarikh lapuran dibuat. Peguam kami sedang mengkaji dan akan membuat tindakan susulan dalam perkara ini.

Kami sekeluarga tetap akan menerima apa-apa ketentuan Allah dalam perkara ini dan kami harap bahawa kematian beliau ini sebagai permulaan kepada demokrasi yang sebenar dan kearah kerajaan yang lebih mesra rakyat dan bertanggungjawab.



PRESS CONFERENCE-“SEEKING JUSTICE” FOR LATE BAHARUDIN BIN AHMAD

We as the family of the late Baharuddin bin Ahmad would like to extend our deepest appreciation to the enormous outpouring supports, condolences, prayers and kind words that we have been receiving thus far from all walks of live, Malaysian and others irrespective of their color, religious background, and ethnicity who have continuously and cause to contribute to our family in time of need and difficulty.

The Deceased was a caring father and also a good husband  have throughout his lifetime tirelessly emphasized upon us, the importance of being good to others, to  have good virtues, to help others and most importantly to uphold the Islamic values in our daily life.

Deep inside, he is our hero who had sacrificed his own life to the nation towards achieving a common cause that shared by our peace loving nation. His death is a great loss and as fate has it, it has become an awakening call to everyone of us. His presence during the recent peaceful BERSIH rally was reflective of his commitment to the country that as a true rakyat Malaysia each of us should have a say for a better Malaysia that could be achieved through clean, free and fair elections. Unfortunately, his loyalty to the King and nation has cost him his own life.


We as the family members of the Deceased are totally disheartened by the unjustified  official statements made by the police and government that his death was due to heart attack. What then caused his heart attack? We like to place on record that to the date of this statement, we have yet to receive any formal initial post-mortem report as regards to the cause of his death. As family members, we are puzzled that we are being ignored and denied of our right to the initial report and yet some other party is freely making official announcements after announcements about the cause of his death without our consent.

It is more sad that until today, not even a word of condolence has been conveyed to us neither by the government nor the police. This proves their zero level of insensitivity. By contrast, almost all the leaders of Bersih, NGO, and Pakatan Rakyat have taken trouble despite their busy schedule and the aftermath effect of Bersih 2.0, to visit our residence to show respect to the deceased.

We have heard of some credible information from eyewitnesses that when the Deceased was at the area and place of event, FRU personnel had fired tear gas and water canon against the rally crowd in order to disperse them and at the same time use such force more than reasonably necessary by law even though there were no actual resistance by the crowd and because of such force coupled with the delay by the police to give immediate medical attention at the time most crucial, had cause the death to the Deceased. We believe, if the government and the police are more careful, responsible and compassionate, this incident would have been avoided.

We seek, we urge and we hope other witnesses who were directly and indirectly in possession of even an iota of information as to the circumstances leading to the death of our loving father to come forward to assist in our pursuit of seeking the true and justice. We have made a police report yesterday, and call for an inquiry within seven [7] days from the date of the police report. Our lawyers are looking into this matter.

As Muslims, we accept this as a fate from Allah SWT and we hope his death mark the beginning of a caring and responsible government and true democracy.















Wednesday, July 20, 2011

DIN BINJAI DISAMAN RM300 RIBU, APA PERANAN KITA?



Din Binjai, seorang aktivis PKR dan pengendali blog Sharpshooter yang lantang telah diperintahkan membayar RM300 ribu dan RM100 ribu lagi bayaran pengurusan kepada Rais Yatim.

Din terperangkap dalam polemik ini kerana ingin membela "mangsa" namun malang sekali "mangsa" yang dikatakan itu, serta pihak yang mula-mula mencetuskan polemik ini iaitu Migrant Care tidak sedia untuk bekerjasama membantu Din ketika perbicaraan berlangsung. Malang......akhirnya Din yang menanggung risikonya.

Din Binjai, sebagaimana juga pendokong gerakan reformasi dan pemimpin akar umbi yang lain, rata-ratanya bukanlah orang yang hidup senang lenang, atau dilimpahi projek juta-juta. Bayangkan sekiranya beliau terpaksa juga membayar RM400 ribu itu!

Apakah kita sebagai penyokong gerakan reformasi dan pendokong politik baru hanya mampu berdiam diri membiarkan Din Binjai keseorangan berjuang menyelesaikan kemelut yang melandan dirinya?

Saya amat mengharapkan supaya ada pihak atau individu yang tampil memulakan inisiatif membantu Din Binjai supaya tidak akan berlaku seorang lagi pejuang rakyat terkubur tanpa nesan!

Coretan: Hamzah Filfilan

Tuesday, July 19, 2011

Keluarga Allahyarham Baharuddin Gesa Prosiding Khas Siasat Kematian


Keluarga dan pimpinan Pakatan Rakyat terus mendesak agar satu prosiding khas atau siasatan dilakukan kerajaan berhubung kematian peserta Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad dilakukan dengan segera.

Peguam keluarga Baharuddin berkata, keluarga mangsa telah membuat satu lagi laporan polis semalam untuk mendesak pihak berkenaan supaya tidak memutarbelitkan kematian Allahyarham.

Ahmad Jufliz Faiza berkata prosiding khas itu perlu memandangkan keterangan-keterangan saksi di tempat kejadian bercanggah dengan versi kematian Allahyarham yang dihebahkan oleh pihak polis

"Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.

“Walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan dan akibat daripada kekerasan itu termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau menyebabkan kematiannya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata laporan bedah siasat awal menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

"Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau tampil menolong kami.

"Kami telah membuat laporan polis semalam dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat," terang Jufliz dalam sidang media di sini hari ini.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani post mortem.

Sehingga kini, laporan post mortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tanda tanya kepada keluarga kerana laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya

Polis telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, namun masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.

"Kami amat hairan kami tidak dibekalkan laporan rasmi awal post mortem tersebut tetapi pihak lain boleh membuat beberapa kenyataan rasmi terhadap kematian beliau tanpa persetujuan rasmi kami," kata beliau lagi.

Lebih malang lagi, beliau yang turut ditemani oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Dr Tan Seng Giaw dan Pengerusi Biro Displin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong menyatakan, sehingga kini pimpinan kerajaan Umno-BN dan polis seolah-olah langsung tiada sensitiviti terhadap kematian Baharuddin.

"Amat menyedihkan sehingga hari ini, tidak ada sepatah pun perkataan takziah kami terima dari pihak polis mahupun kerajaan. Ini menunjukkan tiada langsung sensitiviti mereka ke atas kematian arwah Baharuddin Ahmad. Sebaliknya kami terharu, hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin PR telah meluangkan masa walaupun dengan jadual ketat telah datang ke rumah kami mengucapkan takziah," kata beliau. -tvsnews


Keluarga Baharudin belum terima laporan awal bedah siasat

PETALING JAYA: Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih belum menerima laporan awal bedah siasat mengenai kematiannya.

“Kami amat hairan kerana tanpa laporan itu dan tanpa persetujuan pihak keluarga ada pihak lain boleh membuat kenyataan rasmi berhubung kematian beliau,” kata Ahmad Jufliz Faiza, peguam yang mewakili keluarga Baharudin dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Ahmad Jufliz, pihak keluarga turut bersedih memandangkan sehingga kini tiada ucapan takziah diterima daripada pihak polis mahupun kerajaan.

Sebaliknya pihak keluarga terharu dengan hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat yang sudi meluangkan masa untuk menziarahi mereka.

“Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.

“Walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan dan akibat daripada kekerasan itu termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau menyebabkan kematiannya.

Kami percaya jika pihak kerajaan dan polis lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kejadian ini boleh dielakkan,” katanya.

Pihak keluarga juga berharap agar saksi-saksi yang berada di tempat kejadian dan mengetahui kejadian itu untuk tampil dan membantu mereka.

Satu laporan polis juga telah dibuat semalam dan memohon agar satu siasatan mengenai kematian Baharudin dibuat dalam masa tujuh hari. -FMT

Monday, July 18, 2011

SEKITAR PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM DR LO' LO'










Dr Lo' Lo': Mutiara Yang Tidak Akan Hilang Sinarnya

Dari blog TINTA MERAH MSO

Dr LO' LO' binti Mohd Ghazali adalah satu nama besar dalam Pas. Meskipun kedudukannya dalam parti Islam itu khususnya dalam Dewan Muslimat bukan ditempat teratas, tetapi dewan itu seakan sinonim dengan namanya, Dr Lo' Lo'. Nama ini mula disebut dalam Pas sekitar tahun 90-an dan mulai mewangi pada awal akhir tahun 90-an. Kelopak perjuangannya mula berkembang dan disedari tatkala meletusnya era reformasi.

Era reformasi menerjahkan namanya ke tengah-tengah gelanggang. Era ini menguji kekuatan mental dan ketabahan feminis beliau sebagai seorang pejuang. Orangnya bertubuh kecil molek, berwarna putih kuning menjadi sekuntum bunga di dalam Pas. Kelihatan manja tetapi tegas. Ia menjadi daya tarikan, istimewa kepada anak-anak muda terutamanya kaum wanita. Kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan (profesional) telah memberi rangsangan kepada anak-anak muda lain untuk menuruti jejak langkahnya menyimbah peluh di padang perjuangan.

Kesungguhnya beliau berjuang dalam Pas, menjadi aktivis muslimat Pas yang gigih, tekun dan membawa Pas keluar dari kepompong muslimat pingitan sebelum ini ke jalan baru tidak boleh dialpakan. Beliau telah merintis membuka ruang lebih luas dalam Pas untuk kaum hawa mengibarkan panji Islam, duduk tinggi atau memberi pengorbanan sama besar dengan lelaki bersama rakan-rakan lain, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Yusuf dan lain-lain.

Sepanjang hayatnya beliau mendominasi dalam bidang kebajikan terutamanya dalam aspek kesihatan sesuai dengan kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan. Jika tidak silap saya Dr Lo' Lo' juga pernah ikut sama memberi bantuan kemanusiaan, rawatan dan perubatan dalam tragedi gempa bumi di Yogjakarta tahun 2006.

Pada pilihan raya umum ke-11 (2004) beliau diberikan tanggungjawab oleh Pas bertanding di Parlimen Bukit Gantang, Perak tetapi tewas. Ketewasan itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya. Malahan kekalahan kali pertama itu menjadi perangsang untuk beliau terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Kekalahan dan pengalaman pertama itu mengajar beliau erti perjuangan menerusi berpilihan raya.

Siapa percaya pada tahun 2008, beliau seorang wanita yang lemah lembut boleh menang di sebuah kerusi bandaraya yang mempunyai berbagai lapisan masyarakat. Dr Lo' Lo' mengalahkan calon BN, Jamaluddin Aziz di kerusi Titiwangsa dengan majoriti 1,972. Kemenangan itu meletakkan namanya sebagai ahli Parlimen wanita pertama daripada Pas yang menang untuk mana-mana kerusi dalam Wilayah Persekutuan. Satu sejarah.

Nama yang sememangnya sudah bercahaya kerana Lo' Lo' itu sendiri bermaksud mutiara atau permata cepat mengharumkan Dr Lo' Lo'. Kerajinannya mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen menjadikan beliau popular dan disanjungi kawan dan lawan kerana komitmennya kepada tanggungjawab dan amanah. Isu-isu yang diambil bahagian ialah mengenai hak wanita dan juga isu-isu mengenai kepentingan Islam dan kebajikan insan.

Sebagai wakil rakyat wanita beliau tidak terelak terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah politik yang dilakukan lelaki. Lo' Lo' tidak dikecualikan atas persoalan gender. Kawasan Titiwangsa adalah pernah dimiliki oleh Sulaiman Mohamad, seorang politician Melayu yang dikenali sebagai samseng kampung dusun. Walaupun Sulaiman tidak lagi menjadi penghulu di situ namun Dr Lo' Lo' tetap menghadapi cabaran dan sindiran yang diwarisi dari Sulaiman yang diteruskan oleh penguasa Umno seterusnya.

Sekali lagi serangan dan kritikan terhadapnya selaku wakil rakyat oleh Umno tidak menjadi kudis gatal. Kemunculan Menteri Wilayah Baru Raja Nong Chik yang beriya untuk merampas Kampung Baru yang perlahan-lahan telah bertukar menjadi kubu untuk Pakatan Rakyat dan cuba merombak sokongan kepada Dr Lo' Lo' merupakan cabaran terhebat buatnya. Dr Lo' Lo' pernah dipersendakan oleh Raja Nong Chik kerana beliau seorang perempuan. Kalau tidak silap Dr Lo' Lo' pernah meminta Nong Chik meminta maaf kepadanya atas satu perbuatan Nong Chik yang kurang tamadun.

Keberaniannnya juga terserlah. Beliau mencabar untuk bersekemuka dengan sesiapa saja demi kebenaran dan keadilan untuk rakyat. Dalam berdepan dengan isu rampasan Kampung Baru beliau ke hadapan. Perjuanganya menjaga hak warisan orang Melayu Kampung Baru diperjuangkan sampai ke denyut-denyut nafas terakhir. Dalam keadaan beliau sudah sakit di mana seharus rakyat dilupakan namun beliau masih membela dan mempertahankan hak rakyat Kampung Baru. Beliau tidak rela Umno menzalimi penduduk Kampung Baru.

Penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) pada sidang Parlimen Mac lalu sesuatu yang menggembirakan beliau. Penangguhan itu sedikit sebanyak adalah kerana kelancangan beliau menentang agenda berstrategi Umno itu. Dr Lo' Lo' tidak habis-habis memberi peringatan agar agenda untuk membangunkan Kampung Baru biarlah dilakukan secara adil dan hak orang Melayu di situ terbela selamanya.

Ternyata iltizam beliau kepada tanggungjawab dan amanah parti itu tidak pernah diabaikan. Walaupun beliau tidak dapat menyuarakan kepada Parlimen kerana dihalang kanser namun beliau tidak berputus asa. Jalan lain dicari bagi menyampaikan isi hatinya. Rakan-rakan seperjuangnya senantiasa membantu dan mewakili beliau bagi menyampai apakah yang tersekang di dadanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub pernah diwakilkan untuk menyampaikan ucapannya di Parlimen.

Meneliti dan mengimbau sejarah perjuangan dan keulitan serikandi ini, benarlah apa yang diungkapkan oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya; Dr Lo' Lo' adalah seorang mujahidah yang istiqamah di dalam perjuangan.

Mengapa tidak seperti dikatakan tadi beliau tidak mudah berputus asa dan berwalang durjana demi memastikan perjuangan partinya tegak di atas muka bumi ini. Selain itu beliau juga seorang yang rajin, ada masanya melebihi pejuang lelaki sendiri.

Saya ada secebis pengalaman dalam hal ini, melihat sendiri bagaimana rajin dan seriusnya beliau dalam perjuangan pada berkempen pilihan raya kecil bagi memastikan calon Pakatan Rakyat. Semasa berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh yang melibatkan pertandingan Anwar Ibrahim, Dr Lo' Lo' adalah seorang tenaga kempen utama. Bagi memastikan kemenangan Anwar beliau telah turun naik ke pejabat-pejabat kerajaan untuk memberi risalah dan mendekati pengundi.

Beliau ada menceritakan bagaimana beliau dihalau keluar dari pejabat tetapi tidak diendahkannya. Hak demokrasi dan kebebasan bersuara dipergunakan seterusnya. Beliau memberi tahu ada kalanya beliau terpaksa bertengkar dengan kakitangan pejabat sebelum dapat meninggalkan risalah. Selamba saja beliau memberi tahu apa yang berlaku ke atasnya.

Pada pilihan raya kecil itu beliau juga turut sama mendekati para peniaga di sebuah pasar. Beliau melalui dari lorong ke lorong menemui segenap penjual di dalam pasar berkenaan. Sambil bertanya khabar beliau menghulurkan risalah kepada para peniaga. Cara diplomasi yang tinggi dan lemah lembut menyebabkan para peniaga senang menerima kunjungannya. Ini terbukti bila mana ada peniaga yang membelanjakan beliau dan rombongan untuk minum.

Demikian juga pada siri-siri kempen pilihan raya kecil lain atau acara refomasi. Wajah dan kelibat beliau akan senatiasa sahaja ternampak. Mengingati akan kerajinan beliau dalam membantu rakan dan memastikan kemenangan, teringatlah saya kepada seorang lagi ahli Parlimen yang seingat saya tidak pernah miss menjadi host kempen pada pilihan raya kecil. Orang yang saya maksudkan itu adalah Dr Mohd Hatta Ramli. Kalau dalam lelaki Pas ada Hatta yang rajin, komited maka dalam muslimat Pas ada Dr Lo' Lo' yang ulit dan tidak mengenang letih dan istiqamah.

Semalam jam 10:15 minit 15 Syaaban 1432 bersamaan 17 Julai 2011 dalam usia 54 tahun permata Pas yang bergemilang memancar sinar itu sudah pun tiada lagi. Dia sudah dipanggil pulang ke pangkuan penciptaannya untuk selamanya. Pas dan kita semua hanya diberikan pinjam sekejap saja permata penuh berazimat itu. Demikian takdir Allah, kita kena pasrah.

Namun sinar yang pernah hadir dan memberi cahaya kepada kita tetap akan terlekat kejap di sanubari. Kewujudannya ia bersama kita sebagai menandakan bahawa kita pernah bersama dalam mengibarkan panji-panji kebenaran ini dan selorong menuju ke mardtillah, insyaAllah.

Kalau kita semua benar sayang dan mengkagumi ratu jihad ini, ayuh.. terus kibarkan panji-panji ini yang ditinggalkan kerana ia akan meneduhkan rajuna itu di ambang Syurga. Penerusan perjuangan adalah doa kudus untuk Allahyarham. Al Fatihah. [wm.kl. 6:02 am 18/07/11]

DR LO' LO: KEHILANGAN YANG SUKAR DICARI GANTI

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/dr-lolo.jpg     

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily. -HD

TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957

UMUR: 54 TAHUN

TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK

PEKERJAAN: DOKTOR

LATAR BELAKANG AKADEMIK:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH
2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH
3. KOLEJ ISLAM KLANG
4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)
5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST

KEGIATAN DI UNIVERSITI:

1. AHLI MPP UKM
2. EXCO PERSIAP UKM

PERTUBUHAN NGO:
KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.

KEGIATAN DALAM PAS:
AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa’
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.

JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL

PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA: PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11

Friday, July 15, 2011

HARI MEMPERINGATI PEJUANG BERSIH 2.O



Generasi BERSIH menganjurkan hari untuk memperingati seorang pejuang yang telah terkorban semasa demontrasi BERSIH untuk menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya. 

Allahyarham Encik Baharuddin suami kepada Ketua Wanita Keadilan Cabang Setiawangsa yang terkorban semasa demontrasi 9 Julai 2011 Sabtu lalu kerana sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang ditembak oleh polis apco akan terus dikenang bukan sahaja sebagai shuhada malah sebagai seorang Revolusioner. 

Justeru itu satu perhimpunan aman sempena memperingati sejarah pemergian Allahyarham akan diadakan pada :- 

Tarikh. : 16 Julai 2011 
Hari. : Sabtu 
Masa. : 2.00 - 5.00 petang 
Tempat : Taman KLCC 
Pakaian : Baju kuning BERSIH atau baju kuning. 

Semua dijemput hadir beramai-ramai.. Setiap Sabtu kita KUNINGKAN seluruh negara.. 

Warna kuning warna Di Raja..Daulat Tuanku.. 

AGONG PAYUNG NEGARA TEMPAT RAKYAT MENGADU

Diberitakan presiden penaja USNO, Datu Badaruddin Mustapha memberi masa 14 hari untuk meluluskan partinya atau memberikan jawapan lulus atau tidak kepada ROS, atau mereka akan memohon perkenan SPB Yang di-Pertuan Agong campur tangan.

Sebelum ini BERSIH 2.0 juga memohon Agong campur tangan supaya perjalanan pilihan raya di negara ini berjalan dengan BERSIH. Sebelum mengadakan perhimpunan 907 pihak BERSIH 2.0 juga mengadap Agong!

Lihat rakyat jelata sekelian! kedudukan Raja-Raja sebagai payung untuk sekelian rakyat tumpang berteduh semakin di mertabatkan. Tidak timbul masalah derhaka kepada raja. Rakyat ada masalah kepada Raja-rajalah tempat mengadu!

RATU DAN MENTERI BRITAIN PAKAI KUNING UNTUK NAJIB!



Ratu Elizabeth berpakaian kuning sambut Najib sementara Menteri Pengangkutannya memakai tali leher kuning. Sama ada disengajakan atau kebetulan wallahu 'alam

Thursday, July 14, 2011

DR. LO' LO' KRITIKAL?

Menurut berita yang diterima dari rakan-rakan, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr. Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal di Hospital Selayang kerana barah paru-paru.

berita lanjut akan menyusul

ANAK ALLAHYARHAM BAHARUDIN BERSIH 2.0 ADU KE SUHAKAM


Anak dan anak saudara kepada Allahyarham Baharuddin, suami kepada Ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa, yang meninggal dunia ketika menyertai BERSIH 2.0 bersama-sama dengan 30 orang yang lain telah menyerahkan memorandum kepada Timbalan pengerusi SUHAKAM, Datuk Dr. Khaw Lake Tee di ibupejabat suruhanjaya itu pada hari ini, 14 Julai 2011.

Kesemua mereka menggesa supaya SUHAKAM menyiasat dengan telus terhadap insiden yang berlaku pada Sabtu 9 Julai lalu.

Sama-samalah kita berdoa semoga keluarga Puan Rosni Malan mendapat pembelaan.

LIHAT GAMBAR NI, PENGIRING ANWAR BERLAKON SAKIT

MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata padaparas 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayaisengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.
Di bawah ini dua keping gambar terbaru Fayad Al-Bakri yang sedang menjalani rawatan di hospital yang dikongsikan oleh salah seorang kawan yang melawat beliau di hospital.


Menurut sumber, Fayad Al-Bakri kini di dalam keadaan tidak sedarkan diri.




ReJaM© "Kata Polis, mereka telah menjalankan tugas secara profesional, betul ke...?"


CILOK DARI BLOG MILO SUAM

SEBELAS DOKTOR SAHKAN DUA HOSPITAL DISERANG

DARI MALAYSIAKINI


Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakinilewat hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital berkenaan pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

azlanKatanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

Tuesday, July 12, 2011

TABIK SPRING UNTUK AUNTIE BERSIH!

Terus terang ingin dikatakan bahawa semangatnya telah membuatkan gurkah-gurkah politik begitu sebak dan hiba. Pagi-pagi buta lagi dia naik bas dari Setapak berseorangan dan berhenti di Hospital Besar sebab jalan menuju ke bandaraya telah disekat. Dia berjalan kaki ke Chow Kit, Maju Junction kemudian melalui lorong belakang di little India melepasi Masjid Jamek untuk mengelakan diri dari sekatan polis, menuju ke Mesjid Negara tetapi telah di tahan olih seorang anggota polis berunifom dan empat mata-mata gelap ketika di Dayabumi. 

Mereka meminta dia menunjukan kad pengenalan dan mengambil 'statement', kemudian dia disoal "kenapa pakai baju warna kuning?".  Mata-mata gelap tu silap banyak sebab aunty ini berpuluh tahun menjadi cikgu sekolah yang mengajar bahasa inggeris. "Apa pasal saya tak boleh pakai baju warna kuning?". Jawapan dari cikgu pencen ini terhadap soalan-soalan bodoh dari mata-mata gelap tadi benar-benar membuatkan gurkah-gurkah ini cukup bangga dan jawapan begitulah yang sepatutnya semua rakyat kena jawab sebab Malaysia kita adalah sebuah negara demokrasi, dan gurkah-gurkah ini kata lagi..ini baru lah 'iron lady' sebab ketika ramai yang berlari untuk berlindung dari tembakan gas pemedih mata, dia juga yang menjerit-jerit supaya tunggu, kita mara dan jangan lari.

Dia adalah antara orang-orang yang berani dan bersemangat, mempertaruhkan kesihatan  dan keselamatannya bersama-sama dengan puluhan ribu yang lain turun ke jalan raya untuk 'walk for democracy' dengan berbaju kuning, biarpun awal-awal lagi polis telah memberi amaran yang sesiapa yang berbaju warna kuning akan ditangkap kerana disyaki menyokong perhimpunan bersih-2.

Sebagai menghargai semangatnya gurkah-gurkah telah berdiri dan salut.



Cilok dari blog dollah yankee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...