anjung setiawangsa Headline Animator

Friday, July 30, 2010

Ceramah Perdana – ” Merakyatkan Ekonomi Selangor”

Tarikh: 01hb Ogos 2010 (Ahad)

Masa: 08.30 – 1200 malam

Tempat: Dewan MPS Taman Ehsan

Jalan E3/2, Kepong, Selangor Darul Ehsan

Penceramah –


1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim


2) YB R. Sivarasa


3) YB Elizabeth Wong


4) YB Teo Nie Cheng


5) YBhg Dr Badrul Amin


6) YB Hassan Ali


7) YB Saifuddin Nasution

Sebulan gaji RM425,000, masih nak bebankan rakyat isu Air

Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron berkata masalah yang bakal didepani rakyat negeri itu bukan krisis kekurangan air, tetapi kenaikan kadar air disebabkan kerajaan Umno-Barisan Nasional enggan menyerahkan pengurusan industri air kepada kerajaan negeri tetapi sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air yang diberikan kepada syarikat milik kroni.

Kata beliau tindakan kerajaan pusat yang sengaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor menyebabkan usaha kerajaan negeri menyediakan perkhidmatan bekalan air terbaik kepada rakyat terhalang.

Sehubungan itu Dr Badrulamin membidas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air supaya berhenti mengelirukan rakyat dengan menimbulkan kemungkinan krisis air di Selangor menjelang 2014.

"Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air. Hujah Datuk Seri Peter Chin mengulas Menteri Besar Selangor adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada kerajaan Umno-BN," jelas beliau dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, sekiranya kerajaan Umno-BN terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, pihaknya yakin kadar air akan meningkat disebabkan oleh pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dengan kos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri mampu melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion sahaja.

Kedua, pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.Ketiga, kegagalan pihak Puncak Niaga Bhd menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air dan kadar pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.

Tambah Dr Badrulamin, dasar penswastaan industri air itu juga hanya menguntungkan kroni pimpinan politik Umno-BN.

Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor kata beliau.

"Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

"Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan berkesan," jelas beliau.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

DAKWA LING LIONG SIK: HARAP INI BUKAN PERTUNJUKAN - AMK

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti segera sehingga 10 Ogos depan adalah bagi mengelak daripada menjawab perlbagai persoalan yang bakal timbul daripada pertuduhan menipu terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Shamsul berkata walaupun pada prinsipnya beliau mengalu-alukan tindakan terhadap bekas Menteri Pengangkutan itu namun berharap ia bukan satu "pertunjukan" semata-mata seperti di dalam kes rasuah membabitkan mendiang Tan Sri Eric Chia di mana akhirnya mahkamah membebaskan beliau.

Liong Sik, 67, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang.

"Saya yakin, ramai lagi pimpinan Umno-Barisan Nasional yang terlibat di dalam skandal ini dan mendesak supaya mereka juga turut di tuduh.

"AMK mendesak supaya kerajaan menghentikan segera pembayaran pampasan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd dan bayaran pampasan yang lainnya sekira ada sementara menunggu keputusan kes ini.

"AMK juga mendesak supaya Tun Dr Mahathir turut disiasat segera berdasarkan apa yang didedahkan sebagai penyelewengan sebanyak RM100 bilion seperti didedahkan oleh Barry Wain di dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," kata Shamsul dalam komen beliau yang diemel kepada Suara Keadilan.

Shamsul menegaskan rakyat berasa kecewa dengan sikap Najib yang lari meninggalkan negara di dalam keadaan di mana petualang yang menggelapkan wang rakyat didakwa.

Liong Sik juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.Beliau didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.


LING SIONG MENIPU ? : ALAHAI 1MALAYSIA KENA TIPU

Kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri dan jemaah menterinya kena tipu! Itu tuduhan yang didakwa dilakukan oleh Bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik. 

Semalam media melaporkan bahawa bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang.

Isu ini menunjukkan bahawa :-

i) Perdana Menteri dan sekelian jemaah menterinya tidak cerdik sehingga boleh ditipu oleh seorang Menteri Kabinetnya sendiri. Ini merupakan sesuatu yang serius kerana negara
kita mempunyai jemaah menteri yang TIDAK CERDIK dan LEMBAP. Jadi sekelian menteri-menteri yang masih menjadi menteri dan wakil rakyat WAJIB MELETAKKAN JAWATANuntuk mengelakkan mereka ini ditipu lagi. Alangkah malunya kita mempunyai menteri yang begitu sifatnya.

2) Menteri yang menipu dan yang kena tipu datang dari parti yang sama dan mereka semuanya pemimpin utama parti-parti komponen BN. Jadi ini menunjukkan BN penuh dengan pemimpin kaki penipu dan orang yang lembap ditipu hidup-hidup.

3) Kalau pemimpin kena tipu maka semua rakyat yang memilih mereka juga kena tipu kerana mereka mengundi pemimpin tersebut semasa pilihanraya sedangkan pemimpin itu lembap dan ditipu dengan mudah.

4) Kalau kerajaan sebuah negara seperti Malaysia boleh ditipu oleh seorang menteri alangkah bahayanya negara kita kerana sudah tentu kerajaan kita boleh ditipu oleh pemimpin-pemimpin negara luar yang cerdik dan pandai.

SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR

KENYATAAN AKHBAR
29 JULAI 2010
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS
NAIKKAN TARIF AIR

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syarikat bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hairan apabila tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas. Ia seolah-olah mahu memberi tekanan kepada pihak Kerajaan
Selangor agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri menegaskan di sini bahawa dalam isu air, dalam apa jua keadaan tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.

Malah, Kerajaan Negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Kerajaan Selangor telah lama bersedia tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas.

Kerajaan Selangor menegaskan sekali lagi bahawa dasar kita jelas, keprihatinan dan kepedulian terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan dan isu air tidak terkecuali.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR

KENYATAAN AKHBAR
29 JULAI 2010
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS
NAIKKAN TARIF AIR

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syarikat bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hairan apabila tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas. Ia seolah-olah mahu memberi tekanan kepada pihak Kerajaan
Selangor agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri menegaskan di sini bahawa dalam isu air, dalam apa jua keadaan tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.

Malah, Kerajaan Negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Kerajaan Selangor telah lama bersedia tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas.

Kerajaan Selangor menegaskan sekali lagi bahawa dasar kita jelas, keprihatinan dan kepedulian terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan dan isu air tidak terkecuali.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

Thursday, July 29, 2010

Nasib Seorang Pejuang Rakyat - Anwar Ibrahim !!

Kalau ditanya apakah sukar bagi saya?
 Ya sukar. Apakah saya ada pilihan? 
Tidak.. saya tidak mempunyai pilihan.
 Saya tahu risikonya. 
Tidak ada manusia yang mahu dimalukan hari-hari. 
Malah tiada manusia yang umurnya sudah melebihi 6o tahun 
mahu disumbat ke penjara. -ANWAR IBRAHIM

Umno-BN Bawa Orang Melayu Kembali Ke Zaman Jahiliyah

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap idea yang dibawa oleh Ketua Menteri Melaka dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengatasi masalah sosial sebagai dangkal dan bodoh.

Azan berkata pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak lagi mampu mencetuskan idea baru dalam dunia era digital yang serba canggih dan moden tetapi sebaliknya mencerna pemikiran yang membawa rakyat khusunya orang Melayu ke zaman kegelapan jahiliyah. 

Beliau merujuk kepada cadangan Datuk Seri Ali Rustam agar diwujudkan sekolah perempuan mengandung bagi mengatasi masalah buang bayi.

"Ini menunjukkan kebodohan politik pemimpin Umno yang menggalakkan lagi perbuatan keji ini. Kalau dulu orang kutuk perbuatan seperti mengandung anak luar nikah akibat perbuatan seks rambang, Ketua Menteri Melaka pula seperti memberikan galakan.

"Umat Islam negara ini seharusnya menolak Ali yang dilihat memberikan kenyataan yang menjijikkan," ujarnya.

Begitu juga idea yang memalukan oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya suntikan pangkal rahim diberikan kepada remaja perempuan bagi mengelakkan barah rahim akibat mengadakan seks rambang.

"Ini membuktikan pendekatan yang digunakan pemimpin Umno-BN jauh menyimpang dari landasan, tidak kena cara dan polisinya.

"Perbuatan yang sepatutnya dicegah, tidak dicegah tetapi diberikan ubat untuk mengelakkan penyakit daripada perlakuan sumbang itu."Mereka menggunakan pendekatan kufur seperti di zaman kegelapan Jahiliyah," kata Azan sambil menyifatkan tindakan Umno-BN yang merasuah orang Melayu sama seperti zaman jahiliyah.

Tambah Azan, aApa dikesalkan adalah ulama Umno seperti Tan Sri Harussani Zakaria tidak pula bersuara malahan menyokong perkara yang menganjurkan orang Melayu kembali ke zaman jahiliyah.

Beliau turut mencabar kerajaan Umno-BN khususnya Shahrizat supaya mengeluarkan maklumat dan statistik tentang berapa ramai remaja perempuan yang membuang bayi di klinik swasta akibat perbuatan seks rambang dan luar nikah. -SK

Tuesday, July 27, 2010

Umno Bicara Perpaduan Melayu Apabila Kepentingan Politiknya Terancam

Oleh Dr Muhammad Nur Manuty

Untuk kesekian kalinya, isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh UMNO lagi. Parti yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam.

Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Lantaran, UMNO sedang menggunakan politik micheavelli yang dianutinya. Isu perpaduan Melayu dikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat.

Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah ‘liwat’, membeli wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dan menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi.

Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan ‘psywar’ yang dilancar ini menjadi.

Sebenarnya, perpaduan yang dijaja ini hanyalah untuk menyelamatkan politik UMNO itu sendiri. Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu.

Ia diakibatkan oleh segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri. Segala khazanah negara sedang di ‘faraid’ sesama sendiri dengan pelbagai cara.

Tabung simpanan Felda susut teruk dan yang terbaru ini harta Petronas pula sedang dikeringkan. Seluruh instrumen pentadbiran negara telah dikembirikan demi menjaga survival UMNO.

Ekonomi negara sedang menguncup dan para pelabur semakin menjarak diri dari kita. Kehidupan rakyat semakin tertekan dan tersepit. Kita semakin bimbang bagaimana nanti rakyat miskin di bandar-bandar dan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak dapat meneruskan kehidupan mereka yang sudahpun sengsara sekian lama. Menyedari rakyat semakin meminggirkannya, UMNO melagang isu perpaduan Melayu.

Hakikatnya, pelbagai agenda perpaduan politik Melayu telahpun dicuba sebelum ini. Namun, semuanya berakhir dengan kegagalan. Paling jelas, gabungan PAS dan UMNO di dalam Barisan Nasional pada tahun 1971 berkesudahan PAS di tendang keluar dari BN.

Kegagalan ini mencetuskan percubaan bentuk baru oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau dan rakan-rakannya dari ABIM berijtihad untuk aktif dalam UMNO.

Ia berakhir dengan satu kemelut besar yang paling menyayat hati dalam sejarah politik Melayu Islam. Beliau disingkir dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO secara cukup hina dan mengaibkan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu seorang pemimpin hebatnya dijatuhkan dengan fitnah ‘liwat’ seperti ini. Begitu pelik dan luarbiasa, namun ia boleh berlaku di dalam budaya politik UMNO.

Jelaslah, perpecahan politik Melayu tetap berlaku meskipun para pemimpinnya berada dalam wadah yang sama, sama ada UMNO atau BN.

Lupakah kita dengan peristiwa pembunuhan Allahyarham Dato Mohd Taha di Gemencheh Negeri Sembilan?

Apakah kita lupa dengan pergolakan politik di antara Team A dan B di dalam UMNO hingga menyebabkan UMNO di bubarkan pada tahun 1987 dan kemudiannya mengakibatkan tertubuhnya UMNO Baru dan Parti Semangat 46? meskipun kemudiannya Parti Semangat 46 dibubarkan dan kembali bergabung di dalam UMNO, namun isu perpaduan Melayu tidak juga berkesudahan.

Malah, penggabungan Semangat 46 ke dalam UMNO seakan-akan sengaja dirancang sebagai persediaan untuk mencipta krisis baru politik Melayu dengan peristiwa penyingkiran DSAI dari UMNO beberapa kemudiannya.

Bagaimana mungkin UMNO mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri?

UMNO kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

UMNO umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai. Ia bakal runtuh bila-bila masa sahaja.

Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan UMNO tidak berapa lama lagi. Percayalah!

Perjuangan para pemimpin UMNO bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat. Asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.

Maka, amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa.

Dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya. Maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana.

Hakikatnya, perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan. Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud:
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai…..” (Ali-Imran: 103)

Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong UMNO dan para kuncunya.

Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika UMNO benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam.

Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan. Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah.

Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat.

Perkara ini sedang menjadi kenyataan. Masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama, UMNO telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka.

Perkembangan inilah yang amat menggerunkan UMNO sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang di telan gelombang rakyat yang menuntut keadilan.

Kempen 'Selamatkan Selangor' Gimik Umno Tutup Isu Tindakan Najib Naikkan Harga Barangan Keperluan Asas

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 25 Julai - Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrulamin Bahron berkata kempen jelajah 'Selamatkan Selangor' anjuran Umno adalah satu gimik parti itu yang cuba menyembunyikan isu kenaikan harga barangan keperluan asas minggu lalu yang semakin menekan kehidupan rakyat negara ini.

Walau bagaimanpun Dr Badrulamin yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat menegaskan Pakatan Rakyat Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan serta menyerang balas segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan Umno.

"Saya melihat itu sebagai gimik Umno sahaja dan tindakan mereka itu hanyalah untuk menutup isu kenaikan harga barang yang menjadi kemarahan rakyat. Dalam pada itu walaupun di anggap sebagai gimik kita juga telah bersiap sedia dengan skuad komunikasi untuk turun ke bawah mendekati seluruh rakyat bagi memberi penjelasan.

"Langkah pertama kita sekarang adalah membuat serangan melalui kain rentang yang akan dipasangkan di seluruh kawasan di mana Ezam mengadakan programnya. Saya melihat tindakan menyerang melalui kain rentang pada peringkat awal berkesan kerana satu progamnya di Kuang dan Sungai Buloh telah dibatalkan kerana kenyataan kain rentang kita 'Selangor Lebih Selamat Di bawah Pakatan Rakyat' telah menyedarkan rakyat.

"Skuad komunikasi seramai 60 orang juga telah berkampung di Ijok sejak malam tadi dan mereka telah melawat setiap rumah disitu serta menjelaskan program Pakatan Rakyat sekaligus menangkis segala fitnah dan tohmahan Umno," jelas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Tambah Dr Badrulamin lagi strategi yang digunakan Pakatan Rakyat Selangor adalah 'bertahan dan serang' yang melibatkan tindakan awal mendapatkan segala maklumat terhadap fitnah yang dilemparkan dan kemudiannya menyerang balas dengan penyebaran maklumat yang betul dan tepat kepada rakyat.ini dilakukan melalui pengedaran risalah ke tempat yang menjadi tumpuan ceramah anjuran Umno.

"Strategi kita 'tahan dan serang', kita kumpulkan segala bukti yang mereka sebarkan itu setelah lengkap segala maklumat maka kita melakukan serangan balas terhadap laporan tersebut.

"Perkara inilah yang kita lakukan terhadap isu pasir yang telah di besarkan oleh mereka, kita mengumpulkan segala maklumat nama-nama mereka yang terlibat dalam kes kecurian pasir tersebut. Apa yang kita dapati kebanyakkan mereka adalah daripada kumpulan Umno sendiri, yang menyebabkan mereka marah kerana kita telah menutup sumber haram yang mereka perolehi melalui kegiatan mencuri pasir.

"Saya ingin maklumkan senarai nama yang terlibat dalam kes kecurian pasir itu telah kita serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diambil tindakan tetapi apa yang dikesalkan Muhyiddin hanya mengambil sikap berdiam diri sahaja. Kenapa ini terjadi kerana nama-nama tersebut adalah kalangan dari orang-orangnya sendiri.

"Inilah yang berlaku dalam kes kecurian pasir, kita melihat Muhyiddin tidak lagi bersuara bila kita melakukan pendedahan. Rakyat sebenarnya tidak tahu siapa disebalik kes kejadian curi pasir, sebagai sebuah kerajaan yang memerintah kita akan menjelaskan siapa sebenarnya dalang dalam kes tersebut," jelas beliau lagi

Dr Badrulamin menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Noor memfitnah Pakatan Rakyat Selangor hanya berkokok sekadar untuk mendapatkan elaun ceramah sahaja.

Siri ceramah 'Selamatkan Selangor' bermula dengan menyerang peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini.

Ezam mendakwa rakyat Selangor akan terus menderita di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Walau bagaimana sambutan rakyat terhadap ceramah yang diadakan adalah dingin dengan kehadiran sekitar 200 orang sahaja. 


Suara Keadilan

Saturday, July 3, 2010

SATU KEMENANGAN KEPADA KUMPULAN PELAMPAU - KIT SIANG

Pergantungan permit penerbitan Suara Keadilan perlu dibatalkan segera kerana ia akan menggambarkan keihklasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan pentadbiran terbuka dan sistem yang lebih toleran serta bertanggungjawab.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap organ rasmi KEADILAN itu sebagai satu tindakan pilih kasih sedangkan akhbar seperti Suara Perkasa yang bersifat menghasut dan berbaur perkauman dibenarkan penerbitannya.
Beliau merujuk kepada penerbitan Suara Perkasa beberapa hari lepas dengan tajuk muka hadapannya meminta kerajaan mengambil tindakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) terhadap Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap Suara Keadilan merupakan satu kemenangan kepada kumpulan pelampau perkauman seperti Perkasa yang diterajui oleh pemimpinnya, Datuk Ibrahim Ali.
Katanya, penggantungan permit Suara Keadilan bercanggah dengan jaminan perdana menteri kononnya untuk mewujudkan pentadbiran telus dan terbuka, sedangkan penerbitan bersifat perkauman dan menghasut seperti Suara Perkasa dibiarkan edarannya secara meluas.
"Pergantungan permit organ KEADILAN, Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlu dibuat secara munasabah kerana ia bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri untuk mewujudkan satu sistem yang lebih terbuka, toleran, telus dan bertanggungjawab dalam pentadbirannya," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.
Tegasnya, memandangkan Felda telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan, adalah tidak wajar bagi pihak KDN meneruskan intimidasinya terhadap akhbar itu kerana perkara itu telah di bawa ke mahkamah.
"Satu daripada isu yang digunakan untuk menjustifikasi penggantungan Suara Keadilan ialah laporannya mengenai status kewangan Felda.
"Bagaimanapun, oleh kerana Felda telah memulakan saman RM200 juta dan tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan mengenai laporan itu, ia tidak sepatutnya menjadi asas untuk mana-mana tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata Kit Siang lagi. -SK

Gantung Suara Keadilan Langkah Pertama Tekan Media Malaysia

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu permohonan memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang ditolak Kementerian Dalam Negeri semalam menunjukkan betapa pentingnya Malaysia menggubal atau meminda dasar yang dapat memahami dan mencerminkan keadaan global negara.

"Pagi tadi Suara Keadilan diharamkan, esok program saya di Johor dibatalkan. Nasib baik mereka tak sempat tahu pasal program Mitchell Kapoor hari ini, kalau tidak dibatalkan sekali lagi," kata beliau membidas tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang berusaha mengekang aktiviti KEADILAN.

Permohonan tersebut tidak dipertimbangkan KDN atas alasan jawapan kepada surat tunjuk sebab yang diberi kepada Suara Keadilan pada 28 Jun lalu tidak memuaskan.

Tindakan KDN ini dipercayai berhubung tajuk laporan 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam edisi 22-29 Jun akhbar tersebut.

Ekoran itu, semalam Felda telah menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta serta permohonan maaf daripada Suara Keadilan Anwar berkata kini tiada berita penting dan utama dipaparkan di media arus perdana kerana kesemuanya dikawal oleh kerajaan.

Sebelum itu ketika berucap di forum Inovasi dan Keusahawanan di Bangunan SUK, di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.

Beliau membidas akhbar seperti Utusan Malaysia yang menyorokkan komen beliau tentang Rancangan Malaysia Ke-10 yang mendedahkan kepincangan Malaysia yang mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia. 

Sebaliknya media arus perdana sibuk memburukkan beliau sebagai agen Yahudi dan Amerika.

Komen beliau mengenai kelemahah RMK-10 tidak akan dipaparkan langsung di dalam mana-mana media arus perdana yang dikawal kerajaan Umno-BN kerana takutkan kebenaran daripada diketahui umum.

Beliau juga mengulas mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk menyampaikan syarahan.

"Saya telah dipanggil ke AS untuk berucap di Pusat Woodrow Wilson berkenaan hak asasi manusia dan telah berjumpa dengan beberapa sahabat yang masa telah dikritik oleh media arus perdana seolah-olah saya cuba membaiki hubungan dengan Yahudi.

"Sahabat saya terdiri daripada pelbagai kaum dan saya sendiri tidak tahu samada mereka Yahudi atau tidak. Ada antara mereka yang mengenali saya tetapi saya tidak begitu mengenali mereka. Yang penting di sini ialah saya tidak melihat mereka dari aspek perkauman tetapi perjuangan mereka dan begitu juga sebaliknya, mereka bukannya berkawan dengan saya kerana saya Melayu," tegas beliau lagi. -SK

BN salah guna agensi cuba tumbang k'jaan S'gor - PRBBC Selangor

Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut. -mk

Kenyataan Akhbar PKR Mengenai Isu Zionis

2 Julai 2010

Pendirian Anwar dan KEADILAN tentang sikap agresif 'Zionis' jelas

Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."
Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia.

JONSON CHONG
Pengarah Komunikasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...