anjung setiawangsa Headline Animator

Tuesday, May 10, 2011

MUNAJAT RAKYAT DI STADIUM MPS

Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP - PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut :

14 Mei 2011 (Sabtu)
Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E.
Bermula jam 7 malam.


2. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara.

3. Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki.

Sekian, dimaklumkan.
Terima kasih.



CERAMAH BERMULA JAM 9.00 MALAM


i) YB Azmin bin Ali
ii) Tn Hj. Mohd. Azmi bin Abd. Hamid
iii) Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat
iv) Anwar bi Ibrahim (Ketua Umum Keadilan)
v) Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily 

DOK SEBOKKAN KESAH KRISTIAN, RUPANYA NAK NAIKKAN HARGA GULA!



Apa kabar semua rakyat 1 Malaysia? Dah minum teh tarik pagi ni? Rakyat didahulukan.........minyak naik.....gula naik.....bila lah rakyat nak naik minyak ni.....jangan terlena digula-gulakan......

Pandai dia pesongkan pemikiran kita ke isu Kristian,......tiba-tiba harga gula naik......padan muka!

Monday, May 9, 2011

Serbu KM: Umno bertindak ala samseng



06 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BUTTERWORTH, 9 Mei: Tindakan ala samseng yang dipamerkan oleh pemuda Umno Pulau Pinang sepertimana yang dizahirkan selepas majlis perasmian Projek Pembinaan Jalan Penghubung di Jalan Bagan 29 - Jalan Siram oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng memperlihatkan wajah sebenar pimpinan mereka yang ingin wujudkan.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man (gambar), ketika mengulas insiden yang mencemarkan imej Umno Pulau Pinang itu, menyatakan apa yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno yang diterajui oleh ketuanya, Shaik Hussein Mydin, mencalarkan wajah Umno sendiri.

Dalam insiden semalam, selepas majlis perasmian bertempat di pasar awam Taman Bagan, sekumpulan pemuda Umno telah menyerbu Lim Guan Eng ketika bersama dif kehormat untuk menyatakan kekesalan mereka mengenai isu 'Kristian agama rasmi negara' sepertimana yang disiarkan oleh akhbar arus perdana milik Umno.

"Apakah ini barisan pemimpin yang mahu diwujudkan oleh Umno tanpa menghormati seorang ketua kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sebagai pemerintah.

“Jika tindakan tidak bermoral dan ala samseng ini jelas dipertontonkan di khalayak ramai, apakah kita yakin mereka ini dapat membela nasib rakyat dan golongan muda sekiranya ini akhlak yang ada,” kata Salleh yang juga Adun Permatang Pasir.

Beliau berkata, Umno sepatutnya berasa malu di atas tindakan ala samseng yang ditunjukkan oleh pemuda mereka.

Soalnya, bagaimana pula sekiranya kejadian ini dilakukan oleh kumpulan lain terhadap pimpinan mereka pula.

“Apakah mereka rela ianya berlaku sedemikian. Begitu jugalah dengan tindakan mereka pada hari ini. Sepatutnya gunakan saluran yang betul. Jangan tunjukkan betapa rendahnya akhlak yang ada pada pimpinan mereka apabila bertindak demikian, " ujarnya lagi.

Dalam insiden tersebut juga juak-juak Umno telah membentangkan kain rentang, namun dengan kepantasan pihak polis, insiden yang memalukan itu dapat dihalang daripada terus menjadi satu provokasi yang memalukan.

Selain dari Mohd Salleh turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng dan kepimpinan PAS dan PKR.

Harakahdaily/-
Oleh : Muhayat Jasmin

PAKATAN RAKYAT MEMPERKASA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin mempertegaskan bahawa kami bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang sama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010) iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu
beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini.

Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai
agama rasmi negara kita ini.


Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Ahad, 4 Jamadil Akhir 1432 / 8 Mei 2011

Friday, May 6, 2011

SAYA YAKIN BUKAN ANWAR - DATUK THASLEEM


Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang “Datuk T” dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan “Prasan Mit” — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.

“Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai “tidak Islamik.”

Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral.

Ketika ditanya mengapa beliau menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks.

“Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya,” katanya.

Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir.

“Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar,” katanya lagi.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga “Datuk T” awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu.

“Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya.

“Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand.(MInsider)

SAMA TAPI TAK SERUPA



Bendera KIMMA













Bendera Negara India


Aikkkkk.....macam sama je bendera yang kat atas tu ngan bendera ni......kata penyokong UMNO....kata penyokong BN......mestila kena sokong 1Malaysia....ni benderapun tak ada ciri-ciri Malaysia langsung....

Thursday, May 5, 2011

ESKAY KATA DIA TAK TUDUH ANWAR, WARTAWAN YANG TUDUH!


"Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay (Datuk T - Temberang)

Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Pita video seks itu pertama kalinya dipertontonkan pada 21 Mac lalu oleh trio 'Datuk T' yang turut dianggotai oleh Eskay bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

PENYALAHGUNAAN INSTITUSI POLIS DAN PENDIDIKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK UMNO - KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PRESIDEN PKR




Minggu lepas YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan tentang peranan seorang pegawai polis kanan yang mendalangi agenda fitnah UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.

Pegawai yang dimaksudkan ialah Senior Asisten Komisioner (SAC) 1 Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Ismail, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas dari Bukit Aman. Saya lampirkan gambar yang diambil daripada sebuah program di Sabah.

Salinan aturcara program yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan ini di atas tajuk ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ dan dilancarkan oleh YB Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia turut dilampirkan.

Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Saya dimaklumkan 4 siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan. Setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan 8 orang guru.

Pembentangan Abdul Rahman Ismail bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen agenda fitnah UMNO dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga tragedi berdarah Memali.

Abdul Rahman Ismail telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur.

Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan UMNO Barisan Nasional?

Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan professional dalam isu fitnah 2, video seks dan kes Altantuya jika pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah yang keji ini?

Mengapakah institusi polis disalahgunakan, bukannya untuk memerangi jenayah yang menghantui rakyat Malaysia?

Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program politik ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?

Adakah langkah terdesak BN ini berpunca daripada ketakutan BN menghadapi pengaruh Buku Jingga Pakatan Rakyat khususnya di kalangan guru-guru dan keinginan merampas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan?

Saya menuntut Ketua Polis Negara untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan Pejabat Pendidikan untuk tujuan agenda fitnah UMNO.

Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara.

MOHAMED AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
3 MEI 2011




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...