anjung setiawangsa Headline Animator

Wednesday, July 29, 2009

Kenyataan Media PKR Mengenai 1 Ogos

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 28 Julai 2009

Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Telefon: +603 7885 0530
Faks: +603 7885 0531
E-mail: ibupejabat@keadilanrakyat.org
Laman Web: www.keadilanrakyat.org


Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

Pada 1 Ogos 2009 Sekretariat Himpunan MANSUH ISA menganjur satu himpunan besar-besaran. Perhimpunan ini adalah untuk menyatakan sikap rakyat Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Protes rakyat menentang akta ganas dan zalim sudah sekian lama dan sentiasa berterusan.

Penggunaan ISA adalah sesuatu pencemaran keadilan undang-undang dan keluruhan perlembagaan Malaysia. Akta ISA ini adalah tiket jahat untuk kerajaan Umno/BN memastikan mereka terus berkuasa. Kerajaan Umno/BN boleh menangkap sesiapa sahaja secara sesuka hati, kerajaan Umno/BN boleh menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah menyebabkan berlakunya pelbagai penyeksaan dan deraan fizikal juga mental.

Parti Keadilan Rakyat sangat menghormati prinsip keadilan sebagai hak asasi manusia. Parti Keadilan Rakyat menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat. Oleh itu,Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh perhimpunan rakyat yang akan dianjurkan untuk menyatakan penentangan terhadap ISA yang jelas zalim dan sering kali disalahgunakan oleh kerajaan Umno / BN.

Pada 1 Ogos 2009 Parti Keadilan Rakyat akan bersama-sama rakyat menyertai Himpunan MANSUH ISA. Semua pimpinan tertinggi, anggota Parti akan hadir bersama Ketua Umum Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada pihak penganjur dan menyatakan pendirian Parti yang menentang undang-undang zalim.


DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Tuesday, July 28, 2009

Berita Ketawa Pecah Perut dari Tukar Tiub

AFRIKA BELAJAR DARIPADA MALAYSIA CARA TANGANI RASUAH - melayau

KAMPALA 27 Julai - Malaysia telah berkongsi pengalamannya menangani rasuah termasuk menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan negara-negara Afrika dalam Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) yang sedang berlangsung di Munyonyo di sini.

Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman Malaysia itu disampaikannya menerusi salah satu sesi dialog bersama ketua-ketua kerajaan yang menyertai Global 2009 hari ini.

"Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesatu yang jijik dan perlu disemai dalam jiwa masyarakat. Ini kita bincang secara terbuka," katanya.

KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH KAH KAH… KAH KAH KAH

KAH KAH KAH… KAH AH KAH ….KAH KAH KAH….

Kah kah kah… PEMBACA BUKAN SALAH BACA…kah kah kah..

Kah kah kah…. INI BERITA SAHEH…BUKAN FITNAH.. kah kah kah…

Kah kah kah…. CUMA BERITA INI TIDAK PENUH… kah kah kah…

Kah kah kah…. SEHARUSNAY DI LAPORKAN JUGA... kah kah kah…

Kah kah kah… AL-MALIKUL SEMBAB SEDANG BELAJAR CARA NAK BUAT BLACK MONEY…. kah kah kah..

Kah kah kah…. BLACK MONEY INI AKAN DIGUNAKAN UNTUK BUJET BUAT JAMBAN TAN DI MANEK URAI…. kah kah kah…

Pemuda Pakatan Tubuh MAMPAT

Pemuda Pakatan Rakyat menubuhkan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat - dengan singkatan MAMPAT - bagi menguatkan lagi hubungan kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP.

Menurut satu kenyataan bersama, penubuhan MAMPAT juga untuk memberi kekuatan kepada Pemuda Pakatan merencana gerak kerja bersama pada setiap masa.

Kenyataan tersebut ditandatangi oleh pemimpin tiga sayap Pemuda Pakatan - Nasrudin Hassan (PAS), Shamsul Iskandar Mat Akin (AMK) dan Loke Siew Fook (DAPSY).

Mesyuarat pertama MAMPAT semalam, bersetuju anggota majlis tersebut yang terdiri daripada ketua, setiausaha dan tiga pemimpin tertinggi ketiga-tiga sayap itu, akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.

"Penubuhan majlis tersebut akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan dengan lebih cepat, sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti dalam Pakatan," kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, MAMPAT juga menyokong penuh Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini.

Oleh itu, katanya, seluruh pemimpin dan ahli Pemuda Pakatan Rakyat akan menghadiri perhimpunan tersebut.

"MAMPAT percaya, himpunan tersebut akan berlangsung secara aman, sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

Monday, July 27, 2009

MALIKUL SEMBAB TESEMBAB LAGI -Tukar Tiub

PAS: MUHYIDDIN PUTAR BELIT NIAT NIK AZIZ - malaysiakini

PAS mendakwa Muhyiddin Yassin telah memutarbelitkan kenyataan Nik Aziz Nik Mat berhubung kesediaan menteri besar itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Ahli parlimen Kubang Kerian mengulas kenyataan timbalan perdana menteri semalam yang dilaporkan berkata, MT yang bersidang pada 31 Julai akan membincangkan langkah awal ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.

BACA LAPORAN AWAL

MT UMNO AKAN BINCANG – utusan melayau

KAMPALA 26 Julai - Muhyiddin Yassin mengalu-alukan kesediaan Menteri Besar Kelantan, Abdul Aziz Nik Mat untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat dan yakin ia akan membuka lembaran baru kerjasama antara kedua-dua pihak.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu bersyukur kerana Mursyidul Am Pas itu akhirnya menunjukkan sikap positif terhadap isu kerajaan perpaduan.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

Kah kah kah …. KANTOI LAGI MALIKUL SEMBAB… kah kah kah…

Kah kah kah…. KELUARKAN LAH FATWA LAGI… kah kah kah..

NOTA: Ini fatwa bari dari Al-malikul sembab “ al putar rikum al belitum al kelentongi wahidun malaysia ron.

Dalam bahasa Arabخَتَّال ; خَدَّاع ; خَيْدَع ; دَجَّال ; غارّ ; غَرَّار ; غَرُور ; غَشَّاش ; مُحْتا;مُحْتَال: مُخَاتِل ;

Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS - Malaysiakini

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.

Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'.

"Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," kata Nik Aziz lagi.

"Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato') Mustapha Mohamed," kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.

Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.


Sementara itu, ketika bercakap kepada media di Kota Bharu hari ini, beliau berkata, PAS tidak bercadang mengadakan hubungan peringkat 'parti dengan parti' sebagaimana di zaman Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa".

Laporan media

Sabtu lalu, pihak melaporkan bahawa Nik Abdul Aziz menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, laporan tersebut memetik menteri besar Kelantan itu berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Manakala Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini Muhyiddin telah memutarbelitkan kenyataan Nik Aziz berhubung kesediaannya melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Sebelum ini, isu kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO menjadi isu panas dalam PAS serta di kalangan anggota Pakatan Rakyat.

Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang menentang keras cadangan tersebut sehingga beliau menggesa Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menyokong cadangan tersebut, supaya melepaskan jawatan dalam parti dan selaku ahli Parlimen Bachok.

Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan.

Sunday, July 26, 2009

UNDI POS atau UNDI TENTERA/ POLIS?

Lebih 14,000 Undi Pos di Parlimen Setiawangsa : UNDI POS atau UNDI TENTERA/ POLIS?

Dalam Piliharaya Umum ke 12 yang lepas, terdapat lebih dari 14,000 Pengundi Pos berdaftar di Parlimen Setiawangsa (P.118). Ini bermakna Pengundi Pos merupakan 25% dari jumlah keseluruhan 57,161 pengundi di Parlimen Setiawangsa. Dua Daerah Mengundi (DM) mempunyai jumlah Pengundi Pos yang paling ramai - PULAPOL (Pusat Latihan Polis) dan MINDEF (Kementerian Pertahanan). Kedua-duanya mempunyai kakitangan yang memberikan khidmat sokongan seperti pentadbiran, latihan, perancangan, strategi dan lain-lain. Mereka pergi kerja setiap hari di PULAPOL dan MINDEF dan tinggal bersama keluarga mereka di kawasan yang berhampiran (pukul-rata di Lembah Kelang). Anak-anak mereka juga bersekolah di kawasan yang sama atau berhampiran.

Pada 8 Mac 2008 yang lepas; kita semua menyaksikan mereka (Pengundi Pos) membuang undi dalam kawasan PULAPOL dan MINDEF.

Pengertian Undi Pos ialah apabila Pengundi tidak dapat menghadirkan diri untuk mengundi di kawasan pilihan raya masing-masing, oleh itu Kertas Undi diisu kepada Pengundi Pos dan dikembalikan kepada mana-mana Pegawai Pengurus berdekatan atau SPR melalui POS!

Kalau dilihat pengertian ini maka kita boleh andaikan bahawa kakitangan PULAPOL dan MINDEF tidak layak dikategorikan sebagai Pengundi Pos kerana pada hari mengundi 8 Mac 2008 yang lepas mereka hadir mengundi dalam lingkungan satu kilometer dari Pengundi Biasa lain di DM Taman Setiawangsa, DM PKNS Batu 6 Ulu Kelang dan DM Keramat Wangsa!

Bayangkan Pengundi Pos Parlimen Setiawangsa hadir sama secara fizikal dengan Pengundi Biasa Parlimen Setiawangsa untuk membuang undi di dalam kawasan pilihanraya yang sama!

Jika begini praktisnya, apa beza Pengundi Pos dengan Pengundi Biasa?

Kita akur bahawa anggota tentera/ polis boleh mengundi secara pos. Tetapi adakah wajib mereka didaftarkan sebagai Pengundi Pos sedangkan mereka tidak-aktif ditugaskan untuk tujuan ketenteraan samada di sempadan atau luar-negara?

Begitu juga dengan pasangan mereka. Jika suami atau isteri adalah tentera yang aktif bertugas di sempadan/ luar-negara; adakah ini bermakna isteri atau suami mereka juga ikut sama bertugas secara aktif? Tidak, bukan?

Kalau masalah teknikal yang menjadi puncanya, maka Pejabat SPR Negeri (Pilihan Raya) Negeri Kuala Lumpur yang terletak cuma beberapa kilometer dari PULAPOL dan MINDEF (Tingkat 3, Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kg Baru) – boleh membantu untuk menukar taraf pengundian Pengundi Pos PULAPOL dan MINDEF kepada Pengundi Biasa!

Malaysia sangat berbangga dengan undang-undang ala-ala Malaysianya - mungkin sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia mempertimbangkan menukar nama Pengundi Pos di Parlimen Setiawangsa sebagai PENGUNDI TENTERA/ POLIS. Barulah semua tahu duduk perkara, tak perlu lagi kita berdebat mengapa perlu ada Pengundi Pos yang tinggal sekian lama di Menara Sri Mahang, Menara Sri Pulai, Kelompok Enggang, Kelompok Nuri bersebelahan Pengundi Biasa di Kelompok Embun Emas dalam DM Keramat Wangsa!

Malaysia seringkali mengabaikan pandangan antarabangsa terhadap cara mentadbirnya (governance); jadi tidak hairanlah Malaysia berjaya ’mengukir nama’ di persada antarabangsa. Keratan ini diambil dari http://en.wikipedia.org/wiki/Postal_voting, apabila penulis mencari maksud ’Postal Vote’ :

“In Malaysia, opposition leader and former deputy prime minister Anwar Ibrahim alleged that postal votes have been used by the ruling Barisan Nasional coalition in securing seats in certain constituencies.[8] He also said that in one particular constituency (Setiawangsa), he claimed that his Parti Keadilan Rakyat had actually won during the 2008 elections, before 14,000 postal votes came in awarding the incumbent BN parliamentarian the seat with a majority of 8,000 votes.[9] In Malaysia , only teachers, military personnel, and policemen based away from their constituencies are eligible to submit postal votes.”

Malaysia memang ’cemerlang’ di mata dunia. Malaysia Boleh!



Hasnah Hashim

PKR Cabang Setiawangsa

Thursday, July 23, 2009

WACANA GENDER:KEADILAN SOSIAL DAN PERSPEKTIF GENDER

Program : Wacana Gender - Keadilan Sosial Dan Perspektif Gender
Tarikh : 15 hingga 16 ogos 2009
Tempat : Unisel, Selangor
Ucaptama/perasmian: PRESIDEN PKR, YBhg.Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail


1. Latarbelakang

Reformasi, perubahan atau islah merupakan tema dan nilai politik yang dipegang teguh oleh Parti Keadilan Rakyat. Didalam setiap proses membuat keputusan dasar dan perlaksanaannya ianya sentiasa memberi keutamaan kepada merakyatkan sumber-sumber dan khazanah demi kepentingan rakyat jelata. Kemenangan pada Pilihanraya ke 12 yang lalu menyaksikan transformasi politik di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat, khususnya di negeri Selangor. Ia memungkinkan proses dan perlaksanaan reformasi dapat dilakukan dalam sistem pentadbiran negeri, walaupun dalam situasi yang terbatas kerana sekatan perlembagaan dan undang-undang bagi merealisasikan agenda Politik Baru ini.
Dasar yang didokongi Parti Keadilan Rakyat telah sedaya upaya dan sebaik mungkin cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang telah diberi mandat sejak 28hb Mac yang lalu. Langkah berani iaitu dasar menepati konsep Gender telah diambil dengan meletakkan 40% daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor kepada ADUN wanita. Perkara ini berjaya dimaterialisasikan hasil dari wawasan yang berpandangan jauh bahawa takungan pemimpin wanita yang berdaya dan professional yang sedia ada,mampu menghayati dan melaksanakan nilai-nilai pentadbiran yang telus dan berintegriti menepati agenda parti sejak ia ditubuhkan sedekad yang lalu.
Gender dan isu berkaitannya adalah penting dan relevan dalam arus politik dan kepolitikan Parti Keadilan Rakyat. Kepekaan terhadap isu Gender dan segala yang bersangkutan dengannya sangat mengesani kualiti hidup lebih separuh, iaitu 52% dari penduduk Malaysia yang terdiri daripada kaum wanita. Sistem pentadbiran dan kehidupan rakyat harus bersifat adil kepada semua, tanpa mengira gender, bangsa, agama, ideologi mahupun latarbelakang.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti politik yang berpotensi sebagai sebuah parti pemerintah wajar mendahului dan menerajui perlaksanaan konsep gender dalam barisan kepimpinan parti dan di semua peringkat membuat keputusan. Ini akan memastikan hasrat mengulungi sebagai parti yang peka gender akan tercapai. Reformasi kearah pentadbiran negara yang peka gender harus bermula dengan kesungguhan dalam melaksanakannya diperingkat parti itu terlebih dahulu.

Oleh yang demikian amatlah penting dan wajar setiap pemimpin parti memahami konsep gender dengan tepat agar proses pemerkasaan pimpinan parti itu dipacu ke mercu yang lebih tinggi dan apabila berjaya akan memastikan penggemblingan sumber-sumber intellektual dan profesionalisme secara optimum menjadi elemen utama dalam membawa agenda reformasi, ke arah keadilan untuk semua.


2. Objektif dan Sasaran

2.1 Wacana ini berhasrat agar para pemimpin Parti Keadilan Rakyat di semua peringkat pembuatan keputusan (decision making) memahami dengan sebenarnya konsep gender dan berjaya merealisasikan pindaan perlembagaan menuntut sekurang-kurangnya 30% kedudukan kepada kepimpinan wanita.
Ia akan mencanaikan suatu kefahaman dan komitmen yang mendalam dengan secara sedar agar hasrat pengarus utamaan gender (gender mainstreaming) yang tersebut tercapai dan bersama didukung oleh semua kepimpinan parti.

2.1 Menimba pengalaman dan berkongsi idea supaya proses pengarus utamaan gender ini boleh dimanafaatkan di dalam parti dan menjadi salah satu cara dari kempen kearah peka gender.

Wednesday, July 22, 2009

RALAT: Program YB Zuraida di Setapak

RALAT: Program YB Zuradah di Jalan Air Keroh Setapak seperti berita di bawah adalah pada 22 OGOS 2009 dan bukannya pada 22 Julai 2009.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan dipohon ribuan maaf.

Monday, July 20, 2009

YB Zuraidah di Jalan Air Keroh, Setapak

Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua PKR Cabang Setiawangsa, YB Zuraidah Kamaruddin akan hadir dan berucap pada majlis makan malam di Tokong Seong Tin Jalan Air Keroh, Setapak, Kuala Lumpur pada hari Rabu 22 Julai 2009 bermula pada jam 7.45 malam.

Aktivis-aktivis PKR Cabang Setiawangsa akan turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Majlis Makan Malam PKR Setiawangsa

PKR Cabang Setiawangsa akan menganjurkan satu majlis makan malam pada 16 Ogos 2009 bertempat di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Jalan AU2A, Taman Sri Keramat (berhampiran AEON Jusco Setiawangsa).

Majlis yang dijangka bermula pada jam 7.00 pm turut diserikan dengan pertandingan karaoke dan bertemakan Malam Mengenang Jasa Pengorbanan Tentera. Beberapa orang VVIP dijangka akan turut memeriahkan majlis ini.

Menurut Timbalan Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Encik Ahmad Juflis, majlis ini adalah bertujuan mengutip dana bagi tujuan sumbangan kepada OKU Bekas-bekas tentera disamping mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti pasti di Setiawangsa.

Tiket-tiket untuk menyertai majlis ini berharga RM100 dan RM60 sedang dijual. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan En. Juflis (Jeff) 012-6548102, Encik Tharnee 019-3948902 dan Encik Steven 012-3333603

Ceramah DSAI di Sungai Besar, Selangor

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah perdana di Sungai Besar, Selangor. Berikut adalah butiran acara tersebut:

Tempat: Stadium Sungai Besar

Tarikh: Hari Selasa, 21 Julai 2009

Masa: 9.00-12.00malam.

Penceramah:

1)DSAI

2)YB Abdullah Sani

3)YB Hee Loy Sian

4)YB Amiruddin Shari

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

PAS Selangor Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan

KENYATAAN MEDIA
BERHUBUNG INSIDEN KEMATIAN MENDIANG TEOH BENG HOCK DI DALAM TAHANAN SPRM

PAS SELANGOR MEMANDANG SERIUS INSIDEN KEMATIAN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA SALAH SEORANG EXCO SELANGOR, MENDIANG TEO BENG HOCK SEMASA BERADA DI DALAM TAHANAN SPRM.
PENDIRIAN PAS SELANGOR ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
1. PAS SELANGOR MENGGESA AGAR KERAJAAN MENUBUHKAN SATU SURUHANJAYA BEBAS YANG DIANGGOTAI OLEH SEMUA PARTI POLITIK SERTA PANEL BERKECUALI DIDALAM TEMPOH 14 HARI DARI TARIKH INSIDEN YANG BERLAKU DAN MENDESAK AGAR SURUHANJAYA TERSEBUT MENGELUARKAN KERTAS PUTIH YANG DIUMUMKAN KEPADA RAKYAT.
2. PAS SELANGOR BERPENDIRIAN BAHAWA SPRM HANYA BOLEH DISIASAT OLEH SURUHANJAYA BEBAS YANG LAIN KERANA PIHAK POLIS TIDAK MEMPUNYAI BIDANGKUASA YANG MENCUKUPI BAGI MENYELESAIKAN KES INI DAN SEKALIGUS MEMBERSIHKAN NAMA SPRM KERANA TERIKAT KEPADA PERATURAN YANG DIILETAKKAN OLEH MENTERI DALAM NEGERI.
3. PAS SELANGOR MENDESAK AGAR SEMUA SIASATAN YANG DILAKUKAN TERHADAP MANA-MANA EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR DIHENTIKAN SERTA MERTA SEHINGGA SURUHANJAYA SIASATAN SELESAI MELAKUKAN SIASATAN DAN SPRM MEMBERSIHKAN NAMANYA.
4. PERISTIWA INI SANGAT MEMALUKAN SPRM DAN MENGHILANGKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP SPRM TERUTAMA TERHADAP TAHAP KESELAMATAN SAKSI SEMASA BERADA DI DALAM TAHANAN.
5. JIKA SURUHANJAYA INI TIDAK DILAKUKAN, MAKA PROSES PENGEMBALIAN KEYAKINAN TIDAK BERLAKU, KREDIBILITI DAN PROFESIONALISME SPRM SEBAGAI AGENSI PENGUATKUASA KERAJAAN AKAN TERUS DIPERTIKAIKAN OLEH MASYARAKAT.

PAS Selangor juga mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat mendiang di atas peristiwa yang sangat menyedihkan ini. Semoga, pihak yang terlibat dapat bersabar di atas kehilangan tragis orang yang disayangi.

Shah Alam. 17hb Julai 2009,
Mohd Khairuddin Othman
(O19 289 7187)
SETIAUSAHA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

Saturday, July 18, 2009

Mengapa saya tinggalkan BN?

Chua Jui Meng
Jul 18, 2009

Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.


Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

17 JULAI 2009

Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KeADILan

DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen DAP

Chua Jui Meng Umum Sertai PKR


Bekas Menteri Kesihatan yang juga merupakan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Beliau yang mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi MCA Bakri, Johor Khamis lalu membuat pengumuman tersebut pada majlis forum "The Truth Behind The Scandals: Perak, PKFZ & BN Conspiracy" yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Sunway.

Turut mengikuti langkah beliau ialah bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut.

Wednesday, July 15, 2009

Keputusan PRK MU Satu Amaran

Oleh Hamzah Filfilan

Akhirnya debaran menanti keputusan PRK MU telahpun berakhir, PAS yang mewakili PR berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan majoriti yang amat tipis berbanding PRU ke-12 yang lalu. Saya secara peribadi memang telahpun menjangkakan awal-awal lagi sama ada PAS akan tewas ataupun akan menang tipis. Kita amat berharap agar para pimpinan yang duduk kat atas tu faham akan isyarat yang ditunjukkan oleh rakyat di MU.

Berbagai alasan akan diberikan.... BN guna duitla...janji-janji pilihanraya a, media berat sebelahla....dan seribu satu alasan akan dikemukakan. Dan kita telah mendengar semalam PAS akan mengadakan post-mortem untuk mengkaji kenapa perkara ini boleh berlaku.

Bagi saya, tragedi ini (saya anggap ini tragedi) adalah kerana salah PR sendiri, bukan salah sesiapa. Di ambang kita hendak menghadapi PRK ini berbagai kontroversi melanda dan diperbesarkan oleh media. Nak salahkan media? Sendiri cari penyakit sendiri jawabla....

Kita sebok nak menghadapi PRK, yang sebok bawak idea Kerajaan Perpaduan tu kenapa? Idea ini dari PAS kemudian PAS sendiri yang tolak. PM dengan senang hati kata sudi menerima idea ni. Sekarang yang nampak jahat siapa? PAS tolak perpaduan, BN nak perpaduan. Benda ini telah dieksploit dengan baik oleh BN. Kadang-kadang pening memikirkan apa punya idea ni...dulu sebok dengan muzakarah la, muqabalah la dan entah apa-apa lagi....yang pemuda PAS pulak sibuk nak berwacana dengan pemuda UMNO.....????? Sepatutnya idea-idea macam tu bincang dulu diperingkat kepimpinan, jangan sebok dan gatal mulut pergi bercakap dengan media!

Kalau nak sangat berbincang, bermuzakarah, bermuqabal, berwacana....buatla di peringkat komponen PR...kalau mereka sanggup berwacana sesama sendiri pastilah isu tempat sembelih babi tak timbul di Kedah. Isu ini juga telah menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap PR. PR kelihatan tidak kukuh dan bersatu.

Timbul pulak isu Kg. Buah pala di Penang. Nampak sangat tidak sepakatnya PR. Ketua AMK sendiri boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sedap didengar. Malasla nak ulas. Lepas tu keluar pula berita dalam akhbar, Lim Guan Eng seolah-olah menyalahkan DSAI yang berjanji nak selesaikan masalah ni dan bukannya beliau. Sebelum ni timbul isu ahli majlis MPSP yang dipecat.....macam-macam hal....malslah nak ulas panjang-panjang.

Pergi pula ke sebuah lagi negeri PR....Selangor. Ni satu hal lagi...tiba-tiba seorang pemimpin kanan PKR tibai secara sindiran terhadap EXCO, dan turut ditambah semangkok oleh salah seorang MP PR dari Wilayah Persekutuan. YB Ronnie pulak minta penjelasan MP ni telah isu yang ditimbulkan. Tak ke nampak bercelaru? Kalau yepun tak puas hati kan mereka boleh berbincang secara tertutup....bermuzakarah, bermuqabalah, berwacana....sesama sendiri. Tak payahla dihebohkan sehingga menjejaskan imej dan moral kami para pendodokong Pakatan.

Dan hari ini dalam blog LKY ada tajuk ni..."Time for Pakatan Rakyat to set up a disciplinary committee to restore public confidence in PR cohesion, coherence, discipline, unity and common sense of purpose" .... saya amat bersetuju sekiranya perkara ini diberi keutamaan. Sepatutnya dah lama ada. Tapi tak apa...better late then never...keceluparan sesetengah pemimpin dalam memberi keyataan atas sesuatu isu perlu d disiplinkan. Kita bersetuju pendekatan telus dan terbuka, tetapi kalau sampai menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap PR maka perkara ini hendaklah dikaji sedalam-dalamnya.

BN telahpun menganggap kekalahan tipis mereka sebagai kemenangan moral, dan kita dapat menjangkakan pasti mereka akan bertungkus lumus menaikkan kembali imej mereka di kalangan rakyat. Mereka kini telah mendapat talian hayat yang dinanti-nantikan. Keadaan mereka yang kelihatan nazak sebelum ini seakan-akan telah pulih....awas para pendokong PR, pasti mereka akan menggasak hebat selepas ini.

Diharap para pendokong PR berhentilah berbulan madu....kini masanya kita bermuhasabah, mencari dan mengkaji kelemahan diri, dari dok asyik menyalahkan pihak lain. Kini rakyat ingin melihat hasil bukan lagi dibuai mimpi-mimpi indah kemenangan semalam. Masa masih ada untuk kita sama-sama membetulkan kesilapan...

Apapun bagi kami para reformis tegar, apa keadaan sekalipun kami ingin melihat perubahan senario politik yang dicetuskan pada PRU itu akan kekal momentumnya...namun kalau jadi sebaliknya kami tetap tidak akan berubah....lawan tetap lawan.....

Friday, July 10, 2009

Kenyataan Media Timbalan Presiden PKR

KEPUTUSAN TENTANG PPSMI MENGECEWAKAN

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat petang semalam membincangkan keputusan Kabinet tentang polisi pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), seperti diumumkan oleh Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Kami berpendapat keputusan itu adalah kurang daripada yang diharapkan dan mengecewakan. Ia melengah-lengahkan apa yang patut disegerakan.
Sepatutnya PPSMI itu dari mulanya tidak dilaksanakan sama sekali. Sebaliknya selepas berbelanja lebih dari RM4 bilion untuk melaksanakannya dan setelah didesak oleh pelbagai pihak barulah kini Kabinet putuskan untuk memberhentikannya.
Yang mengecewakan ialah Kabinet memutuskan penamatan dasar bebal ini akan berkuat kuasa pada tahun 2012 dan bukannya serta-merta mulai tahun hadapan. Kenapa mesti ditangguh selama tiga tahun tidak diterangkan oleh Menteri Pendidikan.
Seterusnya, murid-murid yang sekarang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan dipaksa terus mengikuti polisi ini sehingga tamat persekolahan mereka. Ini tidak akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan ramai anggota masyarakat, terutama yang memperjuagkan kedaulatan Bahasa Malaysia.
PPMSI telah dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang kajian dan tanpa perundingan ramai. Kenapakah apabila hendak ditamatkan perlu dilengah-lengahkan? Kami menggesa supaya Kabinet bersikap ikhlas dan mengkaji semula keputusannya.
KEADILAN menegaskan kepercayaannya bahawa murid-murid perlu cekap dalam bahasa Inggeris. Sebaik-baiknya ini dilakukan dengan mengajar bahasa dan sastera Inggeris sebagai mata pelajaran. Kerajaan berdadang hendak mengambil guru-guru bahasa Inggeris dari luar. Kita mesti pastikan meraka terlatih dan berdedikasi. Beberapa tahun lalu ada percubaan mengimport guru Inggeris, akan tetapi akhirnya gagal.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

DECISION ON PPSMI DISAPPOINTING

KEADILAN Political Bureau which met yesterday evening deliberated on the Cabinet decision pertaining to the policy of teaching Science and Mathematics in English (PPSMI) as announced by the Minister of Education cum Deputy Prime Minister.
We are of the view that the decision falls short of expectation and a disappointment.
It deliberately delays what ought to be implemented early.
In the first place the PPSMI should not have been implemented at all. On the other hand, after spending over RM4 billion to implement it, and after being pressured by all kinds of group only now the decision is made to terminate it.
What is disappointing is that the Cabinet decided that the termination of this unwise policy should take effect only from 2012 and not immediately next year. Why the need for this three year delay is not explained by Education Minister.
Further, students already taught the science and mathematics subjects in English now will be forced to follow the same policy until their schooling period ends. Certainly this will not placate the dissatisfaction of many members of society, especially those fighting for the sovereignty of Bahasa Malaysia.
KEADILAN reiterates that it believes in the importance of students being proficient in English. This is best done by teaching them English language and literature as a subject. The Government intends to employ English language teachers from outside. We must be sure they are trained and dedicated. Many years ago attempts were made to import English language teachers, but they proved to be a failure.

DR SYED HUSIN ALI
Deputy President, KEADILAN

Friday, July 3, 2009

WACANA ILMU - PELAJARAN PERTAMA

PAS MELAKA : PEMUDA UMNO MENGGANAS – malaysiakini

Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP kawasan parlimen itu yang sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih. Seorang pemimpin pergerakan itu juga "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di pasar malam Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS negeri Sofi Wahab. "Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (pemimpin Pemuda Umno) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya," katanya."Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain.

KAH KAH KAHA…
Kah kah kah… INI LAH DIA WACANA KEILMUAN …
kah kah kah…Kah kah kah… INI LAH DIA WACANA INTELEKTUAL..
kah kah kah…Kah kah kah….INI LAH DIA WACANA CEDIAKAWAN …
kah kah kah…Kah kah kah…KALAU KETUA KAKI PUKUL …. PEMGIKUT ANGKAT BAKUL….
kah kah kah…Kah kah kah… ANJING YANG MAKAN TAIK… KALAU TAK MAKAN PUN AKAN DIA AKAN CIUM …
kah kah kahKah kah kah…BAPA BOREK… EMAK RINTEK… ANAK MENGAMOK TAK DAPAT KONTREK…. kah kah kah.. kah kah kah…

diciplak dari Tukar Tiub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...