anjung setiawangsa Headline Animator


Wednesday, July 15, 2009

Keputusan PRK MU Satu Amaran

Oleh Hamzah Filfilan

Akhirnya debaran menanti keputusan PRK MU telahpun berakhir, PAS yang mewakili PR berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan majoriti yang amat tipis berbanding PRU ke-12 yang lalu. Saya secara peribadi memang telahpun menjangkakan awal-awal lagi sama ada PAS akan tewas ataupun akan menang tipis. Kita amat berharap agar para pimpinan yang duduk kat atas tu faham akan isyarat yang ditunjukkan oleh rakyat di MU.

Berbagai alasan akan diberikan.... BN guna duitla...janji-janji pilihanraya a, media berat sebelahla....dan seribu satu alasan akan dikemukakan. Dan kita telah mendengar semalam PAS akan mengadakan post-mortem untuk mengkaji kenapa perkara ini boleh berlaku.

Bagi saya, tragedi ini (saya anggap ini tragedi) adalah kerana salah PR sendiri, bukan salah sesiapa. Di ambang kita hendak menghadapi PRK ini berbagai kontroversi melanda dan diperbesarkan oleh media. Nak salahkan media? Sendiri cari penyakit sendiri jawabla....

Kita sebok nak menghadapi PRK, yang sebok bawak idea Kerajaan Perpaduan tu kenapa? Idea ini dari PAS kemudian PAS sendiri yang tolak. PM dengan senang hati kata sudi menerima idea ni. Sekarang yang nampak jahat siapa? PAS tolak perpaduan, BN nak perpaduan. Benda ini telah dieksploit dengan baik oleh BN. Kadang-kadang pening memikirkan apa punya idea ni...dulu sebok dengan muzakarah la, muqabalah la dan entah apa-apa lagi....yang pemuda PAS pulak sibuk nak berwacana dengan pemuda UMNO.....????? Sepatutnya idea-idea macam tu bincang dulu diperingkat kepimpinan, jangan sebok dan gatal mulut pergi bercakap dengan media!

Kalau nak sangat berbincang, bermuzakarah, bermuqabal, berwacana....buatla di peringkat komponen PR...kalau mereka sanggup berwacana sesama sendiri pastilah isu tempat sembelih babi tak timbul di Kedah. Isu ini juga telah menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap PR. PR kelihatan tidak kukuh dan bersatu.

Timbul pulak isu Kg. Buah pala di Penang. Nampak sangat tidak sepakatnya PR. Ketua AMK sendiri boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sedap didengar. Malasla nak ulas. Lepas tu keluar pula berita dalam akhbar, Lim Guan Eng seolah-olah menyalahkan DSAI yang berjanji nak selesaikan masalah ni dan bukannya beliau. Sebelum ni timbul isu ahli majlis MPSP yang dipecat.....macam-macam hal....malslah nak ulas panjang-panjang.

Pergi pula ke sebuah lagi negeri PR....Selangor. Ni satu hal lagi...tiba-tiba seorang pemimpin kanan PKR tibai secara sindiran terhadap EXCO, dan turut ditambah semangkok oleh salah seorang MP PR dari Wilayah Persekutuan. YB Ronnie pulak minta penjelasan MP ni telah isu yang ditimbulkan. Tak ke nampak bercelaru? Kalau yepun tak puas hati kan mereka boleh berbincang secara tertutup....bermuzakarah, bermuqabalah, berwacana....sesama sendiri. Tak payahla dihebohkan sehingga menjejaskan imej dan moral kami para pendodokong Pakatan.

Dan hari ini dalam blog LKY ada tajuk ni..."Time for Pakatan Rakyat to set up a disciplinary committee to restore public confidence in PR cohesion, coherence, discipline, unity and common sense of purpose" .... saya amat bersetuju sekiranya perkara ini diberi keutamaan. Sepatutnya dah lama ada. Tapi tak apa...better late then never...keceluparan sesetengah pemimpin dalam memberi keyataan atas sesuatu isu perlu d disiplinkan. Kita bersetuju pendekatan telus dan terbuka, tetapi kalau sampai menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap PR maka perkara ini hendaklah dikaji sedalam-dalamnya.

BN telahpun menganggap kekalahan tipis mereka sebagai kemenangan moral, dan kita dapat menjangkakan pasti mereka akan bertungkus lumus menaikkan kembali imej mereka di kalangan rakyat. Mereka kini telah mendapat talian hayat yang dinanti-nantikan. Keadaan mereka yang kelihatan nazak sebelum ini seakan-akan telah pulih....awas para pendokong PR, pasti mereka akan menggasak hebat selepas ini.

Diharap para pendokong PR berhentilah berbulan madu....kini masanya kita bermuhasabah, mencari dan mengkaji kelemahan diri, dari dok asyik menyalahkan pihak lain. Kini rakyat ingin melihat hasil bukan lagi dibuai mimpi-mimpi indah kemenangan semalam. Masa masih ada untuk kita sama-sama membetulkan kesilapan...

Apapun bagi kami para reformis tegar, apa keadaan sekalipun kami ingin melihat perubahan senario politik yang dicetuskan pada PRU itu akan kekal momentumnya...namun kalau jadi sebaliknya kami tetap tidak akan berubah....lawan tetap lawan.....

1 comment:

  1. PR sebenarnya tidak mengambil teladan apa yang berlaku terhadap BN pada PRU12 yang lalu.

    Sikap mudah dan yakin telah memakan diri. Hasilnya di PRK MU, majoriti PAS telah dapat di kurangi hingga ke 65 undi sahaja.

    Kenapa begitu? Kita sebenarnya semakin sombong dan bongkak bila kita berkuasa. Kita berkata kita berlaku adil namun pada hakikatnya kita menzalimi diri kita sendiri samada sedar atau tidak.

    Kita berjuang atas nama keadilan namun perjuangan kita sebenarnya tidak lebih daripada ikutan dan hasutan orang lain.

    Kita berkata diri kita dizalimi namun pada hakikatnya kita yang menzalimi kepada tangan yang memberi.

    Jujurkah kita?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...