anjung setiawangsa Headline Animator


Thursday, July 23, 2009

WACANA GENDER:KEADILAN SOSIAL DAN PERSPEKTIF GENDER

Program : Wacana Gender - Keadilan Sosial Dan Perspektif Gender
Tarikh : 15 hingga 16 ogos 2009
Tempat : Unisel, Selangor
Ucaptama/perasmian: PRESIDEN PKR, YBhg.Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail


1. Latarbelakang

Reformasi, perubahan atau islah merupakan tema dan nilai politik yang dipegang teguh oleh Parti Keadilan Rakyat. Didalam setiap proses membuat keputusan dasar dan perlaksanaannya ianya sentiasa memberi keutamaan kepada merakyatkan sumber-sumber dan khazanah demi kepentingan rakyat jelata. Kemenangan pada Pilihanraya ke 12 yang lalu menyaksikan transformasi politik di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat, khususnya di negeri Selangor. Ia memungkinkan proses dan perlaksanaan reformasi dapat dilakukan dalam sistem pentadbiran negeri, walaupun dalam situasi yang terbatas kerana sekatan perlembagaan dan undang-undang bagi merealisasikan agenda Politik Baru ini.
Dasar yang didokongi Parti Keadilan Rakyat telah sedaya upaya dan sebaik mungkin cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang telah diberi mandat sejak 28hb Mac yang lalu. Langkah berani iaitu dasar menepati konsep Gender telah diambil dengan meletakkan 40% daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor kepada ADUN wanita. Perkara ini berjaya dimaterialisasikan hasil dari wawasan yang berpandangan jauh bahawa takungan pemimpin wanita yang berdaya dan professional yang sedia ada,mampu menghayati dan melaksanakan nilai-nilai pentadbiran yang telus dan berintegriti menepati agenda parti sejak ia ditubuhkan sedekad yang lalu.
Gender dan isu berkaitannya adalah penting dan relevan dalam arus politik dan kepolitikan Parti Keadilan Rakyat. Kepekaan terhadap isu Gender dan segala yang bersangkutan dengannya sangat mengesani kualiti hidup lebih separuh, iaitu 52% dari penduduk Malaysia yang terdiri daripada kaum wanita. Sistem pentadbiran dan kehidupan rakyat harus bersifat adil kepada semua, tanpa mengira gender, bangsa, agama, ideologi mahupun latarbelakang.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti politik yang berpotensi sebagai sebuah parti pemerintah wajar mendahului dan menerajui perlaksanaan konsep gender dalam barisan kepimpinan parti dan di semua peringkat membuat keputusan. Ini akan memastikan hasrat mengulungi sebagai parti yang peka gender akan tercapai. Reformasi kearah pentadbiran negara yang peka gender harus bermula dengan kesungguhan dalam melaksanakannya diperingkat parti itu terlebih dahulu.

Oleh yang demikian amatlah penting dan wajar setiap pemimpin parti memahami konsep gender dengan tepat agar proses pemerkasaan pimpinan parti itu dipacu ke mercu yang lebih tinggi dan apabila berjaya akan memastikan penggemblingan sumber-sumber intellektual dan profesionalisme secara optimum menjadi elemen utama dalam membawa agenda reformasi, ke arah keadilan untuk semua.


2. Objektif dan Sasaran

2.1 Wacana ini berhasrat agar para pemimpin Parti Keadilan Rakyat di semua peringkat pembuatan keputusan (decision making) memahami dengan sebenarnya konsep gender dan berjaya merealisasikan pindaan perlembagaan menuntut sekurang-kurangnya 30% kedudukan kepada kepimpinan wanita.
Ia akan mencanaikan suatu kefahaman dan komitmen yang mendalam dengan secara sedar agar hasrat pengarus utamaan gender (gender mainstreaming) yang tersebut tercapai dan bersama didukung oleh semua kepimpinan parti.

2.1 Menimba pengalaman dan berkongsi idea supaya proses pengarus utamaan gender ini boleh dimanafaatkan di dalam parti dan menjadi salah satu cara dari kempen kearah peka gender.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...