anjung setiawangsa Headline Animator


Wednesday, August 3, 2011

PENDATANG DAPAT MYKAD: AHLI PARLIMEN PAKATAN DESAK SIDANG PARLIMEN TERGEMPAR

Hazayani Zakaria
PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.
Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.
"Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.
Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi.
Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam.
"Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya.
Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu.
Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat.
"Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya.
Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan

PAGI PEMASTAUTIN TETAP, PETANG DAH JADI WARGANEGARA!

NONEApa nak jadi dengan tanah air ku ini! Pendatang asing sewenang-wenangnya diberikan kerakyatan semata-mata kerana kuasa..... nasib masa depan negara kini ditentukan oleh kaum pendatang asing. Aku malas nak ulas panjang-panjang takut nanti kena saman juta-juta pulak.... baik baca saja di MALAYSIAKINI 

Monday, August 1, 2011

BALU ALLAHYARHAM BAHARUDDIN AKAN FAILKAN USUL DI MAHKAMAH TINGGI

Balu Arwah Baharudin bin Ahmad akan memfailkan Notis Usul di Mahkamah Tinggi esok jam 1.30 petang 1/8/2011 untuk memohon satu siasatan khas di adakan berhubung dengan kematian suaminya kerana sehingga hari ini pihak Mahkamah Majistret /Jabatan Peguam Negara masih tidak memberi maklum balas terhadap surat peguam yang memohon suatu siasatan khas di jalankan menurut Kanun Prosedur Jenayah. 


Satu sidang akhbar akan diadakan juga nanti.

harap maklum

Ahmad Jufliz bin Dato Faiza
Peguambela dan Peguamcara bagi keluarga Arwah Baharudin bin Ahmad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...