anjung setiawangsa Headline Animator


Monday, November 23, 2009

NIK AZIZ NAFI, HUSAM JUGA NAFI, UTUSAN MELOYA SYOK SENDIRI!


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan Exco kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri itu.
Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.
Beliau menyifatkan tindakan sebuah akhbar harian yang menyiarkan laporan itu hari ini sebagai usaha untuk memecahbelahkan PAS dan melariskan jualan akhbar berkenaan.
“Saya baru baca sebuah akhbar rasa terlalu amat terkejut dengan siaran tajuk Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,” kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Laporan itu memetik beberapa sumber sebagai berkata hasrat Husam itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang sekali gus memberikan Husam cuti lima hari bermula hari ini untuk berehat dan menenangkan fikirannya.
Dipetik Bernama, Nik Aziz berkata laporan akhbar berkenaan sama sekali tidak benar dengan memetik sumber termasuk daripada blog tertentu yang kononnya mempunyai maklumat Husam akan melepaskan jawatan berikutan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata jika benar sekali pun Husam mahu meletakkan jawatan, beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.
Beliau berkata kerajaan negeri sangat memerlukan khidmat dan buah fikiran Husan kerana sepanjang perkhidmatannya, Husam banyak membuat rundingan dengan kerajaan
Pusat termasuk mengenai tanah dengan Felda, Felcra dan terbaru tuntutan royalti petroleum.
“Mengapa orang kita tidak tahu menilai orang yang berguna (seperti Husam),” katanya.
Ketika ditanya sama ada benar Husam pernah menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan baik dalam parti mahu pun kerajaan, Nik Abdul Aziz berkata: “Tak ada... sayapun tak terfikir dia nak berhenti. (Ini pandai-pandai akhbar) nak bawa berita panas supaya orang beli akhbar”.
Nik Abdul Aziz berkata Husam sememangnya ada menemuinya di pejabat dua hari lepas dan hanya memaklumkan bahawa beliau dinasihati oleh doktor agar mendapat rawatan di hospital kerana mengalami masalah sakit tulang belakang.
“Masalah nak berundur tak berundur, langsung tidak timbul baik dalam kepala dia atau saya,” katanya.
Beliau berkata tindakan akhbar menyiarkan laporan itu sebenarnya mengguriskan hati orang yang dalam keadaan sakit.


Sementara itu, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.
Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.
Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.
Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.
“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.
“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.
Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.
“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.
Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti.
“Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.
“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.
“Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.
Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.
“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?
“Letak semua pulak tu?” soal beliau.
Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”
“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...