anjung setiawangsa Headline Animator


Showing posts with label kongres. Show all posts
Showing posts with label kongres. Show all posts

Monday, June 15, 2009

Selamat Datang Datuk Zaid


Setelah sekian lama membiarkan khalayak politik dalam keadaan berteka-teki akhirnya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mengisytiharkan diri menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari Sabtu lalu 13 Jun 2009, sempena Kongres Nasional Khas PKR.

Semoga dengan kedatangan Datuk Zaid ke dakapan PKR maka akan bertambah lagi kekuatan dan moral PKR dalam menghadapi rencah politik negara yang semakin mencabar akhir-akhir ini. SELAMAT DATANG DATUK ZAID!

Thursday, June 11, 2009

Kongres Khas PKR Akan Pinda Perlembagaan Parti

Parti KeADILan akan mengadakan Kongress tergempar minggu ini untuk melaksanakan beberapa perubahan yang dijangka akan menjadikan parti politik ini menjadi lebih demokratik. Antara usul-usul yang akan dibawa:

* Undian terus dari ahli biasa untuk memilih Presiden dan jawatan nasional yang lain (seperti undian presiden Amerika Syarikat)
* Menghadkan tempoh perkhidmatan Presiden parti kepada hanya 3 penggal (9 tahun)
* Menambahkan kerusi Naib Presiden dari 5 ke 7 kerusi
* Perlantikan Ketua Perhubungan Negeri harus mendapat persetujuan Ketua-Ketua Bahagian
* Membenarkan perlantikan (tidak melebihi 1/3 jumlah ahli mesyuarat tertinggi) untuk memastikan tiada satu kaum mendominasi majlis tertinggi
* Membenarkan kesemua Yang Berhormat PKR untuk hadir dan diberi kuasa undi dalam kesemua Mesyuarat Perhubungan Negeri dan MT
* Mengiakan dan Mengimarahkan lagi slogan Parti yakni “KEADILAN UNTUK SEMUA”

Dengan perubahan-perubahan di atas, KeADILan akan menjadi parti progressif ulung di negara dan proses demokrasi akan lebih menyerlah di dalam parti. Harapan saya adalah agar kesemua parti politik di dalam negara ini (terutamanya parti-parti di dalam BN) dapat mengkaji reformasi parti KeADILan dan ambil yang baik untuk men-demokratik-kan lagi parti masing-masing.

Wednesday, May 6, 2009

DASAR "SATU AHLI SATU UNDI" ATASI GEJALA POLITIK WANG


Dari Suara Keadilan
Parti KeADILan Rakyat menjadi perintis kepada hala tuju parti-parti politik di Asia, apabila bertindak meminda Perlembagaan Parti untuk melaksanakan dasar “Setiap Ahli Satu Undi”, menggantikan sistem perwakilan dalam pemilihan pimpinan tertinggi.Pindaan yang akan dibuat semasa Kongres Nasional Khas Jun ini,bertujuan memberi peluang kepada setiap ahli untuk melibatkan diri dalam proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat Parti yang menentukan jatuh bangun parti mereka di masa hadapan.

Dasar baru yang dilaksanakan ini diharap dapat mengekang gejala politik wang dalam PKR dan pada masa yang sama memberi ruang kepada muka- muka baru untuk turut serta berjuang di barisan hadapan.

Antara perubahan lain yang dirangka adalah :-

- Had tempoh seseorang pemimpin memegang sesuatu jawatan hendaklah tidak melebihi 3 penggal.

- Melaksanakan penglibatan minima 30 peratus wanita di semua peringkat kepimpinan.

- Tatacara pemilihan dan perlantikan pemimpin dikemaskini agar lebih telus.

- Fasal- fasal berkaitan jati diri dan disiplin ahli diperketatkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...