anjung setiawangsa Headline Animator

Tuesday, June 16, 2009

YB Shaari Minta Warga Emas Segera Daftar Diri

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib merayu kepada seluruh warga emas didalam Dun Hulu Kelang, Selangor supaya mendaftar diri dibawah skim Mesra Usia Emas yang merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor Darul Ehsan.
Menurut surat sebaran yang dikeluarkan oleh Saari, skim itu disediakan kerajaan Selangor Darul Ehsan untuk dimanfaatkan oleh semua warga emas dan OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa mengira jantina, agama, pendapatan, kedudukan dalam masyarakat dan faham politik.Pendaftaran skim berkenaan adalah percuma. Warga emas yang layak berumur 60 tahu ke atas dan, sama ada lahir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/1/1974 sedang menentap di Selangor atau bermastautin di Wilayah Persekutuan, dan bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.Manakala bagi OKU tidak merlukan syarat-syarat seperti di atas.Menurut surat sebaran yang ditanda tangani Saari itu, warga emas yang berdaftar menerusi skim ini akan mendapat sumbangan sebanyak RM2,500. Sebanyak RM1,000 akan diberikan dalam tempoh 24 jam seleps menerima laporan kematian warga emas yang berdaftar berkenaan.Semua bantuan itu akan disalurkan sendiri oleh beliau menerusi Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Hulu Kelang.
Dalam pada itu Saari menjelaskan sehingga ini hanya 900 warga emas yang mendaftarkan diri daripada 5,000 warga emas dalam Dun Hulu kelang.
Untuk tujuan itu beliau merayu kepada semua warga emas dan OKU yang layak menurut syarat-syarat yang disebutkan tadi mendaftarkan diri sebelum 30 Jun 2009. Manakala beliau mengingatkan selepas 30 Jun mana-mana kematian warga emas yang belum mendaftarkan diri selepas 30 Jun mereka tidak akan mendapat manfaat daripada skim berkenaan. [wm.kl. 2:45 pm 16/06/09]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...