anjung setiawangsa Headline Animator


Friday, June 26, 2009

Himpunan Perdana 30 Jun unuk penerangan isu terkini

Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.
Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.
"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.
Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.
Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

Thursday, June 18, 2009

Pasai Apa Yang Dok Gatai Sangat!

oleh: Hamzah Filfilan


Kadang-kadang aku naik pening dah...kadang-kadang naik meluatpun ada! Tapi nak buat macam mana....apapun jadi aku tetap mencintai Pakatan Rakyat. Tapi pasai apa jadi lagu ni....ribut tak dak, topanpun tak dak yang pi gatai pungkoq dok heboh pasai Kerajaan Perpaduan pasai apa.....Hoi dengaq la sikit wahai orang yang kat atas sana....!

Kami ni sokong Pakatan Rakyat, tak kira la PAS, DAP atau PKR ka pasai kami tak mau dan dah benci teramat sangat kat UMNO/BN tu paham takkkkkkkkk......yang hampa pi bawak cerita pasai nak berpadu dan bermadu dengan UMNO tu buat apa!

La ni tak pasai-pasai jadi ribut...lepas tu sibuk pulak dok kata kat media yang media ni putar belit kenyataan. Tok Guru pun dah keluarkan kenyataan yang keras.....oi orang PAS jangan la dok jadi pekak, dengarla nasihat Tok Guru! Jangan dok punahkan benda yang dah elok, orang dok sibuk nak ghuyubkan UMNO yang hampa sibuk nak pi berkawan pasai apa!

JANGAN SAMPAI KAMI JADI MELUAT KAT PAKATAN RAKYAT PULAK!

Tuesday, June 16, 2009

YB Shaari Minta Warga Emas Segera Daftar Diri

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib merayu kepada seluruh warga emas didalam Dun Hulu Kelang, Selangor supaya mendaftar diri dibawah skim Mesra Usia Emas yang merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor Darul Ehsan.
Menurut surat sebaran yang dikeluarkan oleh Saari, skim itu disediakan kerajaan Selangor Darul Ehsan untuk dimanfaatkan oleh semua warga emas dan OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa mengira jantina, agama, pendapatan, kedudukan dalam masyarakat dan faham politik.Pendaftaran skim berkenaan adalah percuma. Warga emas yang layak berumur 60 tahu ke atas dan, sama ada lahir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/1/1974 sedang menentap di Selangor atau bermastautin di Wilayah Persekutuan, dan bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.Manakala bagi OKU tidak merlukan syarat-syarat seperti di atas.Menurut surat sebaran yang ditanda tangani Saari itu, warga emas yang berdaftar menerusi skim ini akan mendapat sumbangan sebanyak RM2,500. Sebanyak RM1,000 akan diberikan dalam tempoh 24 jam seleps menerima laporan kematian warga emas yang berdaftar berkenaan.Semua bantuan itu akan disalurkan sendiri oleh beliau menerusi Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Hulu Kelang.
Dalam pada itu Saari menjelaskan sehingga ini hanya 900 warga emas yang mendaftarkan diri daripada 5,000 warga emas dalam Dun Hulu kelang.
Untuk tujuan itu beliau merayu kepada semua warga emas dan OKU yang layak menurut syarat-syarat yang disebutkan tadi mendaftarkan diri sebelum 30 Jun 2009. Manakala beliau mengingatkan selepas 30 Jun mana-mana kematian warga emas yang belum mendaftarkan diri selepas 30 Jun mereka tidak akan mendapat manfaat daripada skim berkenaan. [wm.kl. 2:45 pm 16/06/09]

Coretan DSAI

Hari pertama mesyuarat kedua penggal ke dua parlimen ke 12 menyaksikan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru menggantikan Allahyarham Hj Roslan. Sdr Nizar memulakan tugas hari ini dengan melaungkan perkataan “Hidup Rakyat” agar ianya bergema menggegar sanubari setiap ahli parlimen. Sudah tentu niat suci beliau dipandang serong, lalu kemudiannya diminta untuk meninggalkan dewan.
Saya menulis sepucuk surat kepada YB Tan Sri Speaker agar Sdr Nizar dan ahli parlimen lainnya dibenarkan hadir pada esok harinya;16 Jun 2009. Malangnya rayuan saya agar YB Speaker mempertimbangkan semula keputusannya diketepikan. Laungan tersebut haruslah dilihat mewakili suara hati rakyat Perak yang mahukan sebuah kerajaan yang sah serta terbukti mendapat mandat dari rakyat.
Pastinya esok media UMNO-BN akan memuatkan berita khusus menyerang watak serta peribadi sdr Nizar. Skrip usang dan wayang lama diputar kembali. Belumpun puas memintal fitnah jahat terhadap saya sosok lain pula akan menjadi mangsa.
Di saat saya mencoret catitan ini terukir sendirian senyuman sinis dibibir saya. Terdetik sebentar, Dato’ Sri Najib tidak pula dituduh sebagai pengkhianat negara apabila melawat Negara China yang diperintah berdasarkan ideologi komunis itu. Walhal negara tersebut merupakan penyokong kuat parti komunis Malaya. Selainkan menyediakan dana, Beijing merupakan destinasi latihan buat pimpinan parti komunis Malaya.
Malahan pendedahan Chin Peng di dalam memoirnya bahawa pihak polis negara terbabit membeli senjata pihak komunis seusainya Perjanjian Haadyai tidak pula disanggah sebagai satu tindakan mengkhianat. Laporan media yang berat sebelah nampaknya sudah menjadi amalan sesegelintir yang mahu terus mengampu umno bn. Haru biru dasar negara kita, diskriminasi bukan sahaja berlaku ketika mengagihkan kekayaan negara, ianya juga ketika menentukan dengan siapa kita harus berdendam.
ANWAR IBRAHIM

Monday, June 15, 2009

Selamat Datang Datuk Zaid


Setelah sekian lama membiarkan khalayak politik dalam keadaan berteka-teki akhirnya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mengisytiharkan diri menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari Sabtu lalu 13 Jun 2009, sempena Kongres Nasional Khas PKR.

Semoga dengan kedatangan Datuk Zaid ke dakapan PKR maka akan bertambah lagi kekuatan dan moral PKR dalam menghadapi rencah politik negara yang semakin mencabar akhir-akhir ini. SELAMAT DATANG DATUK ZAID!

Friday, June 12, 2009

PKR Setiawangsa Serah Cek MUES


PKR Bahagian Setiawangsa telah menyampaikan cek sumbangan di bawah Skim Mesra Usia Emas Selangor (MUES) kepada tiga orang waris kepada warga emas yang telah meninggal dunia pada satu majlis ringkas yang diadakan di Pasar Pagi Air Panas, Setapak pada 31 Mei lalu.

Cek bernilai RM2,500 telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Encik Ahmad Jufliz Faiza. Turut hadir, Naib Ketua Bahagian, Encik Steven dan Setiausaha Bahagian, Encik Tharnee.

Thursday, June 11, 2009

Kongres Khas PKR Akan Pinda Perlembagaan Parti

Parti KeADILan akan mengadakan Kongress tergempar minggu ini untuk melaksanakan beberapa perubahan yang dijangka akan menjadikan parti politik ini menjadi lebih demokratik. Antara usul-usul yang akan dibawa:

* Undian terus dari ahli biasa untuk memilih Presiden dan jawatan nasional yang lain (seperti undian presiden Amerika Syarikat)
* Menghadkan tempoh perkhidmatan Presiden parti kepada hanya 3 penggal (9 tahun)
* Menambahkan kerusi Naib Presiden dari 5 ke 7 kerusi
* Perlantikan Ketua Perhubungan Negeri harus mendapat persetujuan Ketua-Ketua Bahagian
* Membenarkan perlantikan (tidak melebihi 1/3 jumlah ahli mesyuarat tertinggi) untuk memastikan tiada satu kaum mendominasi majlis tertinggi
* Membenarkan kesemua Yang Berhormat PKR untuk hadir dan diberi kuasa undi dalam kesemua Mesyuarat Perhubungan Negeri dan MT
* Mengiakan dan Mengimarahkan lagi slogan Parti yakni “KEADILAN UNTUK SEMUA”

Dengan perubahan-perubahan di atas, KeADILan akan menjadi parti progressif ulung di negara dan proses demokrasi akan lebih menyerlah di dalam parti. Harapan saya adalah agar kesemua parti politik di dalam negara ini (terutamanya parti-parti di dalam BN) dapat mengkaji reformasi parti KeADILan dan ambil yang baik untuk men-demokratik-kan lagi parti masing-masing.

Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Pakatan Rakyat

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Wednesday, June 3, 2009

DR. Mansur Angkat Sumpah TKM1 Pulau Pinang


Dr Mansor Othman yang baru memenangi Pilihanraya Kecil Penanti pada 31 Mei lalu mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang di kediaman rasmi Sri Mutiara, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abas jam 9.45 pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan.

Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu.

Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam.

MUSIM RUNTUH

Belumpun reda dengan berita Jaya Supermarket di PJ runtuh, kita dikejutkan pula dengan satu lagi berita runtuh....kali ini Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Terengganu pula runtuh yang melibatkan kira-kira 60% daripada strukturnya.
Nampak gayanya sekarang ini musim runtuh-runtuh pula. Tapi sebenarnya apa yang kita tunggu-tunggu adalah bilakah agaknya BN/UMNO nak runtuh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...