Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan bahawa pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir Pulau Pinang akan berlangsung pada minggu pertama bulan puasa iaitu pada 25 Ogos 2009, sementara hari penamaan calun pula ditetapkan pada 17 Ogos 2009. bulan Ramadhan pada tahun ini dijangkan jatuh pada 21 Ogos 2009.
Pakatan Rakyat dijangka akan mengumumkan bakal calonnya pada hari Khamis ini bagi berhadapan dengan UMNO-BN yang telahpun mengumumkan pendirian mereka untuk meletakkan calon bagi kerusi tersebut.
Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.
Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.
No comments:
Post a Comment