anjung setiawangsa Headline Animator


Tuesday, August 11, 2009

YB Loke Buat Laporan Polis

YB Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) telah mengemukakan satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi menafikan segala tuduhan dan penipuan yang tidak berasas yang telah tersebar di beberapa laman blog dan SMS yang menyatakan bahawa beliau telah menghina Islam dan DYMM Sultan Perak.

Beliau ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa DAPSY mahupun beliau sendiri pernah membuat kenyataan yang menghina Islam ataupun institusi DiRaja. Perkara tersebut merupakan satu penipuan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjejaskan imej DAP dengan menggambarkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. YB Loke yang ditemani oleh ADUN Teratai Jenice Lee, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa orang penyokong telah hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sekitar jam 2 petang tadi bagi membuat laporan.

Berikut merupakan laporan polis beliau:

LAMPIRAN LAPORAN POLIS


Saya datang ke Balai Polis IPD Dang Wangi pada hari ini 10 Ogos 2009 untuk membuat satu repot polis untuk MENAFIKAN dengan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menulis beberapa artikel yang dikatakan menghina agama Islam dan DYMM Sultan Perak serta Raja Nazrin Shah. Dalam 2 hari ini, beberapa blog dalam internet dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis tulisan yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak.

Mereka mendakwa saya telah menulis artikel-artikel tersebut dalam sebuah laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut. Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk “Ridhuan Tee must apologize to Teoh Bneg Hock’s family” ke dalam blog tersebut. Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya. Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut.

Dalam blog yang sama, terdapat satu lagi artikel yang dikatakan saya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin yang didakwa oleh dua blog iaitu marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com. Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya TIDAK pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ini adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya.

Saya membuat laporan ini untuk menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan mengharapkan tuduhan yang palsu itu dapat diberhentikan.

Sekian laporan saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...