Mari kita baca Majalah keluaran Felda. Didalamnya dimuatkan mengenai tindakan peneroka-peneroka Felda mennyaman Felda.
Wah, wah, wah...ceritanya begini. Felda melakukan pembohongan diatas darat apabila dia menyatakan bahawa Peguam-Peguam Peneroka mengenakan bayaran RM5000.00 kepada setiap peneroka yang menyaman Felda.
Majalah itu menyatakan bahawa peguam-peguam itu menggunakan kereta mewah, dan tinggal di Hotel-Hotel 5 Bintang dan tersenyum didepan ATM.
Beginilah buruknya imej Peguam-Peguam itu yang digambarkan oleh Felda melalui Majalah keluarannya.
Dulu Tan Sri Dr Yusof Noor mengatakan bahawa setiap peneroka itu dikenakan RM500.00 tetapi kali ini dinaikkan angka itu 10 kali ganda dengan RM5,000.00.
Ketawa besar peneroka-peneroka Serting membaca artikel didalam Majalah Felda itu. Mereka kata samada Felda ini ditadbirkan oleh manusia yang paling bodoh didunia atau pembohong yang paling bodoh.
Peneroka-peneroka tidak membayar yuran guaman (legal fees) langsung, tetapi hanya membayar bayaran kos (disbursement) sebanyak RM50.00 seorang. Dari duit RM50.00 itulah digunakan untuk menghantar buah sawit ke Makmal untuk ujian KPG dari beberapa lot untuk mempastikan bahawa tuntutan yang dibuat berlandas kepada fakta sebenar, bukan hayalan mengikut emosi.
Dari disbursement itu juga untuk digunakan bagi perbelanjaan transport didalam pengurusan ini, dan dari disbursement yang kecil itu jugalah digunakan untuk menyiapkan dokumen, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, untuk hadir entah beberapa kali nanti di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. RM50.00!
Kita sekarang mahu Felda dedahkan pula berapakah jumlah Fee Guaman yang Felda bayar kepada Peguam Felda, dan kita juga mahu tahu bahawa jika Peguam Felda itu gagal menghadiri Mahkamah, apakah tindakan undang-undang yang Felda telah saman kepada Peguam yang gagal bertindak itu.
Kita mahu tahu jumlah bayaran guaman yang Felda telah bayar kepada Peguam yang gagal di Mahkamah Tinggi itu, dan berapa fee guaman yang Felda bayar kepada Peguamnya di Mahkamah Rayuan dan berapa pula bayaran guaman yang Felda telah bayar kepada Peguamnya di Mahkamah Persekutuan.
Felda telah melantik Peguam dari Firma Guaman yang besar dan established, maka menjadi kepentingan kepada Peneroka untuk bertanya jumlah Fee Guaman yang dibayar oleh Felda kepada Peguam-Peguamnya (termasuk yang dikatakan gagal itu) dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan dan Semakan di Mahkamah Persekutuan.
Sila jawab. Kerana pembohongan Felda mengatakan bahawa peguam-peguam Peneroka mengenakan perbelanjaan guaman sejumlah RM5000.00 itu, Insya Allah, peguam-peguam tersebut akan mengambil tindakan saman malu terhadap Felda.
No comments:
Post a Comment