Sila baca dan fahamkan. Setelah faham, adalah menjadi tanggungjawab setiap pembaca untuk membetulkan akidah warga emas yang terpedaya dengan permainan politik UMNO yang cuba menjatuhkan kerajaan serba prihatin LGE di Pulau Pinang.
Maklumat kebenaran ini tidak mampu disampaikan melalui media massa yang dikuasai kerajaan. Justeru itu, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menyebarkan kebenaran ini selain daripada para pembaca blog dan FB. Sebar-sebarkan, 'share' artikel ini kerana sharing is caring...
Klik untuk besarkan atau klik di sini untuk terus ke laman e-fatwa. Atau baca di bawah.
Salinan dari laman e-fatwa berkenaan tajuk : Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;2. Diserah kepada golongan fakir miskin; atau3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
No comments:
Post a Comment