anjung setiawangsa Headline Animator


Thursday, October 7, 2010

SIAPA RAHIMI?

Chegu Bard dan Sharpshooter
Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka.

Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.

Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar.

Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi langsung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.

Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.

Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?


Jawapan Sharpshooter - Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid.

Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????

Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri

Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'

Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.

Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12.

Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi.

Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...