anjung setiawangsa Headline Animator

Monday, January 11, 2010

ISU KALIMAH ALLAH : SIAPA POLITIKAN ISU INI?


Tuan Guru Hishamuddin Hussein meminta Pakatan Rakyat(PR) supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.
Tuan Guru itu berkata, tindakan PR mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ceramah pendidikan sempena program UMNO Juara Rakyat, di Hulu Selangor semalam. Kenyataan beliau disiarkan oleh media hari ini.
Saya hairan mengapa Hishamuddin meminta PR yang bertaubat sedangkan PR dari awal isu ini tercetus telah mencadangkan supaya ianya dibawa ke meja rundingan secara terbuka dan matang.
PR juga mengutuk sekeras-kerasnya insiden membakar dan menyerang gereja sejak ia mula berlaku. PR juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan demonstrasi di serata negara kerana sedangkan mahkamah telahpun menangguhkan keputusan membenarkan majalah Herald Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Sepatutnya Hishamuddin menasihatkan semua peserta demonstrasi tersebut membatalkan hasrat mereka untuk mengadakan demonstrasi sebaliknya Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri membiarkan demonstrasi tersebut berjalan tanpa sebarang nasihat supaya ianya dihentikan.
PAS ternyata berani membuat keputusan dan penegasan tentang penggunaan kalimah Allah walaupun keputusan PAS itu sudah tentu tidak popular dikalangan orang Islam. PAS berani membuat keputusan tempohari walaupun kemungkinan hilang sokongan orang Melayu. Ternyata PAS sanggup mengambil langkah yang tidak popular kerana BERANI KERANA BENAR.

Jika benar PAS ingin mempolitikkan isu ini sudah tentu PAS akan berpendirian sama dengan Umno dan pihak yang mengadakan demonstrasi. Malah PAS sudah tentu akan menjadi penganjur demonstrasi tersebut jika benar PAS mahu mendapat sokongan orang Melayu.

Jadi terbukti siapa yang mempolitikkan isu ini.

Bagi PAS walau dalam keadaan apa sekalipun (walaupun hilang sokongan orang Melayu), PAS tetapi konsisten dengan hukum Islam dan pandangan Islam dalam isu kalimah Allah ini.



dari blog Mutaligat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...