"Kalau betul-betul mereka nak bina kampus UiTM di Selangor, mintalah dari kerajaan negeri, kenapa pula dengan YBK, kerajaan negeri boleh kasi tanah, mungkin free saja kita bagi," tegas Menteri Besar Selangor ketika menyampaikan ceramah "Forum Rakyat" di Dewan Serbaguna, Taman Desa Baiduri malam tadi (21 Januari 2010).
Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan oleh puak-puak UMNO ketika ini yang mendakwa Tan Sri Khalid memaksa YBK melantik beliau sebagai Pengerusi, beliau menegaskan kerajaan negeri perlu mengambil tahu soal tanah yang begitu luas, iaitu kira-kira 1,300 ekar yang dianugerahkan kepada YBK.
"Sekarang ini tanah tersebut bernilai kira-kira RM500 juta....kerajaan negeri perlu mengambil tahu bagaimana tanah yang bernilai begitu tinggi dimanfaatkan," kata beliau lagi.
Tan Sri Khalid turut mempertikaikan tindakan SPRM yang begitu pantas dan cekap dalam kes-kes yang melibatkan negeri-negeri Pakatan Rakya, sebaliknya tidak terdengar lagi sebarang tindakan yang diambil terhadap kes-kes yang dibangkitkan terhadap UMNO.
"Kes BALKIS yang melibatkan RM9 juta, kes PKFZ yang melibatkan berbilion ringgit dan sebagainya sampai sekarang tak terdengar lagi SPRM bertindak, ini kes RM3,000 sepantas kilat mereka bertindak," tegas beliau dengan sinis.
No comments:
Post a Comment