anjung setiawangsa Headline Animator


Friday, January 15, 2010

MB Kesal YBK Sekadar Dedah Laporan Aktiviti

Laporan yang dipaparkan di laman sesawang Yayasan Basmi Kemiskinan bukanlah laporan kewangan tahunan seperti yang didakwa Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, dalam satu akhbar tempatan hari ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan yang dipertonton ke tatapan awam itu hanyalah aktiviti tahunan pertubuhan itu, dan bukan butiran yang memperincikan kepenggunaan sumber yang diberikan kerajaan negeri kepada YBK.

“Jadi pada saya bukan saya tidak katakan YBK ini ada program dan projek, tapi yang saya katakan belum ada laporan kewangan perakaunan tahunan untuk YBK, itu yang paling penting, sebab dalam tatacara pengurusan terbaik, dia juga mesti ada perakaunan bukan sahaja aktiviti”, jelas Tan Sri Khalid.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengambil langkah segera bagi menyelesaikan kebuntuan di pihak yayasan.

“Kerajaan negeri tak payah minta, akan membuat beberapa kajian dari awal penubuhannya, apa aktiviti yang diberikan peruntukan oleh kerajaan negeri, dan berapa duit dari kerajaan negeri semua itu akan kita lakukan sebelum akhir bulan ini”, tegasnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...