anjung setiawangsa Headline Animator


Friday, January 15, 2010

Persidangan Al Quds: Kezaliman Ditentang, Keadilan Ditegakkan

Beberapa hari kebelakangan ini saya menumpukan segenap perhatian terhadap persidangan yang dianjurkan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam. Pelbagai aturcara seperti mesyuarat, pertemuan dan perbincangan perlu dipenuhi. Minat para ulama, sarjana dan aktivis Islam terhadap perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia juga memberi peluang kepada saya untuk menerangkan beberapa kontroversi serta isu yang timbul.

Hari ini saya, Azizah dan Ustaz Abdul Hadi Awang menghadiri majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Al Quds anjuran Yayasan Al Quds Antarabangsa. Ucapan pembukaan diberikan ulama terkemuka Syeikh Yusuf al Qaradawi yang menekankan kepentingan untuk umat Islam, Kristian dan Judaika bekerjasama kerana mereka kini tinggal dalam satu negara dan mempunyai akar peradaban yang sama.
Syeikh Yusuf juga menggesa negara umat Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri. Alangkah ruginya umat akibat dari pertelingkahan tersebut. Beliau juga mengecam sebarang kekasaran terhadap mereka yang beribadah di dalam masjid. Syeikh Yusuf turut menyentuh keutamaan Jerusalam ataupun Baitul Muqaddis kepada ketiga-tiga agama samawi; Islam, Kristian dan Judaika.
Oleh itu usaha mempertahankan masjid al aqsa adalah satu tindakan, yang bukan sahaja mempertahankan rumah Allah dari terus dinodai regim Israel, akan tetapi, juga merupakan satu tindakan mempertahankan kemuliaan Jerusalem, hak penganut agama Kristian, Judaika dan menentang kezaliman Israel terhadap Palestin. Keperluan menggembeling tenaga rakyat dan meningkatkan keperihatinan, serta memperkukuh keimanan, iltizam demi menegakkan kebenaran dan keadilan tidak boleh diabaikan lagi.
ANWAR IBRAHIM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...