anjung setiawangsa Headline Animator


Wednesday, December 30, 2009

SPRM Jangan Guna Alasan Lama - Ketua AMK

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menggunakan alasan lapuk bagi mengelak melaksanakan tanggungjawabnya berhubung kes penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

SPRM hari ini dipetik berkata Bala perlu tampil memberi kenyataan kepada badan itu berhubung dakwaan pembabitan kerabat keluarga Perdana Menteri Najib Razak berhubung kes Altantuya Sharibuu.

Kenyataan itu mengejutkan kerana Bala sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPRM. Beliau hanya meletakkan syarat mahukan soal siasat itu dijalankan di luar negara kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia.

“Saya mendesak SPRM jangan berhelah dan menggunakan tektik yang lama. Iaitu mengalih tumpuan dengan memberikan alasan-alasan yang kosong dan tidak munasabah”.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor sebagai respon daripada kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.

Bala sebelum ini membuat kenyataan kepada peguamnya bahawa beliau disogok wang dan diugut oleh adik Najib dan kenalan rapat isteri Perdana Menteri supaya menafikan sebarang hubungan antara Altantuya dan Najib.

Bala adalah penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda pada tahun 2006 untuk membayangi Altantuya ketika warga Mongolia itu berada di Malaysia.

Razak, kenalan rapat Najib, dituduh bersubahat dengan dua pegawai polis membunuh Altantuya. Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah.

Menurut Shamsul, SPRM tidak perlu mencipta pelbagai alasan bagi melengahkan kes tersebut sedang SPRM telah menerima surat daripada peguam Bala, Americk Sidhu.

“Sepanjang pengetahuan saya, Americk Sidhu telah pun menulis surat bahawa beliau sedia membawa Bala dan sepatutnya perkara ini menuntut satu jawapan daripada SPRM. Dan bukannya komen sebegitu” tambahnya lagi.

Shamsul kesal kerana SPRM tidak mahu berdepan dengan Bala atau menyiasat dakwaannya terhadap pembabitan isteri Perdana Menteri Nazeem Razak dan penjual permaidani Deepak Jaikishnan.

“Malah saya pertikai mengapa sehingga sekarang, saksi-saksi seperti Deepak, seperti Nazeem Razak dan Rosmah Mansor, kalau boleh kita gunakan kerana dalam CD tersebut namanya disebut, tetapi tidak dipanggil”.

Bala sebelum ini mendakwa beliau ditawarkan rasuah 5 juta ringgit dan diugut meninggalkan Malaysia selain menafikan Perdana menteri mempunyai sebarang hubungan dengan Perdana Menteri yang ketika itu menteri pertahanan.

UMNO Dibelenggu 3L : Lagak, Laga & Leka - Zainal Kling

UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’ iaitu Lagak, Laga dan Leka.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Zainal Kling (gambar) berkata, wabak yang menyelubungi parti itu dilihat faktor utama UMNO sukar mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Katanya, sikap ‘lagak’ dalam kalangan pemimpin UMNO/BN membuatkan parti itu tidak lagi dapat menyelami hati nurani rakyat apatah lagi memahami denyutan hati mereka.

“Mereka ini dilihat kurang mendampingi serta mendekati masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi di kawasan mereka. Malah, mereka dilihat ‘kurang cerdik’ dan tidak unggul untuk menghadapi cabaran dalam pemimpin PR,” katanya.

Zainal berkata, sikap pemimpin UMNO Selangor yang sering bertelagah dan menuding jari antara satu sama lain membolehkan pemimpin PR mengeksploitasi keadaan tersebut dengan sebaik mungkin.

“Perasaan leka yang menyatakan mereka tidak pernah kalah dan tidak akan kalah boleh menyebabkan mereka ini seolah-olah tidak sedar situasi sebenar yang berlaku sekarang,” katanya.

Menurutnya, UMNO diingatkan supaya menangani sindrom segera.

Ditanya sama ada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo masih relevan untuk menerajui kepimpinan UMNO Selangor jika parti itu berjaya menawan semula Selangor, Zainal berkata, Dr Khir perlu ‘membersihkan’ dirinya daripada pandangan negatif sebelum berbuat demikian.

“Malah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar belum tentu dapat kerana beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Selangor,” katanya. -SH

Tuesday, December 22, 2009

Enjin jet dan C4: Menteri Pertahanan mesti ambil tanggungjawab


KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemimpin Umno yang menjadi Menteri Pertahanan ketika berlakunya kehilangan enjin jet Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku bukan membuat penafian begitu sahaja.

Pemimpin berkenaan juga perlu bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan peledak C4 oleh dua anggota polis ketika meletupkan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, sehingga hancur berkecai kerana ia biasanya digunakan tentera bukannya polis.

Demikian kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali(Gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Sebagai menteri beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kedua-dua kejadian ini, beliau mesti menjawab secara rasmi, dengan kenyataan bertulis dan disertakan dengan sokongan-sokongan bukan hanya melalui penafian dan sumpah semata-mata," kata Dr Lo' Lo'.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua peristiwa penting ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa yang begitu jelas dan menimbulkan tanda tanya.

Dr Lo' Lo' dipercayai mengulas peristiwa kehilangan sebuah enjin jet pejuang F-5E milik TUDM yang berharga lebih RM50 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan tidak berniat untuk menutup hal itu.

Beliau berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan telah membuat laporan polis sebaik sahaja perkara itu diketahui hujung tahun lepas.

Ketika peristiwa kehilangan enjin jet itu berlaku, Menteri Pertahanan adalah Najib sendiri.

Dari Harakah

SEBUAH LAGI ENJIN PESAWAT F-5E LESAP!


KUALA LUMPUR: Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai lesap ketika dibawa ke stor simpanan sementara di Pangkalan Udara Kuala Lumpur Sungai Besi.

Kali ini, ia dikatakan diseludup ke Eropah.

Kehilangan enjin GE J85-21A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth itu dipercayai didalangi individu sama yang didakwa terbabit kehilangan enjin pertama.

Menurut sumber, ia dipercayai hilang kira-kira lima bulan selepas enjin pertama lesap ketika menunggu untuk diselenggarakan kontraktor dilantik, kira-kira dua tahun lalu.


Difahamkan, enjin terbabit tidak tiba ke destinasi untuk penyelenggaraan ketika dibawa dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit.

“Kehilangan enjin kali kedua ini dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan anggota TUDM dan petugas syarikat penyelenggaraan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara terpaksa menghantar semula fail siasatan kes terbabit kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, atas siasatan belum lengkap dan ia disahkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Media Sabtu lalu melaporkan kehilangan enjin pesawat tempur terbabit bersama dokumen mengandungi butiran penyelenggaraan serta tahun perkhidmatan enjin dari simpanannya di Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin, ketika ditemui Jumaat lalu, mengesahkan kehilangan enjin pesawat tempur itu angkara orang dalam dan dipercayai dibantu individu tertentu untuk diseludup bagi pasaran luar negara.

Azizan dipetik sebagai berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandang perkara itu sebagai kes berprofil tinggi dan sedia bekerjasama dengan polis dan agensi kerajaan lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu menyelesaikannya.

Berikutan, katanya, ATM dan TUDM kini mengetatkan proses dokumentasi terhadap semua aset strategik miliknya berkuat kuasa serta-merta, selain menubuhkan jawatankuasa audit dalaman bagi mengesan kes penyelewengan lain.

Difahamkan, hasil siasatan dalaman seorang pegawai kanan berpangkat Brigedier Jeneral serta 20 lagi pegawai dan anggota dikenakan tindakan bersara awal.

TUDM mula menggunakan pesawat tempur buatan Amerika Syarikat itu pada 1974 tetapi hanya enam unit masih digunakan ketika ini, masing-masing model RF-5E dan F-5E yang berpangkalan di Butterworth.

Jet pejuang berusia lebih 30 tahun itu digantung perkhidmatan beberapa tahun lalu berikutan cadangan kerajaan menggantikan pesawat tempur jenis baru

sumber disini

UMNO RAKUS - PEMUDA GERAKAN PP


GEORGETOWN- UMNO Pulau Pinang diminta mengundur diri daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Gerakan yang telah lama menjalankan amanah rakyat di negeri ini

Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana UMNO dan Gerakan adalah pengasas kepada BN negeri yang sudah lama bekerjasama dalam memastikan tanggungjawab kepada rakyat dijalankan dengan baik.

“Tindakan UMNO (meminta jawatan Pengerusi BN negeri diserah kepada parti itu) dianggap keterlaluan, boleh menjejaskan hubungan baik yang sudah lama terjalin. Di mana hilangnya semangat setiakawan kita?,” katanya.

Kalau tidak berpuas hati sangat dengan apa yang dilakukan oleh Gerakan, undur diri. Jangan salahkan orang lain yang dianggap tiada kredibiliti untuk mentadbir,” katanya.

Menurutnya, tindakan UMNO menuntut jawatan Pengerusi BN negeri adalah satu tindakan yang rakus.

“Jika perkara ini diusulkan kepada parti komponen lain, saya rasa parti komponen lain pun akan setuju dengan cadangan saya ini supaya UMNO undur diri daripada BN Pulau Pinang.

“Pada saya, tindakan UMNO tidak menghormati parti-parti komponen lain dan ia boleh dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ bagi BN Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, apa yang dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ itu merujuk kepada sikap kerakusan sesetengah pemimpin di dalam UMNO negeri itu.

“Parti Gerakan adalah parti yang menjalankan amanah rakyat, jadi apa yang masih tidak kena dengan parti ini? Sebab itu, saya kata, UMNO rakus dalam mengejar jawatan.

“Kita(Gerakan) tiada masalah dengan mana-mana parti komponen lain termasuk UMNO malah kita mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Pemuda BN negeri, jadi di sini sudah boleh nampak, siapa yang bermasalah sebenarnya,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jawatan itu wajar diserahkan kepada UMNO berikutan parti komponen BN lain tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum lalu, Khoon Leng menyifatkan itu alasan yang ‘tidak masuk akal’.

“Itu bukan alasan. Kalau nak ikutkan, parti komponen hilang kerusi adalah kerana tindakan UMNO sebelum ini yang tidak disukai oleh rakyatantaranya kenyataan-kenyataan yang dibuat UMNO yang bersifat perkauman selain sikap kerakusan mereka sendiri.

“Parti Gerakan sudah lama buat kerja dari akar umbi. Jadi saya fikir, UMNO perlu ‘tepuk dada tanya selera’ dan apa yang paling dikesali, tindakan mereka seolah-olah tidak menghormati keputusan Perdana Menteriselaku Pengerusi Barisan Nasional,” katanya.

Sebelum ini, Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memutuskan untuk menuntut jawatan Pengerusi BN negeri diserahkan kepada parti itu ekoran parti komponen BN lain di negeri itu tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum lalu

Monday, December 21, 2009

Mustapa Mohamad Anti-Kelantan? - Husam

 Datuk Mustafa Muhammad seakan bukan anak Kelantan. Sejak hari pertama tuntutan minyak berbangkit, jalur yang diambil oleh beliau ialah cuba menidakkannya.

Belum pun jelas duduk perkara, beliau antara yang pertama membuat kenyataan: di peraiaran Kelantan, petroleum tidak ada. Tak lama, beralih kepada bertindeh dengan orang lain. Kemudian, hanya layak wang ehsan. Sekarang, seperti dilaporkan oleh Utusan Online petang ini, tidak mudah untuk Petronas nak kira jumlah bahagian Kelantan.

Sebagai Menteri Pusat anak Kelantan, dengan maklumat lebih terbuka sebagai Menteri, beliau sepatutnya yang pertama bersuara Kelantan terhak kepada apa jua nama bayaran bagi pengeluaran petroleum di perairan negeri ini. Itu tidak terjadi.

Mungkin hasrat hatinya kekayaan bumi Kelantan biar tertutup begitu sahaja. Terlalu terang hasrat hatinya untuk menyukarkan keadaan, bukan memudahkannya.

Hari ini beliau bercakap lagi mengenai Kelantan hanya layak untuk wang ehsan. Kelantan juga kata beliau, tidak layak untuk pengeuaran di kawasan JDA. Penggunaan wang ehsan nanti pula seratus peratus budi bicara Kerajaan Pusat.

Tengku Razaleigh yang juga ahli UMNO dan datang dari Kelantan, berbeza sekali sikapnya dengan Mustafa. Sama parti sama negeri, kenapa ada dua pandangan berbeza?

Pandangan siapa lebih betul? Datuk Mustafa yang kini menguruskan AP yang boleh membawa kekayaan segera kepada sesiapa yang mendapatnya atau Ku Li yang turut menjadi arkitek pembangunan petroleum pertama negara kita?

Mengapa tidak Datuk Mustafa memanggil sidang Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk menetapkan pendirian bersama UMNO Kelantan? Jemput bersama Ku Li sebagai Ketua UMNO Gua Musang untuk memberikan pandangannya.

Kenapa tidak diambil pendekatan pro rakyat Kelantan dan bukan pro penindasan dan buli yang telah menjadi trade mark UMNO sekian lama?

Ini abad 21. Abad maklumat dan abad pemikiran kritikal.

Datuk Mustafa masih dengan sikap lama yang tidak produktif.

Tanya dulu berapa medan gas atau minyak yang wujud di perairan Kelantan.

Jika PM menyebut Kelantan akan mendapat wang ehsan dari medan Bumi Selatan di Parlimen baru-baru ini, Bumi Selatan merujuk kepada konsesi CS Mutiara meliputi;

Bunga Kamelia dijumpai pada November 2003
Bunga Zetung dijumpai pada Julai 2004
Bunga Angerik dijumpai pada November 2004
Bumi Selatan dijumpai pada Februari 2005
Bunga Kesumba dijumpai pada Februari 2005

Ia bukan secupak dua cupak. Berapa reservenya, biarlah Menteri seperti Datuk Mustafa mengumumkannya tetapi jangan pula ingat orang lain tak tahu.

Di kiri dan kanan konsensi CS Mutiara ini ada pula medan seperti Bergading, Ular, Gajah, Bunga Dahlia, Bunga Melati dan Damar.

Reserve Bergading sahaja rasanya melebihi 120 juta tong. Damar pula hanya 68 batu dari pantai Negeri Datuk Mustafa.

Sebagai Menteri Pusat tak terasakah di hati Datuk Mustafa bagi berusaha mendaratkan gas dan condesate ini ke negeri sendiri?

Dengan satu pipe line utama, medan-medan ini boleh dihubungkan dengan pipe line cabang dan dengan jarak yang begitu hampir, ia boleh didaratkan di Kelantan sendiri. Jika itu berlaku, satu katalis besar untuk ekonomi Kelantan.

Jika dikatakan bertindeh menghilangkan kelayakan royalti, mengapa untuk kawasan CAA yang bertindeh antara Vietnam dan Terengganu, Terengganu dibayar royalti?

JIka selama ini Terengganu layak, kenapa Kelantan yang turut bertindeh dengan Vietnam di bahagian utara CAA tidak berhak menerimanya? Sekurang-kurang bagi Medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid, Kerajaan Pusat terhutang kepada Kelantan beratus juta. Difahamkan Kerajaan Pusat telah menerima USD 700 juta dari kawasan ini selama ini.

Begitu juga dengan kawasan JDA. Ia berada dalam perairan Kelantan dan Akta JDA 1990 langsung tidak menidakkan kawasan itu berada dalam perairan Kelantan lama sebelum Kelantan menyertai Malaysia. Tidak juga Akta itu menjadikan kawasan ini wilayah eksklusif yang terkeluar dari kedaulatan negara kita. JDA hanya satu corporation yang diberi kuasa untuk mengolah pengeluaran petroleum secara bersama dengan Thailand dan bertanggunjawab membayar royalti seperti tercatat dalam Akta itu.

Hanya niat buruk untuk mempastikan Kelantan terus miskin sahaja alasan sebenar penafian ini. Difahamkan, bagi kawasan JDA, MTJDA telah menghulurkan USD 200 juta sebagai royalti kepada Kerajan Pusat. Untuk tahun 2010, ia meningkat kepada RM 800 juta. Mana bahagian Kelantan?

Bagi medan Bintang yang bertindeh antara Kelantan dan Terengganu, sudah tentu Kelantan juga layak terhadap sebahagian royaltinya. Difahamkan Petronas telah membayar RM 10 billion sebagai royalti kepada Kerajaan Persekutuan bagi medan ini. Jika Kelantan dibayar tunggakan satu pertiga sahaja dari medan Bintang, ia sudah berjumlah RM 3.3 billion!

Tiba masanya untuk Kerajaan Pusat lebih telus dan lebih bersemangat kekeluargaan. Selain adil, saksama dan bersetia dengan perjanjian.

Bukan sahaja Allah tidak sukakan perjanjian diengkari, tetapi juga makhluk yang bermaruah tidak dapat menerimanya.

Mengapa tidak Datuk Mustafa menjadi hero rakyat Kelantan dengan memulakan perbincangan dan perundingan dengan Kerajaan Negeri?

Kemudian, memberikan hak kepada yang berhak, apa lagi untuk negeri tumpah darah beliau juga. -Husam Musa

Tuntut kerusi YDP MAIPP dan Pengerusi BN P. Pinang, UMNO makin kurang ajar ?

Semakin kurang ajarnya Zahid dan UMNO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah pakatan Rakyat. Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapkah Zahid yang memandai untuk "berkokok" dalam masalah ini.

Tuntuan ini bagi saya tidak lebih dari membuka pekung didada dan melahirkan hasrat jahat UMNO Pulau Pinang yang semestinya mesti ditolak secara total di Pulau Pinang di masa akan datang.

Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Selamat bersara Shabudin dari jawatan itu dan saya yakin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan memperkenankan cadangan yang di kemukakan oleh Kerajaan Negeri yang sah dari Pakatan, bukanya mendengar nasihat dari pembangkang di Pulai Pinang yang cukup kurang ajar !



oleh drs. khalil idham lim

Konvensyen Berjaya, Muafakat Dijalin!



Alhamdulillah Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama berlangsung dengan jayanya. Pendokong Pakatan Rakyat, dari ketiga-tiga komponen berduyun-duyun hadir semenjak dari pagi lagi demi untuk menyaksikan sendiri hari bersejarah ini. Mereka sedar belum pernah ada, suatu peristiwa yang begitu bermakna ditunjangi hasrat dan cita-cita luhur; agar terlaksana Perubahan, demi kesejahteraan rakyat sekaligus melonjakkan kembali Malaysia di persada.
Hari ini juga satu dokumen penting yang dikenali sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat dilancar dan diedarkan kepada umum. Bersemangat sekali mereka meneliti dan menyelak helaian demi helaian kerana rakyat sedar, kesungguhan ketiga-tiga parti mencari titik persamaan, mengolah agenda dan merangka dasar, yang bukan sahaja menggugat pimpinan umno-barisan nasional, namun juga didasari keikhlasan mengembalikan negara ke landasan sebenar. Dokumen ini merangkul bersamanya Semangat Perlembagaan Persekutuan dan Pemahsyuran Kemerdekaan. Ianya merupakan kesaksian serta bukti kepada tekad Pakatan Rakyat untuk memerdekakan rakyat dari kebobrokan dan memastikan Keadilan untuk semua.
Pada sebelam malamnya pula, kehadiran ulama tersohor, Syeikh Yusuf al Qaradawi disambut kira-kira 4,000 hadirin yang memenuhi ruang solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk mendengar syarahannya. Dr Yusuf yang tiba kira-kira jam 7 petang, kemudiannya mengimamkan solat maghrib. Ilmuan Islam asal Mesir itu mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan “orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam.” Saya malahan terharu apabila beliau menyebut nama saya, ditambah dengan perkataan “al-muftara alaih” – yang sedang difitnah. Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini “lebih dahsyat daripada zaman silam”. Allah mendedahkan kejelikan mereka kerana menjatuhkan martabat orang lain. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik. “Mereka menuduh tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta,” katanya.
ANWAR IBRAHIM

Konvensyen Kecam Politik Perkauman Sempit UMNO BN


Ketiga-tiga orang pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Rakyat menjadikan politik perkauman sempit sebagai sasaran serangan dalam ucapan perdana, ketika merasmikan Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam, hari ini.

PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, selama ini dihujani dengan tuduhan "pengkhianat bangsa" daripada musuh politiknya, Barisan Nasional yang didominasi UMNO. Dasar Ekonomi Baru, institusi Raja, Negara Islam antara isu yang digunakan untuk menyerang pakatan politik yang terbentuk selepas tsunami politik 8 Mac 2008.

Hadi Awang: Rakan kita bukan pendatang

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengaku kenyataan bahawa Malaysia dibentuk di atas masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada, sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang, bukan penduduk asal," katanya sambil disambung tepukan daripada perwakilan, "...kerana kita semua tidak berasa asing di sini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara."

Malah, Abdul Hadi Awang menyusul dengan pengalamannya yang singgah di lapangan kapal terbang luar negeri, ketika menziarahi Anwar Ibrahim yang menjalani pembedahan di Munich.

"Kami nak sembahyang, tak tahu kiblat, tak tahu timur barat. Saudara Gobalakrishnan pergi tanya mana kiblat," katanya menggelakkan satu dewan, sebelum menyambung dengan "walaupun dia tak sembahyang".

Guan Eng: Anak Malaysia berhak menikmati keadilan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga menzahirkan rasa terharunya ketika mengungkit pengalamannya dipenjarakan kerana membantu sebuah keluarga Melayu lebih 10 tahun yang lalu. Beliau berkata, "saya dinasihatkan, 'mengapa buat macam ni? You bantu keluarga Melayu dapat apa? Hilang semua (kehilangan segala-galanya) orang Melayu pun tak akan mengenang budi.'"

"Itu 10 tahun lepas. Bila hanya seorang dua yang memperjuangkan ke-Malaysia-an. Saya masih ingat pada masa itu, saya jawab, kalau kita anak Malaysia, semua anak Malaysia berhak untuk menikmati keadilan dan keluhuran undang-undang," kata-katanya menerima tepukan daripada perwakilan.

Beliau menyambung, "Masa itu saya seorang dua memperjuangkan konsep berbilang kaum ke-Malaysia-an. Sebelas, dua belas tahun kemudian, saya amat terharu. Sekarang bukan sekadar seorang dua, tapi kita boleh lihat beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu, beratus-ratus ribu malah berjuta-juta menyokong konsep ke-Malaysia-an."

Anwar Ibrahim: Lawan perkauman dengan keadilan

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pula memetik pemimpin gerakan kaum berkulit hitam di Amerika Syarikat, Martin Luther King, "A nation where its people will not be measured by the color of their skin but by the content of thier character" untuk menyeru agar rakyat keluar dari kepompong perkauman yang dibikin oleh ahli-ahli politik yang berfikiran kecil dan sempit, setelah 50 tahun merdeka.

"Maka yang mendasari segala dasar dan kebijakan yang kita bentangkan hari ini adalah prinsip moral sejagat. Ini bukan gimik politik. Kita yakin perjuangan yang tidak dipandu oleh prinsip moral sejagat akan menemui jalan buntu, tidak akan membawa keadilan dan kesejahteraan untuk semua," sambungnya.

Anwar menegaskan, "kita berpegang kepada prinsip moral kerana rakyat mahu ahli-ahli politik meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud. Inilah falsafah kebangsaan yang kita maksudkan, satu kebangsaan yang inklusif, adil, tanpa diskriminasi."

Malah, beliau memetik ayat Surah al Hujurat ayat 13, untuk menyeru agar rakyat keluar dari belenggu perkauman sempit.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

"Prinsip karamah insaniah dan litaarafu inilah yang menggembeling keyakinan baru di kalangan umat Melayu dan bumiputera untuk membanteras sikap perkauman dan membantah sebarang dasar yang meminggirkan golongan lain atas pertimbangan ras," katanya.

"Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu. Kepada kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan Melayu, ingin saya jelaskan di sini perkauman sempit tidak boleh ditewaskan dengan perjuangan serta tuntutan perkauman sempit juga."

Beliau mengingatkan, "Jika ini berlaku, maka tidak akan ada kemajuan dalam perjuangan melawan perkauman. Perjuangan melawan perkauman hanya akan berjaya jika didorong oleh keadilan sejagat dan kesederhanaan sikap."

"Dengan muafakat yang kita perolehi, bangsa Malaysia boleh bergerak ke hadapan mengharungi abad ke-21 dengan penuh keyakinan, bangsa Melayu punyai keyakinan, bangsa Cina perolehi keyakinan, bangsa India perolehi keyakinan, bangsa Iban perolehi keyakinan dan bangsa Kadazan perolehi keyakinan. Kita tidak membina satu muafakat dengan rasa ketakutan atau rasa tidak selamat," tambah beliau.

UMNO Pengkhianat - TuanGuru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS TuanGuru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah turut serta di Konvensyen Pakatan Rakyat dan ketibaannya mendapat tepukan gemuruh daripada 1,500 perwakilan yang hadir.

"Saya orang yang menyokong kuat satu masa dulu dalam gabungan dengan umno dulu, sebagai orang Melayu Islam saya ada perasaan itu, tapi umno khianat," demikian antara ucapan Nik Aziz.

"Rampasan kuasa di Perak, cara Islam pun tak betul, cara demokrasi pun jauh sekali, maka betapa jijiknya UMNO," tambahnya.

"Saya jadi MB kelantan semua rakyat, Melayu, Cina, India adalah rakyat saya. Berapa kali saya pergi kuil dan tokong dan mereka datang cari saya.

Saya tengok dengan mata saya sendiri terasa serupa dengan berada dalam dunia baru sesuai dengan ilmu dan pengajian saya." katanya sebelum mengakhiri ucapannya.

Menyentuh tentang Karpal Singh, Nik Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz... apa salahnya... saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Wednesday, December 16, 2009

TIMBALAN PRESIDEN PKR ANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan ijazah doktor falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas.

Ketika ditemui Bernama selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak

Monday, December 14, 2009

M'sia negara 'sumpahan minyak' - Ku Li

Dari Malaysiakini

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kiraRM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.


Friday, December 11, 2009

CERAMAH MAAL HIJRAH "PENGHIJRAHAN DEMI RAKYAT"



CERAMAH MAAL HIJRAH
''PENGHIJRAHAN DEMI RAKYAT''

Tarikh/Hari: 17 Disember 2009/Khamis
Masa: 8.30pm
Tempat: Taman Batu Muda (Bersebelahan Masjid Saidina Hamzah)

Penceramah:
YB. Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)
YB. Dato' Johari Abdul (Ahli Parlimen Sg.Petani)
YB. S. Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar)
YB. Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang)
Sdr. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia)

Moderator: Sdr. Rozan Azen Mat Rasip (Ketua AMK Cabang Batu)

Anjuran: Angkatan Muda Keadilan Cabang Batu

Kenyataan YB Nga Kor Ming Di Putar-Belit Media Perdana - Zulkefli Nordin

Salam 2 all.

Saya telah membaca lapuran berkaitan kenyataan YB Ngar Kor Ming (DAP-Taiping) yang didakwa mempertikai peruntukkan yang diberikan untuk pembinaan 611 buah masjid-masjid di Malaysia bagi tempoh daripada 2000-2008.

Saya dapati kenyataan beliau tidak saperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar.

Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah 'ibadah bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid.

Pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.

Beliau sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam saperti sekolah agama dan masjid.

Malahan YB Ngar Kor Ming dan lain-lain pemimpin DAP menyedari dan menginsafi bahawa hak umat Islam menurut Perlembagaan Persekutuan adalah dijamin dan mesti dihormati.

Bagi maksud itulah suatu kerangka kerjasama dan persefahaman Pakatan Rakyat telah diisytiharkan dan ditandatangani oleh YB Dato Seri Anwar, YB Dato Seri Hj Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang yang terang-terang menyebut bahawa kesemua komponen Pakatan Rakyat menghormati hak dan keistimewaan umat Islam saperti yang diperuntukkan dibawah Perlembagaan.

Saya percaya kenyataan YB Nga telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu untuk agenda politik sempit bersifat chauvinistik perkauman.

Malahan kita sebagai umat Islam sepatutnya menghormati hak penganut agama lain untuk rumah 'ibadat mereka. Saya tidak nampak dimana salahnya mereka meminta sedikit bantuan untuk pembinaan rumah 'ibadat mereka.

Dibawah konsep daulah Islamiyyah, kita akan mera'ikan dan menghormati keperluan dan kebajikan golongan kafir dhimmi.

Ianya berbeza kalau DAP mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan dan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diberikan dibawah Perlembagaan. Kalau itu berlaku, maka mereka akan termasuk golongan harbi. Dan kalau itu berlaku, saya akan menjadi orang pertama mengutuk mereka sekeras-kerasnya tanpa sebarang keraguan. Dan sudah pasti saya akan ambil tindakan lebih jelas terhadap mereka.

Tetapi bukan itu apa yang berlaku dalam kes ini. YB Nga cuma meminta bantuan dan peruntukkan bagi pembinaan rumah 'ibadat bukan Islam. Beliau tidak mempertikaikan hak umat Islam membina masjid!

Walaupun tidak menjadi tanggungjawab Kerajaan menurut Perlembagaan dan undang-undang negara, namun kalau kita ada lebihan peruntukkan apa salahnya membantu mereka. Selagi pembinaannya tidak menganggu umat Islam saperti apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, saya kira kita patut pertimbangkan. Kalau ada kita bagi sedikit bantuan, kalau tidak ada kita kata sahaja tidak ada..habis cerita.

Cuba bandingkan itu dengan tindakan orang Melayu sendiri yang menjual tanah rezab Masjid kepada syarikat bukan Islam saperti yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Wilayah di Sri Hartamas, Danau Kota dan lain-lain!

Cuba bandingkan dengan sikap orang melayu yang menarik balik peruntukkan Sekolah Agama Rakyat sehingga menyebabkan banyak SAR yang hari ini lumpoh, lesu dan ada yang terus hilang ghaibul ghuyub!

Bagaimana pula dengan perangai orang melayu yang mematikan institusi masjid dan mimbar dengan menyekat aktiviti 'ilmu dan da'wah di surau dan masjid?

Bagaimana pula sikap kita orang melayu dengan kenyataan yang dibuat oleh Parti Gerakan dalam konvensyen PGRM di Ipoh pada 08 Dis lepas yang mempertikaikan usaha kita untuk memartabatkan Islam, malahan mendesak supaya negara ini mengamalkan 'amalan sekular yang sebenarnya!

Kita tidak lupa inilah parti yang sama yang menyatakan orang Melayu adalah pendatang dalam negerinya sendiri! Dan saya tidak lihat akhbar atau pemimpin melayu mengkritik Parti Gerakan, atau mengambil tindakan tegas terhadap PGRM, Malahan semasa saya bangkitkan isu penjualan tanah-tanah masjid di Kuala Lumpur oleh MAIWP ini, tiada seorang pun wakil rakyat melayu yang bangun menyokong atau membantu saya. Mereka diam sahaja seribu bahasa!

Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku ditangan orang melayu sendiri. Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi..pengkhianat?munafik?

Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masa depan bangsa kita terletak kepada Islam. Kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al Quran dan Sunnah Rasul, bersama kita menggembeling tenaga menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kita dengan sebenar iman kepada ALLAH, nescaya kita akan dipelihara oleh ALLAH dan dimuliakan manusia insyallah.
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 Zulhijjah 1430
10 Disember 2009

Pendapatan Petronas Berkurangan, Ekonomi Negara Terkesan!


Parlimen Malaysia, 10hb Disember 2009
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
Kami menyambut baik usaha PETRONAS yang mengumumkan prestasi separuh tahun bagi tahun kewangan yang akan berakhir pada 31hb Mac 2010. Tatkala kami hargai sumbangan PETRONAS untuk meningkatkan pendapatan Negara, berjumlah 48.6% dari jumlah keseluruhan pendapatan, kami juga merasa bimbang dengan merudumnya keuntungan syarikat tersebut kerana ianya bersangkutan langsung dengan kedudukan ekonomi Negara.
Pendapatan PETRONAS berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 billion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%. Sepanjang 5 tahun ini, PETRONAS adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan Negara. Untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan Negara. Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.
Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Ini juga bermaksud sepanjang 5 tahun ini, wang yang disedut oleh kerajaan telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.
Akibat dari ketagihan menggunakan sumber PETRONAS, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan serta perbelanjaan boros oleh kerajaan pusat. Sedangkan pengunaan oleh kerajaan bertambah 21% setiap tahun, keupayaan PETRONAS hanya berkembang pada tahap sekitar 16% setiap tahun. Jelasnya kerajaaan barisan nasional memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh PETRONAS.
Tambah memburukkan keadaan kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan pakej ransangan yang berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008. Saya sewaktu membahaskan belanjawan 2009 telahpun menggesa kerajaan supaya menyemak semula belanjawan yang dibentangkan kerana perubahan mendadak serta keadaan tidak menentu harga petroleum ketika itu. Walaupun begitu saranan saya dan rakan-rakan ditolak oleh kerajaan umno-barisan nasional.
Selepas hampir 1 tahun berlalu, kita berdepan dengan keadaan sukar kerana kerajaan sememangnya tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menunaikan janji-jani yang dibuat, kerana keuntungan PETRONAS berkurangan sebanyak 50%. Ini bermakna pendapatan kerajaan untuk perbelanjaan dan pakej ransangan akan berkurangan separuh dari jumlah yang dijanjikan.
Perkembangan ini menjejaskan kedudukan ekonomi Negara. Anggaran kami menunjukkan sasaran pertumbuhan kerajaan terlalu optimistik kerana kekurangan dana untuk dibelanjakan. Makanya sasaran untuk mengurangkan defisit belanjawan Negara pada tahun hadapan juga perlu disemak semula berdasarkan pendapatan Negara yang semakin berkurangan ini.
Kami menyeru kerajaan barisan nasional agar memastikan ketelusan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung kesan dari merudumnya keuntungan PETRONAS terhadap prestasi ekonomi Negara. Kami berpendirian adalah baik untuk kepentingan Negara sekiranya YAB Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci kepada Dewan Rakyat, semakan semula unjuran pendapatan Negara untuk tahun 2010 serta dampaknya kepada perbelanjaan untuk tahun 2010.
Sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian kepada beberapa mustahak yang menyangkuti kepentingan umum:
1)Memastikan ekonomi Negara tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata. Industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi dan perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.
2)Memastikan penggunaan dana PETRONAS telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009.
3)Menstrukturkan semula subsidi gas dan pembayaran royalti agar tidak ada lagi ketirisan. Subsidi gas hanya menguntungkan sesegelintir berikutan perjanjian IPP yang berat sebelah seperti sekarang mengakibatkan ketirisan dan korupsi.
4)Kerajaan Malaysia mesti bertindak untuk menjadi pemudah cara/fasilitator kepada PETRONAS untuk mendapatkan kawasan baru di luar Negara untuk menampung keperluan tempatan yang meningkat
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT

Thursday, December 10, 2009

Artikel 'India suka kecoh' diadu kepada polis

Pemuda MIC menyeret seorang pengarang kanan Utusan Malaysia yang melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya semalam kepada polis hari ini.

Biro integrasi kaum pergerakan itu MT Padmanathan membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di ibu pejabat polis daerah Sentul, Kuala Lumpur pagi ini.


Artikel tersebut menceritakan betapa kelam-kabutnya kehidupan di India yang dianggap telah mendarah daging dalam kaum tersebut, termasuk India di negara ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.

"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising," artikel tersebut dipetik.

Penulis menceritakan pengalamannya berada di Hyderabad baru-baru ini sebelum mengecam tindakan pemimpin DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu.

Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Seorang aktivis Angkatan Muda PKR cabang Batu, V Ravindran, turut membuat aduan berhubung isu tersebut di balai berkenaan bersama Padmanathan dan empat lagi rakannya kira-kira jam 11.10 pagi ini. 


Ahli parlimen DAP bagi Teluk Intan, M Manogaran (di tengah-tengah)juga hadir memberikan sokongan. 

Beliau tiba di balai itu di situ 15 minit selepas enam lelaki itu masuk ke balai dan menunggu sehingga selesai aduan dibuat, kira-kira sejam jam 12.15 pagi.

Dalam aduannya, Padmanathan (tiga dari kiri) mendakwa artikel itu "mengandungi unsur-unsur cemuhan terhadap masyarakat India dan memburuk-burukkan sikap mereka".

"Akhbar Utusan Malaysia telah melampaui batasan yang telah ditetapkan bagi kebebasan media. Pernyataan yang melulu ini boleh mencetuskan perbalahan etnik dan mampu menjejaskan reputasi kaum India.

"Pernyataan-pernyataan tersebut menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan warganegara Malaysia yang terdiri daripada kaum India," laporan polis itu dipetik.

Ravindran (dua dari kanan), dalam aduannya pula, mendakwa "artikel tersebut mengandungi komen-komen yang berbau perkauman serta memburuk-burukkan kaum India di negara ini" dan bercanggahan dengan slogan 1Malaysia yang dipromosikan oleh perdana menteri.

Dalam sidang media selepas itu, Padmantahan mendesak Zaini memohon maaf kepada masyarakat India. Malaysiakini

Selangor Dedah Projek Perhutanan Khir Toyo Untungkan Syarikat Kroni


Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan satu lagi dokumen yang menunjukkan mantan Menteri Besar Khir Toyo (Gambar) meluluskan projek perhutanan semula yang gagal mendatangkan pulangan kepada negeri itu tetapi memberi keuntungan lumayan kepada syarikat yang menerima tender berkenaan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor mengikat perjanjian berat sebelah membabitkan 11,000 hektar tanah dengan syarikat yang mempunyai beberapa tokoh Umno sebagai pengarah.

Antara mereka ialah bekas Menteri Pertanian Sanusi Junid, dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Pahlil.


Khalid menggunakan peruntukan sekysen 2C untuk mendedahkan dokumen berkenaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku bersabitt Projek Perhutanan Semula oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Ini merupakan pendedahan kedua Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya 4 projek perhutanan semula di beberapa kawasan hutan simpan di Selangor sekitar 2001 hingga 2007.

Seluas 11,000 hektar kawasan hutan simpan terbabit dalam projek perhutanan semula berkenaan ialah Hutan Simpan Bukit Tarek dan Rantau Panjang (Fasa I) dan Hutan Simpan Sungai Jeloh dan Bukit Belata (Fasa II).

Khir Toyo telah mewar-warkan bahawa projek itu aakan membawa pulangan RM800 juta untuk kerajaan negeri dalam tempoh 20 tahun.

Bagaimanapun, hasil keuntungan yang diraih kerajaan negeri hanya RM500,000.

“Sejumlah lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka dan hutan di Bukit Tarek dan Rantau Panjang, Hutan Simpan Jeloh dan Bukit Belata dan syarikat-syarikat yang telah diberikan hutan ini,” .

Beliau berkata projek perhutanan itu berlaku sejak 10 tahun lalu dikepalai mantan Menteri Besar, Datuk Khir Toyo.

Empat lagi projek perhutanan terbabit melibatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan memajakkan tanah konsesinya kepada beberapa syarikat selama 25 hingga 50 tahun.

Tan Sri Khalid berkata, projek Khir Toyo ini juga turut mengusahakan taman herba untuk tujuan farmasi manakala projek perhutanan semula pula diusahakan dengan tanaman bernilai komersil iaitu pokok getah dan teakwood.

“Dia nak gantikan hutan ni dengan pokok getah dan setengahnya pula tak pernah tahu tanam pokok getah kerana mereka tidak berkemampuan untuk menanam getah, jadi benih getah tu umpamanya daripada kajian ini, kalau Guthrie buat benih getah, harga 2 ringgit, tapi dia dapat benih getah harga 25 ringgit”, katanya lagi.

Dalam fasa I, didapati semua penjanjian antara syarikat pemajak dan PKPS adalah berat sebelah apabila tanggungjawab diletakkan ke atas PKPS manakala margin keuntungan pula rendah.

Antara tujuh syarikat yang terbabit dalam Fasa I ialah Shrader Forest Management Sdn Bhd, Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn Bhd, Syarikat Megafores Nursery Sdn Bhd, Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd, Syarikat Eco Murni Sdn Bhd, Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd dan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd.

Bagi Fasa II pula, sebanyak 4 syarikat terbabit iaitu Meigrand Sdn Bhd, Sim Swee Hin Sdn Bhd, Aliran Angsana Sdn Bhd dan Kinta Istimewa Sdn Bhd 

NIZAR LANCAR PERAK DARUL KARTUN AHAD INI



Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan melancarkan komik Perak Darul Kartun pada hari Ahad 13 Disember ini, jam 4 petang. Majlis pelancaran akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa yang beralamat di No 2, Lorong Perak,
Pusat Bandar Taman Melawati, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Pelancaran akan dilakukan bersama oleh Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.



SEBUAH LAGI BUKU CULT DARI ZUNAR



PERAK DARUL KARTUN mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau hubungi terus pejabat kami 03 22344931.



Ahmad mahu Gerakan mohon maaf

Bekas ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mahu pemimpin tinggi Gerakan memohon maaf kepadanya jika mereka mahu kembali bekerjasama dengan Umno bahagian tersebut.

Beliau digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti itu selama tiga tahun, September lalu, kerana membuat kenyataan berbaur perkauman dengan menyifatkan kaum bukan Melayu sebagai 'pendatang', sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Bagaimanapun, Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu, memutuskan untuk menarik balik penggantungan Ahmad.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad mahu Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, pengerusi Gerakan Pulau Pinang dan bekas ahli parlimen Bukit Bendera, Chia Kwang Chye memohon maaf secara terbuka kepadanya.

Beliau mendakwa, ketiga-tiga mereka bertanggungjawab mengeruhkan hubungan antara Gerakan, bahagiannya dan Umno Pulau Pinang sewaktu kemuncak kontroversi, sehingga seorang penyokongnya bertindak mengoyak gambar Dr Koh..

"Kalau mereka mohon maaf pun, saya masih perlu menimbang sama ada akan menerimanya atau tidak," katanya.

Ahmad berkata, tidak seperti parti komponen BN tersebut, Umno Bukit Bendera tidak bergantung kepada sokongan Gerakan.

Menurutnya, daripada empat kerusi di Bukit Bendera - satu parlimen dan tiga DUN - Gerakan bertanding di tiga kerusi manakala MCA satu kerusi.

Beliau berkata, ekoran persekitaran geo-politiknya, Umno tidak akan bertanding di Bukit Bendera.

"Jadi, di segi politiknya, Gerakan memerlukan sokongan kami untuk merampas semula tiga kerusi tersebut. Mereka bergantung kepada kami, tetapi kita tidak memerlukan mereka," tambahnya.

Mengenai masa depannya dalam Umno, Ahmad berkata, beliau selama ini memang aktif dalam parti itu walaupun sewaktu penggantungannya.

Wednesday, December 9, 2009

Jais bertindak lagi — Khalid Samad


Isu penafian tauliah di Selangor terus dipertingkatkan. Baru-baru ini Jais yang merasakan diri mereka memegang “franchise” Islam Negeri Selangor telah baru-baru ini memperlekehkan pula Saudara Akhil Hayy dengan kenyataan dari Pengarahnya bahawa Akhil Hayy “cetek ilmu agama”. Dengan kenyataan itu maka sekali gus menyatakan beliau tidak pernah dan tidak akan diberi tauliah untuk mengajar agama di Selangor. Saya tidak berhajat untuk menyentuh perihal peribadi Akhil Hayy yang kebanyakkan dari kita sendiri pun tidak tahu hujung pangkal dan perkara itu juga bukan merupakan alasan mengapa tauliah tidak diberikan.
Maka apakah mungkin, Pengarah Jais melihat seolah-olahnya beliau sedang berada di satu kedudukan yang begitu kukuh dan merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja dengaan sesuka hatinya tanpa adanya apa-apa implikasi terhadap dirinya. Kuasa yang diperolehinya dirasakannya mutlak tetapi hakikatnya masyarakat sedang menilainya.
Melihat tindakan Pengarah Jais yang seolah-olah mabuk kuasa ini, banyak persoalan yang menjadi tanda tanya: Sedalam mana ilmu agamanya untuk menempelak Akhil Hayy sebegitu rupa? Bukankah beliau juga hanya berkelulusan ekonomi, seorang pegawai PTD, bekas DO dan pembantu politik kepada Tan Sri Muhammad Taib? Tidakkah benar bahawa beliau ditarik masuk sebagai Pengarah Jais pada zaman Khir Toyo dengan tujuan menyekat gerakan dakwah yang sedang giat berkembang di surau dan masjid di seluruh Negeri Selangor pada ketika itu yang turut menghasilkan pertambahan sokongan bagi PAS di dalam PRU yang lalu?
Tidakkah benar bahawa beliau juga yang bertindak tegas menguncikan Surau Seksyen 8 selama 8 bulan sehingga ahli Qariyah terpaksa ke Seksyen 11, 6 dan 4 untuk kegiatan keagamaan mereka? Ini dilakukan semata-mata kerana lanjutan dari Ahli Qariyah yang ingin AJK surau dipilih oleh mereka sendiri. Adakah tindakan seperti ini demi mengukuhkan pegangan ummat Islam kepada agama Islam atau hanya sekadar demi kepentingan politik Umno?
Tidakkah beliau ingin melihat usaha dakwah berkembang dan tersebar luas, mampu menarik sebanyak mungkin rakyat dari setiap lapisan masyarakat? Tidakkah beliau sedar bahawa orang seperti Akhil Hayy mampu menarik perhatian pemuda pemudi yang tidak tertarik kepada pendekatan ustaz-ustaz yang lain?
Tidakkah beliau sedar bahawa kerja dakwah ini wajib ke atas setiap Muslim? Walaupun dakwah ini perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing namun ianya perlu diusahakan. Tidakkah beliau sedar bahawa tindakan beliau menyekat usaha dakwah? Adakah itu sahaja kepakaran beliau?
Saya boleh bersetuju dengan tindakan beliau sekiranya Akhil Hayy didapati menyampaikan ajaran salah. Sekiranya tiada dan apa yang disampaikan menepati ajaran Islam maka apa salahnya? Walaupun perkara yang disampaikan adalah basic, mencintai agama, mencintai Allah dan Rasul, namun kaedahnya mungkin lebih menarik bagi sebahagian pihak dari kaedah lain. Latar belakang Akhil Hayy boleh menjadi daya penarik bagi golongan remaja untuk hadir mendengar ucapan-ucapannya. Apakah Pengarah Jais ini tidak sedar akan masalah sosial yang sedang melanda masyarakat? Ataupun beliau sekadar tidak kisah?
Sekiranya ingin diletakkan KPI kepada Pengarah Jais yang sediada, amat jelas beliau telah gagal memenuhi keperluan ummat Islam dewasa ini. Beliau tidak mempunyai wawasan dan kaedah yang jelas berhubung cara untuk menarik perhatian ummat Islam, khususnya generasi muda, untuk menghayati Islam dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Beliau juga tidak menunjukkan minat untuk menarik minat orang bukan Islam terhadap kebenaran dan kehebatan Islam. Bukan Akhil Hayy yang sepatutnya dihalang. Sepatutnya beliau yang sepatutnya dihalang dari terus merosakkan imej Islam melalui tindakan-tindakan yang mencerminkan kesempitan akalnya. — khalidsamad.com

Nazri says Dr M's remarks ‘most stupid’ - The Malaysian Insider


By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, Dec 8 — Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz, lashed out at Tun Dr Mahathir Mohamad today and described the former premier’s remarks as the “most stupid statement” that he has ever heard.
Dr Mahathir had said earlier today that Nazri should resign from Umno because if he were against racism, he should not be in a racist party.
“He (Nazri) said I am racist? Don’t ever say he is not, because he knows everything very well. He belongs to a party and that is a racist party, which is Umno. Umno is a party ‘perkauman’ and it’s meant only for Malays and nobody [else] can join in. So he is in a racist party but said he is against racism. So he should resign from the party,” Dr Mahathir had told reporters at the Kuala Lumpur Convention Centre today.
In response, Nazri pointed out that Dr Mahathir’s comments only confirmed what he said about him was right.
“You know that the bigger concept is the Barisan Nasional. This party (Umno) was formed and it was not decided by me. I joined because I want to serve the government. I want to serve the people and that was the platform prepared for me so actually when you want to talk about forming the party, he was involved in forming the party.
“That is not my problem, that is his problem and I only joined the system as it is. I only want to serve the people and the only way I can serve is through this party.
“I am right in the sense that if Umno is a racist party, he was a president of a racist party so he is [therefore] a racist,” he said.
Nazri added that Dr Mahathir’s arguments did not make him less racist.
Nazri had called Mahathir a “bloody racist” yesterday for defending the Biro Tata Negara (BTN) courses, and reasserted the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme.
He explained that patriotism was not meant only for the Malays but for all Malaysians.
Nazri also slammed Umno’s Utusan Malaysia newspaper, saying its “denial syndrome is making me laugh.” The minister in the prime minister’s department repeated his stand that “everybody knows what the BTN is,” so there was nothing to hide.
Nazri’s attack on Dr Mahathir wa,s however, not published in Umno-owned newspapers today.
“It does not matter to me, I don’t know what are the reasons but to me if Tun Mahathir can make criticisms against the government then he is not immune to criticisms from members of government,” he said.




Konvensyen pertama Pakatan Rakyat

Ramai yang menanti - nanti tarikh bersejarah di mana satu gabungan kuasa 'perjuangan' dan politik bergabung demi kemerdekaan sebenar rakyat.

pkatan rakyatBAGI memperkukuh ikatan dan pemuafakatan di antara KEADILAN, PAS DAN DAP maka satu Konvensyen Pakatan Rakyat akan dianjurkan pada 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"kata Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim.
Menurut beliau, lagu tema "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang dalam masa seminggu.

Logo ini menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
Sallehuddin berkata, "lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."


Tuesday, December 8, 2009

Bukan soal berapa lama, tetapi bagaimana

Oleh - Dr Abdul Aziz Bari
Demonstrasi oleh para penyokong UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan dan Pulau Pinang minggu lalu saya fikir menarik untuk dibicarakan. Dari sudut perlembagaan ada beberapa sisi yang boleh diperkatakan.

Yang pertama ialah soal hak bercakap dan berkumpul secara aman yang dijamin oleh Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Semua warganegara berhak untuk berbuat demikian. Tetapi dalam konteks negara ini perlembagaan membuat peruntukan yang membolehkan Parlimen membuat undang-undang untuk membatas atau menyekat hak-hak tersebut. Atas asas inilah kita ada peruntukan yang memberi kuasa kepada pihak polis di bawah Akta Polis 1967 untuk mengawal selia, termasuk tidak membenarkan perhimpunan awam. Dalam kedua-dua insiden itu pasukan polis dikecam kerana mengambil sikap tidak kisah; yang jelas berbeza dengan garang yang mereka tunjukkan dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Kecaman itu, pada saya, wajar dan patut diizinkan dalam negara demokrasi seperti Malaysia. Umumnya saya berpendapat bahawa Perlembagaan dan undang-undang perlu selaras dengan demokrasi dan atas dasar ini saya fikir polis masih belum begitu berjaya meyakinkan rakyat tentang integriti dan keadilan mereka. Bandingkan sahaja cara polis bertindak memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti berucap di Johor beberapa minggu yang lalu.

Sisi lain yang saya hendak sentuh ialah perkara yang hendak ditangani oleh kedua-dua demonstrasi itu. Di Pulau Pinang para penyokong Barisan mendakwa bahawa mereka turun ke jalan kerana Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal melaksanakan janji-janji mereka. Di Kelantan pula para penyokong UMNO itu mahu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Dari sudut Perlembagaan demonstrasi bukanlah cara yang betul untuk meminta Lim Guan Eng atau Nik Aziz meletakkan jawatan. Cara yang disediakan oleh Perlembagaan ialah melalui undi tidak percaya di dalam dewan. Dengan kata lain kalau UMNO benar-benar komited dengan Perlembagaan dan mempunyai sokongan yang diperlukan mereka perlu menggunakan cara itu. Menjerit-jerit dan membakar gambar di jalan raya bukan caranya.

Saya fikir polis boleh memaksa penyokong Barisan bersurai kerana dalam Perlembagaan jelas ada cara yang lebih betul untuk melaksanakan kehendak mereka. Sebab itu saya katakan di atas tadi polis gagal melaksanakan tugas mereka. Apalagi setelah mereka menafikan hak Anwar untuk berucap di Johor itu. Apakah di Pulau Pinang dan Kelantan tidak timbul soal kesesakan lalu lintas atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang mereka jadikan alasan di Johor dan beberapa demonstrasi Pakatan yang lain?

Selain itu saya tidak fikir penyokong Barisan di Pulau Pinang itu mengundi parti-parti Pakatan dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jadi apa hak mereka untuk mengatakan bahawa kerajaan pimpinan Lim Guan Eng gagal mengotakan janjinya. Saya fikir yang lebih layak untuk menuntut itu semua ialah mereka yang mengundi Pakatan.

Isu-isu di atas sememangnya komplikated dan sepatutnya diselesaikan oleh mahkamah. Tetapi dalam keadaan yang ada sekarang tidak banyak yang boleh kita harapkan dari hakim-hakim kita. Malah sekitar 15 tahun yang lalu seorang hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa hak di bawah Perlembagaan itu boleh disekat oleh apa sahaja undang-undang yang dibuat oleh Parlimen! Hakim ini jelas tidak faham Perlembagaan; khususnya prinsip ketertinggian Perlembagaan dan peranan polis dalam negara demokrasi.

Hak bersuara dan berbeza pendapat ini memang mengelirukan jika kita tidak faham kerangka Perlembagaan. Ini pernah ditimbulkan oleh mereka yang menyokong gelagat Datuk Dr Hassan Ali di Selangor. Saya katakan pada mereka yang Hassan tidak boleh menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) kerana beliau adalah anggota pentadbiran. Ada peruntukan lain yang mengatasi peruntukan umum itu; yakni Perkara 43(3) yang menuntut beliau patuh kepada prinsip tanggungjawab bersama sebagai anggota Kabinet. Kalau Hassan hendak menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) tadi maka perlulah beliau meletakkan jawatan Exconya.

Tentang Nik Aziz pula media UMNO begitu gemar menyebut betapa beliau terlalu lama memegang jawatan. Soalnya apakah tempoh yang baru masuk tahun ke 20 itu lebih lama dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun? Atau Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menduduki kerusi menteri besar di Terengganu sebelum tersungkur dalam Pilihan Raya Umum 1999. Di Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memegang jawatan Ketua Menteri selama 28 tahun.

Pada faham saya apa yang penting, kalau kita melihat isu ini dari sudut Perlembagaan dan demokrasi ialah cara bagaimana seseorang itu mendapat dan memegang jawatan. Bukan soal berapa lama seseorang itu memegang jawatan berkenaan. Minggu lalu, di Singapura, seorang bekas wartawan membuat dakwaan yang mengejutkan tentang jumlah wang yang lesap dalam tempoh 1981-2003. Sehingga ini orang yang selalunya cukup pantas membuat reaksi itu masih menikus. Kita juga sering mendengar betapa tempoh itu dikaitkan dengan pengembirian begitu banyak institusi awam dan pelanggaran hak asasi di negara ini. Bagi mereka yang prihatin dengan demokrasi tempoh 22 tahun itu dilihat sinonim dengan zaman gelap.

Pada saya itu menunjukkan bahawa apa yang lebih penting ialah bagaimana sesuatu jawatan itu dimenangi dan bagaimana kuasa yang dikaitkan dengan jawatan itu digunakan. Bukan soal berapa lama. Kita boleh pegang jawatan itu selama yang mungkin asalkan caranya demokratik. Tetapi memanglah bahawa logiknya sukar untuk mengekalkan jawatan kerana cabarannya banyak dan kuat pula. Sebab itu bekas Perdana Menteri Britain Harold Wilson (1964-1970 dan 1974-1976) pernah berkata bahawa seminggu dalam politik sudah cukup lama. Pengucapan itu tentunya perlu dilihat dalam konteks demokrasi mereka yang begitu terbuka, telus dan tidak ada cara untuk membawa lari tiang gol seperti di sini!

Presiden Amerika Syarikat, Frank D Roosevelt memegang jawatan itu selama empat penggal (1933-1945). Tetapi zaman kepresidenannya ditandai oleh sokongan dan pengaruh yang kuat. Beliau berada di situ atas dasar demokrasi yang kalau dibandingkan dengan Malaysia atau negara-negara primitif lain jauh bezanya. Memang selepas beliau Perlembagaan Amerika Syarikat dipinda dan seorang hanya boleh memegang jawatan presiden selema dua penggal berturut-turut. Tetapi itu dilakukan secara terbuka dan demokratik. Dengan kata lain itu adalah kehendak rakyat.

Para penyokong Barisan yang turut ke jalanan itu sepatutnya ingat hakikat itu. Mereka perlu buktikan bahawa Lim Guan Eng dan Nik Aziz sudah kehilangan sokongan. Tetapi ia perlu dilakukan di dalam dewan. Bukan di luar. Ketua Polis Kelantan dan Pulau Pinang pun kena tahu hakikat ini. Undang-undang ini terpakai kepada kedua-dua pihak, Barisan dan Pakatan.


*Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...