anjung setiawangsa Headline Animator


Wednesday, December 2, 2009

KAK ZU DI KONVENSYEN WANITA PKR PP


SEBERANG JAYA – Konvensyen Wanita Keadilan peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Wisma Perkeso, baru-baru ini bertujuan bagi memantapkan serta memperkasakan lagi golongan wanita dalam mengharungi cabaran dunia politik masa kini.Majlis yang turut disertai oleh Ketua Wanita PKR Pn Zuraida Kamarudin dan juga ketua wanita negeri Pualau Pinang Pn Noorhayati Jaafar,serta setiausaha PKR negeri Senator Mustaffa Yusoff(Pak Mus ),Ketua Wanita Permatang Pauh Hajah Khatijah,Ketua Wanita Kedah,Pn Salmah Ismail ,AJK Wanita negeri dan ,Ajk wanita Kedah yang pertama kali menyertai program di Pualau Pinang sebagai pemerhati dan juga peserta.

Menurut ketua Wanita Keadilan Pusat,Pn Zuraida Kamaruddin , tahap pengetahuan wanita di Malaysia kini masih lemah dan perlu ditambah baik agar mereka tahu akan peranan mereka dalam dalam pembangunan negara.Oleh itu menuurt beliau selain mentelaah dan mebaca,pegaulan dan juga sumbangsaran sesama masyarakat berbagai kaum penting dalam menggerakkan aktiviti yang wanita PKR agar mejadi lebih berpengetahuan dan perkasa dan kaya dengan berbagai disiplin ilmu.

Beliau berkata, peranan wanita bukan hanya sekadar di rumah sahaja, tetapi juga mereka mempunyai pengaruh besar terhadap perubahan dasar-dasar di negara ini.

“Justeru itu, wanita Keadilan mengadakan konvensyen ini khusus bagi memberi ilmu pengetahuan kepada golongan wanita bagi memantapkan lagi sistem politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

“Konvensyen ini juga dilihat sebagai langkah progresif wanita keadilan bagi membawa arus perubahan dalam kehidupan wanita di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, wakil rakyat dalam kalangan wanita amat diperlukan untuk membela nasib dan hak-hak wanita tempatan. Justeru, pendidikan penting dalam menyalurkan ilmu agar matlamat kehidupan dapat direalisasikan.Pendidikan di kalangan kaum wanita di negara ini , menurut beliau perlu juga diperingkatkan terutamnya kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pendidikan menjadikan kaum wanita lebih berdikari dan maju.

Oleh yang demikian, katanya, majlis ilmu, konvensyen, diskusi mahu pun dialog merupakan satu wadah yang mampu digunakan dalam memantapkan lagi pergerakan dan perjuangan wanita dalam pembangunan negara dan masyarakat.

Beliau berharap agar mesej yang ingin disampaikan kepada golongan wanita melalui konvensyen itu mampu difahami seterusnya membentuk sebuah masyarakat wanita yang berdaya saing di peringkat global.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Keadilan Negeri, Nor Hayati Jaafar berkata, Wanita Keadilan sedang giat berusaha dengan menerajui langkah-langkah progresif dalam mewujudkan wanita berpengetahuan dalam membangunkan negara.

Beliau berkata, unsur pendidikan dalam konvesyen wanita perlu bagi memantau dan memantapkan dalam proses penyampaian ilmu serta berkongsi pengalaman bersama wanita yang terlibat dan mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang terutamanya politik.

“Konvensyen amat berguna dalam perkembangan tamadun wanita tempatan. Ini kerana, peranan wanita semakin dilihat luas dalam pembangunan masyarakat pada masa kini.
“Penglibatan wanita dalam dunia politik dapat memberi pengaruh besar dalam perlaksanaan dasar-dasar negara. Selain itu, mereka juga dapat dijadikan mercu tanda kecemerlangan wanita tempatan,” katanya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Senator Mustafa Kamal Mohd Yusoff.Turut hadir ialah AJK wanita bahagian kedah yang turut sertaenyertai konvensyen kali ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...