anjung setiawangsa Headline Animator

Monday, September 14, 2009

Betul Ke Statement Pos Malaysia Ni....Payah Nak Cayer Le

POS Malaysia Bhd memberi alasan bahawa 2,000 kad ucapan Hari Raya daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dijumpai tercicir di sebuah pondok jaga apartmen mungkin kerana kesilapan sistem penghantaran dan bukan kerana fahaman politik.

Isnin lepas, kira-kira 2,000 kad ucapan Hari Raya yang tertera gambar Khalid telah dijumpai di pondok jaga sebuah apartmen di Bandar Seri Damansara.

Kad tersebut adalah antara 7,000 kad ucapan Hari Raya yang dihantar kepada rakyat awal bulan ini. Seorang penghuni disitu yang menemui kad melaporkannya kepada setiausaha politik Khalid tentangnya.

Ada juga laporan menyebut bahawa seorang penghuni Bandar Seri Damansara yang menyedari kad-kad itu ditinggalkan di pondok jaga dan beliau memaklumkan kepada posmen tersebut namun telah tidak dihiraukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...