anjung setiawangsa Headline Animator


Friday, September 25, 2009

Dato Hasan Ali Mahu Pertahan Mereka Yang Khianati PAS?

Diberitakan bahawa beberapa orang D.O telah memboikot sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Faktor berlakunya boikot ini adalah kerana telah berlangsung “sessi soal jawab” terbuka antara SELCAT yang dilantik DUN Selangor bersama beberapa pegawai kerajaan negeri Selangor.

Sessi soal jawab ini (atau lebih dikenali sebagai proseding) telah dilaksanakan terutamanya dengan D.O. dari Kelang bernama Bakhtiar Husin. Isu yang dipersoalkan adalah bagaimana D.O. tersebut boleh meluluskan projek bernilai RM4 juta berhampiran waktunya dengan PRU 2008.

Bakhtiar selaku D.O. Kelang mengakui telah mempercepatkan kelulusan serta mengeluarkan peruntukan tersebut untuk memberi impak yang besar (kepada wakil rakyat Barisan Nasional) yang sedang berkempen mempertahankan kerusi mereka. (Rujuk laporan Malaysian Insider dibawah)

Dato' Hasan Melindungi Mereka Yang Telah Menentang PAS Sewaktu PRU 2008

Tiba tiba, selepas pendedahan ini dibuat oleh DO Kelang, yakni mereka dengan jelas telah membantu kempen Barisan Nasional serta berusaha diluar keupayaan mereka untuk memenangkan Barisan Nasional dengan wang rakyat, maka Dato' Hasan Ali tiba2 datang untuk mempertahankan tindakan D.O. ini?

Tidakkah Dato Hasan Ali sedar bahawa tindakan2 DO ini telah menyebabkan calon-calon PAS terpaksa berhadapan dengan jentera BN yang dibiayai oleh wang rakyat? Tidakkah Dato Hasan menyedari bahawa DO2 ini telah bertindak menentang serta menyukarkan keseluruhan jentera2 PAS di seluruh negeri Selangor?

Tidakkah Dato Hasan sedar bahawa mempertahankan tindakan DO2 ini adalah mengkhianati keseluruhan jentera-jentera piliharnaya seluruh Selangor yang terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan di dalam kempen-kempen mereka?

Soalnya sekarang mengapa Dato Hasan mempertahankan para pegawai yang bertanggungjawab meluluskan wang dalam jumlah juta-jutaan bagi tujuan kempen Barisan Nasional dan bagi tujuan mengalahkan PAS? Bukankah PAS telah kalah hampir di semua kerusi UMNO?

Bayangkan sekiranya kesemua DO2 ini TIDAK MELULUSKAN PERUNTUKAN SEGERA sebelum pilihanraya, tidakkah mungkin PAS menang sekurang-kurangnya 10 dari 19 kerusi yang UMNO telah menangi dalam PRU 2008?

Apa penyakit Dato Hasan mempertahankan mereka yang telah menguntungkan UMNO dan menyebabkan ramai calon PAS kalah tersunggkur dalam PRU 2008?

Mengapa Perlu Takut Menjawab Soalan Dari SELCAT?

Dato Hasan memberi alasan kononnya sessi soal jawab SELCAT itu memalukan para pegawai kerajaan. Diberitakan Dato Hasan berkata :
Apa mudah sekali Dato’ Hasan mempercayai mereka2 yang jelas telah mengkhianati PAS dan rakyat Selangor? Apa bukti yang pegawai2 ini telah menyokong Pakatan Rakyat?

Kalau benar pegawai2 Kerajan Selangor sudah menyokong Pakatan, mengapa Najib Tun Razak dapat menggunakan Masjid Selayang untuk program berbuka puasa anjuran UMNO baru2 ini?

Mengapa Majlis Perbandaran Selayang dengan sewenang-wenangnya merobohkan persiapan sambutan 10 tahun Parti Keadilan Nasional baru-baru ini?

Ini bererti pegawai-pegawai Selangor ini masih lagi balachi UMNO. Mereka tahu yang mereka akan terpaksa mendedahkan kebobrokan serta perangai korupsi UMNO kelak sekiranya sessi soal-jawab SELCAT ini berterusan. Oleh sebab itu, mereka telah berjumpa dengan Dato Hasan untuk meminta SELCAT ini dibubarkan supaya integriti dan maruah UMNO dapat dipertahankan. Mereka sebenarnya sudah pun berbuat berbagai perkara untuk memenangkan semula UMNO di Selangor.

Hakikatnya, para DO ini telah meluluskan peruntukan tersebut kerana mereka sendiri adalah penyokong dan pendokong UMNO dan Barisan Nasional. Mereka melakukan demikian tempohari kerana mereka sendiri mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional menang. Mana mungkin mereka boleh mudah berubah fahaman politik mereka dalam hanya setahun setengah?

Dangkal sungguhkan pemikiran Hasan Ali?

Kalau Tak Bersalah, Apa yang Hendak Ditakutkan?

Juga, sekiranya pegawai2 ini tidak bersalah, apa yang perlu ditakuti oleh mereka. Misalnya, sekiranya mereka dipaksa untuk meluluskan peruntukan yang bertujuan memenangkan BN, apa masaalahnya bagi mereka untuk mendedahkan perkara tersebut bagi membersihkan nama mereka?

Dato Hasan Lebih UMNO dari UMNO?


Hairan pula saya. Dalam isu kuil Seksyen 23 Dato Hasan membisu seribu bahasa? Dan sepatutnya Dato Hasan menyokong tindakan Khalid Samad dan kerajaan negeri. Tapi, sikap membisu Dato Hasan menanampakkan sokongan beliau kepada UMNO kerana protes kepada isu tersebut datang dari UMNO Selangor. Dengan berdiam diri, bermaksud PAS Selangor telah menyokong tindakan UMNO Selangor memprotes kuil di Seksyen 23

Dalam isu ini, para pegawai kerajaan negeri tersebut adalah agen-agen dan penyokong UMNO. Mereka mahu mempertahankan UMNO dan membela UMNO. Apabila didedahkan dengan sessi soal jawab terbuka ini, maka maruah UMNO menjadi tercalar. Dengan Dato Hasan mempertahankan pegawai-pegawai ini adalah bermakna Dato Hasan mempertahankan maruah UMNO. Tak malu ke Dato Hasan sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak redha Dato’ Hasan Ali menyertai UMNO semula. Jelas, sessi SELCAT mendedahkan amalan korupsi yang dilakukan oleh UMNO selama ini menggunakan wang rakyat untuk kempen politik UMNO dan Barisan Nasional.

Dilaporkan oleh The Edge Daily:
Secara mudah, dari penjelasan dari 4 pejabat tanah di Selangor, Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Selangor, menunjukkan segala peruntukan untuk DUN telah dikeluarkan di hari2 terakhir sebelum pembubaran DUN Selangor. Majoriti dari kes2 ini, menunjukkan wakil2 rakyat UMNO telah dibayar peruntukan mereka atau telah mengambil pembayaran peruntukan ini secara pukal beberapa hari sebelum DUN Selangor dibubarkan.

Ini jelas satu tindakan korupsi UMNO yang menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka. Tindakan SELCAT patut dipuji dan dinaikkan taraf mereka.

2 comments:

  1. laa.. awat yg hang bengong sangat.. politik tu politik la jugak.. xkan la semua benda hang tgk dr sudut politik.. biol la nko nih.. isu peruntukan tu melibatkan adun umno dulu.. yg hampa pi hentam DO tu secara terbuka pasai pa? buat la secara tertutup.. cmana nk dpt sokongan org kerajaan.. kakitgn awam bukan org politik dol.. benda ni tersebar luas.. awat hang ingat org yg keja kerajaan tu dua tiga kerat ja ka? ramai tu.. kita nk buat keja kena la dpt sokongan penjawat awam.. ingat senang ka nak tukar atau buang semua penjawat awam yg terlibat.. awat yg bengong bin bahlul laa hampa ni.. penat tau dak aku dok kempen tarik org kerajaan.. isu ni selcat bantai penjawat awam secara terbuka.. nak balun pun buatla secara tertutup.. klu sorang dua tu xpa laa. ni bukan DO je.. pegawai2 dan kakitangan lain pun terlibat jugak.. kena pandai la sikit..


    PAS Sejati..
    penyokong kuat YB Dato' Dr. Hasan Ali

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa mereka2 ni pon manusia jugak... ada maruah dan martabat diri. Meraka tidak maksum seperti pihak Tuan.

    Mereka-mereka ini pn ada anak bini nak diberi makan...tempat bergantung keluarga.. fikir-fikir la...kalau beginilah pendirian PKR apa bezanya antara tuan dengan pihak Nazi setelah Hitler memerintah...

    apa kata kalau tuan pakaikan saja semua penjawat awam ni dengan sepanduk "SAYA TOLONG ORANG RASUAH" Beratur ramai-ramai bawak berarak keliling selangor. Sementara tuan masih berkuasa lagi ni perkara masih boleh dilakukan.

    Baru manis.. dapat jatuhkan puak-puak yang tak sekufu dengan tuan ni.. Cukuplah.... Perbaiki diri sendiri dulu sebelum menegur orang lain. Persoalanya sekarang dimanakah Keadilan pada Parti Keadilan Malaysia dan wujudkah keadilan kepada penjawat2 awam ini?.

    Bertindaklah mengikut akal fikiran. Jangan biarkan kebencian dan dendam menguasai diri kita hingga kawarasan sudah tiada lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...