Keutusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Azahar Mohamed bahawa langkah yang diambil oleh DUN Perak (BN) untuk menyingkirkan ADUN Tronoh (Pakatan Rakyat), V.Sivakumar sebagai Speaker DUN adalah muktamad, sah serta tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah jelas sekali mencabar kewibawaan badan perundangan itu. Jelas sekali kerajaan UMNO dan BN mahu menafikan hak rakyat untuk menerima kebenaran, sebaliknya mahu mereka percaya bulat-bulat apa yang dilakukan terhadap V.Sivakumar secara paksaan itu sebagai benar belaka. Maka, hanya rakyat yang berjiwa karat, bodoh dan bangang sahaja yang akan menerima keputusan mahkamah "kartun" seperti itu. Ternyata, kini mahkamah telah dikongkong dan dibelengu oleh "tangan-tangan ghaib" dari menegakkan kebenaran. Jangankan dalam sidang DUN, malah dalam mesyuarat UMNO cawangan sekali pun seandainya seorang pemimpin itu dipaksa dan diseret keluar dari dewan seperti "binatang" maka ia wajar dipertikaikan dan tidak boleh diterima dek akal fikiran yang waras. Hanya mereka yang takut kehilangan kuasa sahaja akan mengiyakan apa yang berlaku. Begitulah juga dengan tindakan pihak polis yang menceroboh masuk ke DUN Perak dan mengangkat R.Ganesan yang bukan ADUN ketika itu sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri yang sah jelas sekali bertentangan dengan prinsip moral dan integriti sebuah dewan undangan negeri yang mulia itu.
Soalnya sekarang, kenapa Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan perkara seperti ini berlaku dan tidak mahu "berpijak dibumi yang nyata" untuk menerima kebenaran?. Bukankah semua ini mengundang beribu persoalan dan masalah yang lebih besar. Malah keputusan hakim bahawa mahkamah tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang DUN Perak, 7 Mei lalu kerana ia diputuskan secara betul mengikut Perkara 72, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan urusan persidangan DUN dijalankan secara sah dan tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah adalah jelas merupakan satu "penipuan dan bercanggah dengan perlembagaan itu sendiri". Mana ada dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Speaker yang sah diangkat keluar dari tempat duduk beliau dan digantikan dengan speaker lain tanpa mengikut undang-undang. Apakah mahkamah tidak boleh mengambil kira "adengan" yang berlaku di dalam dewam ketika itu?. Kekecohan yang berlaku jelas sekali telah diatur dan dirancang begitu rapi oleh puak-puak UMNO dan BN. Malah, tindakan membawa masuk "orang luar tanpa kebenaran" adalah tidak sah sebenarnya. Tindakan mengangat Speaker juga tidak sah. Malah segala kejadian yang berlaku di dalam DUN Perak itu jelas sekali tidak wajar disahkan oleh Mahkamah Tinggi. Namun begitu, kenapa hakim berkenaan sanggup mengeluarkan hujahan yang jelas membelakangkan prinsip demokrasi itu sendiri?. Bukankah beliau sendiri "belajar undang-undang" dan tahu meletakkannya di tempat yang betul. Jika inilah jawapan hakim yang arif lagi bijaksana, maka ternyata hakim itu adalah antara golongan mereka yang bakal dihina oleh rakyat di dunia dan diakhirat kelak. Tindakan hakim ini juga jelas sekali satu langkah untuk meletakkan undang-undang itu di "kepala lutut" mereka, dan bukannya di tempat yang benar berlandaskan keadilan !!
Dari Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment