anjung setiawangsa Headline Animator


Tuesday, September 8, 2009

PKR Setiawangsa Edar Bubur Lambuk di Bazar Ramadhan


Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Setiawangsa telah mengambil inisiatif mengadakan program memasak dan mengedarkan bubur lambuk di salah sebuah bazar Ramadhan di kawasan parlimen Setiawangsa pada hari Sabtu lalu, 5 September 2009. Turut diedarkan ialah topeng muka bagi menyedarkan orang ramai tentang wabak H1N1.

Kerja-kerja memasak dan membungkus bubur lambuk telah diadakan di kawasan perumahan Kelumpuk Pinang dengan mendapat kerjasama erat dari masyarakat setempat.

Sempena dengan program ini juga, seramai kira-kira 30 orang golongan berpendapatan rendah turut mendapat sumbangan berupa beras 5 kilo, gula, tepong dan biskut.

Kos program ini telah disumbangkan oleh MP Ampang merangkap Ketua PKR Cabang Setiawangsa, YB Zuraidah Kamaruddin, Apple Clean Laundry Services, Taman Mutiara Barat, Cheras serta ahli-ahli Jawatankuasa PKR Cabang Setiawangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...