Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya.
Inilah yang ditakdirkan berlaku kepada Najihan dan Nazuwa. Menyaksikan sendiri bagaimana mereka menjadi yatim piatu. Peristiwa hitam mereka akan ditanggung selamanya. Ibunya pergi akibat ditetak bapa mereka, bapa mereka pergi akibat ditembak polis.
Teramat berat apa yang ditanggung mereka berdua untuk kehidupan seterusnya. Bagaimana bayangan peristiwa ini akan sentiasa mengekori mereka. Apatah lagi ianya berlaku di awal Ramadhan. Awal Ramadhan akan tetap diingati mereka selama-lamanya. Awal Ramadhan ditakdirkan hitam untuk mereka.
Oleh itu mereka berdua perlukan doa anda, doa kita semua untuk meneruskan hidup mereka. Kesengsaraan hidup zahir batin mereka memerlukan pertolongan. Kaunseling pihak terbabit teramat diperlukan. Biarlah mereka mengetahui hakikat kehidupan. Biarlah mereka mengetahui apa yang ditakdirkan telah berlaku kepada mereka. Biarlah mereka mengetui hikmah yang ditentukan Allah kepada mereka. Biarlah mereka mengetahui bukan semuanya kehidupan itu indah. Janganlah biarkan hati mereka persoalkan kenapa ini terjadi ke atas mereka selamanya.
Marilah kita berdoa untuk kebaikan mereka berdua, kesejahteraan mereka dan ketenangan hati mereka, kekuatan batin mereka dalam menghadapi saat-saat mendatang. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, amin.....
Oleh Lan Iisma
No comments:
Post a Comment