anjung setiawangsa Headline Animator


Thursday, May 14, 2009

FORUM DI DEWAN SIVIK PJ DAPAT SAMBUTAN HEBAT


Forum "From May 13 to 1Malaysia - The Future of Malaysia Nation Building" yang diadakan malam tadi di Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya mendapat sambutan hangat dari lebih 3,000 orang yang terdiri dari semua lapisan bangsa. Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang telah menyampaikan ucaptama. Di antara ucapan menarik dari ahli penal adalah:

Nizar "simbol" Malaysia Baru
K. Ragunath, President of Bar Council Malaysia menyifatkan MB Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin adalah simbol Malaysia Baru kerana beliau telah berjaya menyatukan rakyat Perak yang berbilang kaum, agama dan latarbelakang. Nizar yang tidak pernah dikenali umum sebelum ini telah muncul sebagai simbol perpaduan.

Krisis Perak adalah "anugerah"
Tricia Yeoh, Pegawai Penyelidik di Pejabat MB Selangor menyifatkan krisis Perak adalah anugerah "satu package lengkap" kepada rakyat seluruh negara untuk memahami apa itu pencabulan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu.

13 Mei macam "hantu kopek"
Prof. Azmi Sharom dari UM menyifatkan tragedi 13 Mei seperti "hantu kopek" yang dimomok-momokkan oleh orang-orang tua untuk menakut-nakutkan kanak-kanak.

Paling mendapat sambutan dari para hadirin adalah Dato' Seri Nizar. Ucapan beliau sentiasa mendapat tepukan bergemuruh dari para hadirin. Beliau mengulas sejarah hubungan kaum di Malaysia yang sedia terjalin sejak ratusan tahun melalui perdagangan oleh orang-orang China, India dan Arab, tidak pernah menjadi masalah. Ketegangan kaum diwujudkan oleh penjajah dan kini diteruskan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik perkauman yang sempit.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...