anjung setiawangsa Headline Animator

Friday, May 22, 2009

LAGI PILIHANRAYA KECIL

Nampaknya suka ataupun tidak satu pilihanraya kecil akan berlaku tidak lama lagi dan kali ini adalah bagi kerusi DUN Manek Urai di Kelantan apabila penyandangnya YB Haji Ismail Yaacob, 60, telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Ismail, ADUN PAS, yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Kita lihat nanti mungkin ada pihak yang memboikot pilihan raya kecil ini ataupun tidak.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...