anjung setiawangsa Headline Animator


Friday, May 15, 2009

HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA SELANGOR

SHAH ALAM, 12 Mei – Kerajaan Negeri Selangor bakal menganjurkan dialog umum dan perundingan sempena memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 19 Mei 2009, dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Auditorium Pusat Sivik Petaling Jaya, Selangor.

Berdasar kepada Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia oleh ‘Reporters Without Borders’, pada tahun 2008 Malaysia jatuh lapan tangga kepada 132, iaitu kedudukan yang terburuk pernah dicatatkan. Manakala pada 2007 dan 2006 masing-masing pada kedudukan 124 dan 92.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor giat mempromosikan “Kebebasan Maklumat” dengan tertubuhnya Badan Bertindak Kebebasan Maklumat pada awal 2009 yang dianggotai Ahli Parlimen Negeri dan Persatuan Awam, dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, YB Elizabeth Wong.

Pada peringkat awal, badan bertindak berperanan membuat kajian untuk mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information) FOI Act selewat-lewatnya pada penghujung 2009.

Dialog dan perundingan umum ini bakal memberi nafas baru kepada kebebasan akhbar dan suara pelbagai media di Malaysia. Ahli panel yang dijangka membentangkan dan mengupas isu ini terdiri daripada YB Elizabeth Wong, Ahli Majlis Mesyuarat Selangor dan Pengerusi, Badan Bertindak Kebebasan Maklumat; Sevan D., Pengarah Program, Pusat Kewartawanan Bebas; Dipendra Harshad Rai, Majlis Peguam; Dr. Lim Teck Ghee, Pengarah, Pusat Polisi Inisiatif; Mr Ngooi Chiu Ing, Ahli Eksko, Transparency International and Padmaja Padman, Editor Latihan, Malaysia Kini.

Justeru, kepada pengamal-pengamal media, persatuan sivil serta orang perseorangan adalah dijemput pada majlis tersebut nanti. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Arfa Aziz di alamat emel arfaeza@selangor.gov.my atau Tricia Yeoh, triciayeoh@selangor.gov.my (03-5544 7610 atau 012-6122 100). - M.SAHRULNIZAM M.ZAIN - Selangorkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...