"DAP mengalir dalam darah saya... saya dilahirkan untuk bersama DAP. Saya menjadi pembantu (pengerusi DAP) Karpal Singh selama 10 tahun.
"Saya tidak tahu tentang orang lain, tetapi inilah pendirian saya," kata ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan mengulas jemputan setiausaha agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam kepada pemimpin HIndraf itu untuk menyertai parti itu.
Manoharan dan dua lagi pemimpin Hindraf, P Uthayakumar dan T Vasanthakumar dibebaskan dari tahanan di bawah ISA Sabtu lalu.
Beliau menjelaskan tidak akan menyertai MIC kerana menolak budaya parti tersebut.
"Malah, bila penyokong saya mahu kalung bunga selepas pembebasan saya, saya menolaknya kerana ia adalah budaya MIC," kata Manoharan yang juga seorang peguam.
Beliau turut menggesa supaya enam syarat pembebasannya ditarik balik serta merta kerana sebagai wakil rakyat yang dipilih kebebasannya tidak wajar dibataskan - sumber berita Malaysiakini
No comments:
Post a Comment